Monday, May 23, 2011

Oh!!!~ Adakah budak itu faham apa itu perpisahan???

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Pagi tadi saya telah membuat Banci Ekonomi di sekitar kawasan Taman Daya, Johor... Dan telah pergi la diri ini ke sebuah rumah teres dua tingkat milik keluarga Melayu... Sesampai di pintu pagar yang terbuka sedikit, saya memberi salam dari luar... Cuaca terik yang mencucuk dan keringat yang mengalir di dahi tidak saya hiraukan demi melaksanakan tugas hakiki saya...

"Assalamualaikum... Tuan rumah, oh, tuan rumah..."

Kemudian muncul seorang budak perempuan yang comel dalam lingkungan umur sekitar 7 hingga 8 tahun menjenguk dari pintu rumah...

Saya : Adik, Emak ada?

Budak kecikl itu : Mama tak ada...

Saya : Boleh Akak masuk?

Budak kecil itu meng-angguk2kan kepala sambil tersenyum kepada saya... Sebenarnya dari mula dia muncul di pintu rumah lagi dia sudah tersenyum... 'Murah senyuman betul budak comel ni', getus hati saya... Lalu saya melangkah masuk sambil memeluk erat sampul surat yang mempunyai beberapa dokumen dan borang yang dialamatkan untuk kediaman itu...

Sesampai di muka pintu...

Saya : Adik tinggal dengan siapa?

Terpacul soalan itu dari mulut saya kerana seraya tadi melihatkan hanya kelibatnya seorang...

Budak kecil itu : Dengan Mama, Nenek, Bibik...

Kemudian muncul Bibik di muka pintu...

Saya : Akak dari Jabatan Perangkaan... Emak ada?

Saya mengulangi soalan yang sama...

Budak kecil itu : Tak ada...

Saya : Ayah?

Budak kecil itu : Mama dengan ayah dah berpisah... Ayah tak duduk sini...

Saya terpaku sejenak... Terpaku kerana ayat tersebut meluncur laju dan lancar dari mulut kecil itu... Dari riak wajahnya tiada menunjukkan sebarang air muka kesedihan malah wajah comel itu tampak bersahaja...

Adakah budak kecil itu faham apa itu perpisahan? Bagaimana pula dengan ibu ayah dia? Kasihan melihatkan budak itu kerana kecil2 lagi terpaksa menempuh kehidupan sebegitu... Apabila ditanya lebih lanjut tentang ayahnya, budak itu menyatakan yang dia tak tahu apa2 mengenai ayahnya... Saya terkesima... Dan pada hemat saya yang budak itu tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah dan kalau pun pernah mungkin hanya seketika...

Rasa kasihan menerjah sekali lagi di dalam hati saya kerana budak sekecil dia tidak dapat merasai nikmat berkeluarga... Ya betul (!), ibu dan nenek dia ada... Tapi dapatkah ibu dan neneknya menggantikan kedudukan seorang ayah di dalam keluarga... Apa2pun, setiap insan yang lahir ke dunia ini memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu pada masa yang sama, sehinggalah mereka mencapai usia matang (kecuali kalau ayah mereka meninggal dunia pada usia mereka masih muda).

Tiba2 saya berasa beruntung kerana pada usia saya yang hampir suku abad, masih lagi hidup bersama Emak dan Abah saya... Alhamdulillah... Tapi budak itu? Hmmm...

Saya pernah membincangkan isu perpisahan suami isteri dengan rakan2 pejabat office saya... Tapi saya taknak terangkan sekarang... Ada masa, entry tersebut akan di publish... Itupun kalau saya ingat... (^_____^)V


P/S : Ini bukan entry sempena 'Hari Bapa'... (^_____^)V

12 comments:

Alan Rizque said... [Reply]

Budak itu masih tidak faham maksud sebenar..mungkin bila dah masuk sekolah menengah dia akan faham..

Jahidih Saili said... [Reply]

wah..entri yg agak berlainan dr sis nad..
kesian dgn budak tu..rasanya dia msh blm faham lg..

EZAN IDMA said... [Reply]

sedihnya kecik2 dah tak dpt kasih syg :(

Naddia said... [Reply]

ntah2 ayah die g kedai jap..haha

azila said... [Reply]

aah..k.zla pon bila dgr dan lihat kawan2 yg mak ayahnya berpisah..mmg rasa beruntung sgt:)

noraim said... [Reply]

salan sis nad.

sis statistician ke?
budak² tak mengerti lg apa itu perpisahan.

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK aLaN : MuNGKiN JuGa... TaPi KeSian KeCiK2 DaH KeNa TeMpUH KeHiDuPan MaCaM Tu...

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JaHiDiH : SiS PuN RaSa MaCam Tu... Mga BiLa Dia DaH FaHaM, Dia aKaN TaBaH...

SiS NaD said... [Reply]

CiK eZaN : Tau TaKPe.. KiTa YanG MaSiH aDa PaReNTS uNtUK MeNGaDu, PaTuT BeRSYuKuR...

SiS NaD said... [Reply]

CiK NaDDia JaWa : HeHe!~ TaKKaN La BuDak Tu Nak MaiN2 KaTa PaReNTS Dia TaK DuDuK SaMa... :D

SiS NaD said... [Reply]

PuaN aZiLa : Tu La... KiTa PaTuT BeRSYuKuR... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK NoRaiM : W'SaLaM... YeS DeaR... STaTiSTiCiaN...

SiS PuN RaSa MaCaM Tu...