Friday, March 4, 2011

Oh!!!~ Suka tunggu last minute!~

Harus ditakuti!~ Haha!~

Tu la lumrah manusia, suka nak tunggu last minute kalau nak settle kan satu2 benda tu!~ Tiba2 macam emo pulak ni... Huh!~ Bukannya apa, geram pulak tengok pasal kes pembayaran saman yang sedang 'berlangsung' masa ni... Kenapa la suka tunggu last minute baru nak settle kan? Kan bagus kalau dah settle awal2, hati senang, hidup pun gumbira... Macam2 yang pihak kerajaan dah buat, siap buat pemotongan 50% lagi, tapi still orang ambil endah tak endah... Bila dah tiba saat2 terakhir kematian (macam lagu ST12 la pulak), mula la ber-pusu2 nak ke kaunter pembayaran... And bila dah ramai2 tu, confirm la macam2 akan berlaku... Mula la nak komen yang sistem kat kaunter nombor ekor tak cekap la, itu la, ini la... Lepas tu mula la akan kedengaran dialog macam di bawah ni...

"Saya tunggu dari pukul 6 pagi lagi, tapi masih belum tiba giliran saya... Sekarang dah pukul dua belas tengah malam hari... Lam mim bu betul la!~"

"Mak aih!~ Panjangnya 'inilah barisan kita'... Nampak sangat la pengurusan lam mim bab..."

Biasalah kalau dah banyak sangat maklumat or data yang nak kena key in, sistem akan jadi slow dan lembab... Tak pasal2 komputer boleh jadi stuck... And urusan jadi tergendala... Nanti mula la ramai pembayar saman yang tak puas hati... Komen itu ini, and macam2 lagi... Mula la keluar dialog, "Aku sakit hati la macam ni... Pening kepala aku... Dari tadi aku dok tunggu tengah2 panas, tapi jadi macam ni pulak... Barannya aku, macam nak bakar je bangunan ni...". Oh!~ Fikir sakit hati dan pening dia je, sakit hati dan pening pihak JPJ dan se-kutu2nya nak mengejar kome2 yang kena saman, kome idok pikio pulak... Ada tu, yang simpan saman tu sampai 3 tahun!~ 3 tahun tu!~ Entah2 ada yang lebih dari tu... Buat apa la dok peram lama2, ingat boleh tukar jadi invi ke? Huhu!~

Nanti dah kena blacklist baru la ter-kial2 nak buat rayuan gombal kat pihak itu pihak ini... Ni kerajaan dah lanjutkan pun tarikh pembayaran saman sehinnga 10 Mac ni, sebelum sesi blacklist mem-blacklist dilancarkan... So, ambil la peluang keemasan ni ye...

Kan ke bagus kalo kome2 semua jelaskan saman2 tu awal2, nanti idok le pening2 kepala... Hati kome senang, hati penyaman pun senang... Apa la salahnya kalau kita saling senang menyenangkan hati antara satu sama lain... "Tak gitu usin???"

Segmen tembak menembak bersama abang Polis!~ Bila nampak beliau, wajib senyum, ok!~ (^_____^)V 


Boleh bayar saman secara online, ok!~ Pergi je kat MyEG ... (^_____^)V


P/S : Bila la saya dapat pakai kereta sendiri... (-_-")

2 comments:

bro a'maL said... [Reply]

mungkin diorang tunggu dapat bonus kot. pastu tunggu dapat diskaun. hehe

SiS NaD said... [Reply]

HaHa!~ YeLa Tu... WiT GaJi WaT BeRJoLi SaKaN KaN.... (^_____^)V