Monday, March 21, 2011

Oh!!!~ Kenduri yang meriah!!!~ (^_____^)V

Oh!~ Rindunya pada blog saya ni... Rasa macam nak cium2, nak peluk ketat2 je blog saya ni... Airmata dah mula bergenang ni... Serius!!!~ Sejak majlis perkahwinan my cousin semalam, saya dah mula terfikirkan blog saya ni... Nak cium header blog saya ni puas2!~

Muah3!~


Oh!~ Selewat jam 4 petang pada 17 Mac 2011, saya, abah, mak, Amir, Aiman dan Farin bertolak ke Melaka... Iwan tak ikut sebab dia tak pass test JPJ lesen motor... Mwahaha!~Hari Jumaat dia kena ambil test semula... Wani pulak tak dapat cuti... Dia study di ADTEC Batu Pahat... Farah? Nanti saya cerita... Pukul 7 lebih malam baru sampai kat rumah nenek... 

Oh!~ Hari Sabtu, kami plus nenek bertolak ke Nilai, Negeri Sembilan sebab kami akan bermalam di rumah makcik saya kat sana... Dah sampai Nilai, pergi jenguk Farah dulu... Dia belajar di USIM, Nilai... Ambil Undang2 dan Syariah... Nak kenal? Kenal dengan kakak dia ni dulu... (^_____^)V Lepas tu sempat ronda2 kat Dataran Nilai...

Mendung kelabu berarak ke ufuk Timur Selatan Barat Utara...


Oh!~ Nenek buat terapi ikan makan urut kaki... Sempat lagi tu... Mak pun sama... Masa tu kami ronda2 di Giant Nilai... Abah belanja... Haha!~ Saya pulak, pergi borong komik2 karya Zint kat kedai buku berhampiran tempat tetapi terapi tu... 5 komik saya beli!~ Wow!~

Oh!~ Awalnya kami bertolak keesokan harinya... Seawal jam 7 pagi 20 Mac 2011 (semalam la tu), kami bertolak ke Bangi dari rumah tumpangan Makcik Fatimah... Ke Bangi untuk ke rumah cousin saya sebab dia yang tahu jalan ke Ulu Langat, tempat berlangsungnya majlis perkahwinaan cousin saya yang satu lagi... Before ke Bangi, pergi ambil Farah kat rumah kedai sewa dia dulu... Dari Bangi, kami berkonvoi 3 bijik kereta... 2 besar tak hengat, 1 lagi comel macam nak hempuk kat jalanraya... Hehe!~ Jam 9 pagi, kami sampai kat rumah Pakcik Amran... Anaknya, Fiza yang melangsungkan perkahwinan... Jam 10 pagi, dia nikah... Kol 2 petang, dia bersanding tapi kami sekeluarga tak tengok dia bersanding sebab nak berkejar balik ke Johor... Hari ni adik2 sekolah!~ (-_-")

 Masa majlis akad... Pakcik Amran yang akadkan... Hehe!~

Fiza dan suami dia... Lupa la nama suami dia... Haha!~


Oh!~ Ramainya saudara mara saya!~ Mana taknya... Abah ada 12 orang adik beradik!~ Dan semuanya akan berkumpul bila ada majlis2 macam ni... Selain daripada Hari Raya... Memang terbaik dari ladang la!!!~ Bayangkan, setiap adik beradik abah ada lebih kurang 5 orang anak!~ Mak aih!~ Ramainya sepupu saya!~ Nanti saya kahwin boleh dapat banyak sponsor dan duit ni... Walla!~ (^_____^)V Mak pengantin berkata kepada mak dan makcik2 saya : "Khemah makan tu penuh dengan saudara kita je..." (^_____^)V

 Cuba la cari saya yang mana... (^_____^)V

Ramai tak hengat!~

 Wallawei!~

Cayala!~ (^_____^)V


Oh!~ Semua berebut nak pegang dia... Siapa dia? Marisa, anak my beloved cousin... Tinggal nak kena bawa lari ke Johor je anak dia tu... Comel sangat2!~ (^_____^)V

Marisa si mata bulat!~


Oh!~ Buku komik yang baru saya beli Sabtu lepas kena 'curi'!~ Wuu!~ T_____T Semalam, masa majlis tu, Amir baca buku tu... Lepas tu dia bagi pada saya untuk disimpan... Tiba2 cousin kecik saya nak pinjam buku tu... Takkan tak nak bagi pulak kan... Saya dengan berat hati 150kg pun bagi la buku tu pada dia... Dalam ter-poco2 ter-kocoh2 nak balik tu, saya lupa komik tu... Hukhuk!~ Sepanjang perjalanan ke Johor asyik teringatkan komik  tu je... T_____T

Serius, dari tahun lepas cari komik ni... Bila dah dapat, jadi macam ni pulak!~ T_____T


Itu la serba sedikit perjalanan hidup saya selama 4 hari yang lalu... Penat memang penat, tapi puas!~ (^_____^)V Dan sedikit sedih!~ T_____T


P/S : Saya yang paling tua di kalangan kazen2 saya yang belum kahwin!~ Oh tidak!!!~




8 comments:

tomato said... [Reply]

wee~syioknye jalan2.. :D
comel giler baby tuh !!!! :D

SiS NaD said... [Reply]

CiK ToMaTo KeRiNG : TaK BeRJaLaN SaNGaT PuN... HuHu!~ BaBy2 SuMeR CuTe2!~ (^_____^)V

Henry Zackery said... [Reply]

nak gak maen2 ikan tu.. tak ajak pun T__T

Artis Baru Melampau

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK HeNRY : HaHa!~ TaK YaH G KaT SiTu La... KiTeR MaiN iKaN KaT TeNGah LauTaN... aDeR BRaN? HiKS!~ (^_____^)V

Cikin said... [Reply]

alahai . lama tak spent quality time dgn family . huhu .

SiS NaD said... [Reply]

CiK CiKiN : TaKPe... T aDeR MaSeR, SPeNT La Pai LoBaM... (^_____^)V

Yanty Lee said... [Reply]

sis Nad , nice photos!

yanty tag sis : http://themptyanty.blogspot.com/2011/03/contest-senyum-paling-ceria.html

Jom join, alang2 kenduri ni mesti sis ada pic ceria2... =D

SiS NaD said... [Reply]

CiK YaNTY : THaNKS TaG SiS... i WiLL FoLo uP uR BLoG 4 D CoNTeST... (^_____^)V