Monday, April 4, 2011

Oh!!!~ Perlu bosan ke tidak???

Selepas insiden memalukan pagi tadi, saya selamat tiba ke pejabat office dengan selamatnya kerana  pemanduan berhemah oleh Abah saya... Huhu!~ Setelah sampai di pejabat office dalam pukul 7:35 pagi, saya, Cik Sima dan Cik Nurul pun masuk ke Bilik Gerakan (terserempak dengan dorang kat lif). Harii ni, seperti yang diduga, tiada tugas untuk kami lakukan... So, borak2 menjadi agenda utama kami hari ini... Macam biasa, gosip2 sepanjang hari Sabtu dan Ahad diterjemahkan dalam bentuk kata2... Dalam pukul 8 lebih, perut terasa lapar lantas kami dibenarkan untuk keluar sarapan secara ber-gilir2... Takde maknanya nak turun ber-gilir sebab masa kat Warung Batu, saya tengok hampir kesemua budak2 yang duduk di dalam Bilik Gerakan turun sarapan... Kosonglah bilik tu jawabnya...

Sedang saya, Cik Nurul dan Cik Sima menikmati sarapan pagi kebiasaan kami yang di order dari gerai Abg Bujet iaitu nasi lemak + telur goyang, saya ternampak 'kekasih2 lama' saya iaitu Fendi dan Amir... Mereka sedang berbual dengan beberapa orang kawan dorang... Lepas tu, dorang datang ke arah meja kami... Dari minggu lepas lagi nak jumpa dengan dorang tapi tak berkesempatan... Amir mengambil tempat di sebelah Sima, dan Fendi di sebelah  saya... Saya pulak duduk menghadap Cik Nurul... Konon2 nak romantik dengan Cik Nurul la... Hehe!~ Si Amir, seperti selalu, like to teasing me... Tak habis2, dari dulu sampai sekarang... Tapi saya tak kisah sebab dia baik... So, kami pun ber-bual2 la dan ber-tukar2 cerita sebab Amir dan Fendi lapor diri 2 minggu lebih awal dari kami bertiga...

Abang Bujet pun tak terkecuali mencelah sikit2 dalam perbualan kami, padahal dia sepatutnya kena mem-busykan diri mengambil order para pelanggan... Lihatlah kerapatan kami dengan Abang Bujet, tuan punya gerai... Hehe!~ Masa nak bayar, saya sempat gurau2 dengan Abang Bujet supaya bagi free makanan yang kami dah makan tu, tapi jawapan yang keluar dari mulut dia adalah macam biasa... Huhu!~ Seawal 9:30 pagi, kami bertiga balik ke pejabat office... Dan sesampai ke Bilik Latihan (kami diarahkan berpindah ke Bilik Latihan sebelum keluar sarapan), saya tengok budak2 lelaki langsung tak ada, budak2 perempuan pulak cuma tinggal 5 orang... Yang lain??? Pergi sarapanlah...

Dan hari ini telah mencipta sejarah sebab buat pertama kalinya saya tak lunch!~ Perut masih terasa kenyang apabila waktu lunch tiba... So saya mengambil kesempatan itu untuk tidur sejenak... Pukul 3 petang, perut mula terasa beralun dengan muzik yang kurang enak di dengar kalau ada lelaki di sebelah... Cik Sima dan Cik Nurul pun mula terasa lapar... Nak pergi turun makan, dah lewat sangat... Nanti apa pulak kata orang atasan... Nak taknak, terpaksa la tahan lapar sampai balik... Huhu!~

Sampai je kat rumah, dah buka tudung dan letak beg, terus pergi dapur ambil pinggan, tuang nasi dalam pinggan, letak lauk kari ayam dalam pinggan, letak sikit sayur, dan makan dengan lahapnya... Huhu!~

Sepanjang hari ini, kami hanya berborak kosong dari pukul 8 pagi sampailah ke pukul 5 petang... Phewww!!!~


 Jam 8 pagi, nothing to do...

Until jam 5 petang...


P/S : Wondering what will happen tomorrow... Huhu!~

2 comments:

Shazmiey Abdurahman said... [Reply]

jgn makan lambat..nnti gastrik bru tau.hihii..

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK SHaZMieY : THaNKS iNGaTKaN!~ (^_____^)V