Thursday, March 24, 2011

Oh!!!~ Tak pasal2 duniaku gelap!~

Ok2... Seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun kita akan akan bergelap untuk satu hari, tak kiralah masa tu kita berada di rumah ke, di restoran ke, di tepi jalan ke, di ladang kelapa sawit ke (opsss!~) atau di mana2 sahaja arah kaki melangkah... Sebab apa? Sebab semua rakyat Malaysia tak mampu bayar bil elektrik la... Sebab tu TNB potong bekalan elektrik pada satu hari tu je, biar adil pada semua penduduk Malaysia... Cara tak? Haha!~

Baiklah, saya ni suka buat cerita merepek sebab ianya seenak kita makan kerepek pisang salai ataupun kerepek bawang yang biasa kita jumpa di Hari Raya Aidilfitri... Oh, saya merepek lagi!~ Haish!~ Tak boleh nak lari dari merepeklah... Huhu!~

Ok2... Seperti yang kita sedia maklum, pada Sabtu ni bersamaan 26 Mac 2011, kebanyakan negara di muka Bumi ini akan mengambil satu tindakan dengan menggelapkan negara dorang bagi menyokong kempen 'Earth Hour' yang berlangsung setiap tahun, bermula dari tahun 2007... (Amik kau!~ Takde noktah langsung...).

 Support jangan tak support!~ (^_____^)V

Ok, murid2... Cikgu nak cerita sejarah 'Earth Hour' sedikit... Harap semua baca dengan teliti apa yang cikgu taipkan di entry ni ye... 'Earth Hour' telah dimulakan pada tahun 2007 di mana Sydney, Australia merupakan bandar pertama dan satu2nya bandar yang melakukan kempen memadam lampu pada tahun tersebut... Kempen yang bermula pada jam 7:30 malam pada 20 Mac 2007 itu dipercayai disertai oleh lebih kurang 2.2 juta penduduk Sydney...

Pada 2008, kempen ini telah menarik lebih dari 400 bandar dari 35 buah negara untuk turut serta termasuklah negara kita, Malaysia... Ianya dilakukan sebagai simbol 'harapan untuk masa depan planet kita'... Kempen yang bermula jam 8 malam dan berakhir pada 9 malam telah menarik beberapa 'keajaiban dunia' untuk turut serta seperti Colosseum di Itali, Empire State Building di Amerika Syarikat, The Golden Gate Bridge di San Francisco dan tak terkecuali Menara Berlembar Petronas dan Menara KL yang menjadi kebanggaan kita...

 KLCC pun menunjukkan sokongan!~ (^_____^)V


Pada tahun 2009, kempen ini dilakukan serentak di seluruh dunia pada 28 Mac 2009 dan lebih dari 1400 bandar dari 80 negara yang menyertainya... Kempen yang bermula dari jam 8:30 malam dan berakhir pada 9:30 malam telah menunjukkan peningkatan penyertaan dari negara2 lain... Dan saya ingat lagi, pada hari kejadian, saya dan keluarga dalam perjalanan ke Kedah untuk majlis konvokesyen saya di salah sebuah IPTA di sana... Masa kempen berlangsung, masa tu kami berhenti sembahyang Isya' di salah sebuah stesen minyak di hentian rehat area antara Melaka dan Negeri Sembilan...

Pada tahun lepas pula, penyertaan meningkat kepada 4000 buah bandar dari 128 buah negara dan kempen berlangsung serentak pada 27 Mac 2010, bermula jam 8:30 malam sehingga 9:30 malam... Dan pada masa tu, saya sedang ber-siap2 untuk keluar dating dengan seseorang... Sempat lagi tutup lampu di rumah, tapi tutup di bahagian ruang tamu je la... Kalau tutup lampu bilik saya, nanti lipstick jadi eyeshadow, eyeshadow jadi blusher, eyeliner jadi maskara... Haha!~

Untuk tahun ini pula, 'Earth Hour' akan berkempen pada 26 Mac ni, bermula dari jam 8:30 malam  dan berakhir pada 9:30 malam... Dan rakyat Malaysia dikehendaki untuk memadamkan lampu untuk meraikan kempen ini dengan penduduk seluruh dunia... Untuk menunjukkan sokongan padu terhadap kempen ini, rakyat Malaysia boleh mendaftar di wwf.org.my dan klik tab 'Pledge' untuk mengisi maklumat diri anda...

Jom tutup lampu!~ (^_____^)V


Nak tengok tak negeri mana yang mempunyai ramai penyokong berdaftar? Let's check it out!~ (^_____^)V

Jumlah setakat jam 5:15 petang, 24 Mac 2011... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


My current city, Johor Bahru ada menganjurkan satu acara sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini... Acara berbasikal dari Laman Tun Seri Lanang menuju ke Bukit Timbalan yang terletak di bandar Johor Bahru (berhadapan dengan Kotaraya) pada 25 Mac 2011...

Jom berbasikal ramai2... Dah lama tak naik basikal... Huhu!~


So, kepada seluruh rakyat Malaysia, ayuh (!) be-ramai2 menutup lampu pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan... Sayangilah Bumi kita seperti kita menyayangi diri sendiri... (^_____^)V


P/S : Saya sayangkan Bumi ini, yang semakin lama semakin tenat dan nazak...




10 comments:

apislerr said... [Reply]

mari support rmi2;)

Erra Kyra said... [Reply]

bukan saja support TUTUP LAMPU

saya support sekali BLOGger2 semangat

seperti kamu..

salam kenal.

sy dak baru.

always follow u..can u foll me too?

kalo nyusahkan ..xyah lah k..^^

daaa~

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK aPiS : JoM JoM JoM JoM... KiTeR SaPoT SaPoT!~ (NYaNYi aLa2 LaGu JoMHeBoH) (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

CiK eRRa : HiKHiK!~ JoM KiTeR SaLiNG SaPoT MeNYaPoT!~ YieHa!!~ i'LL FoLo u... (^_____^)V

Wan Gerrard said... [Reply]

orait, meh support ^_^

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK GeRRaRD : JaNGan SKaDaR oMoNGaN aJa, Ya PaK... (^_____^)V

akmalandwirahitamku said... [Reply]

errr.. yg tulis kat ats tu, 2011?? sila betolkan
by the way. thanks sbb igtkan. let's go dark tomorrow night

SiS NaD said... [Reply]

THaNKS NeWaY... (^_____^)V

Wan Gerrard said... [Reply]

err tutup lampu 8.30, tidur awal la nampaknye :P

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK GeRRaRD : HaHa!~ PaSTu BaNGuN KoL 8:30 MalaM eSoKNYeR.... (^_____^)V