Saturday, March 12, 2011

Oh!!!~ Saya merasai gegaran 'earthquake'!~ T_____T

Di sini, ingin saya jelaskan bahawa saya bukan berlatih berjalan gaya itik (Quack!~ Quack!~ Quack!~), tetapi saya pernah merasai gegaran earthquake (gempa bumi)... Dua kali, ok!~ Di tempat dan pada waktu dan suasana yang berbeza... Dan ke-dua2 peristiwa gempa bumi tersebut telah menggemparkan Malaysia...

Kenapa saya nak bercerita mengenai pengalaman saya merasai gegaran gempa bumi? Sebab semalam satu dunia dikejutkan dengan bencana alam itu di salah sebuah negara maju iaitu Jepun... Setakat jam 8 malam semalam (berdasarkan warta berita), seramai 300 orang yang maut... Kekuatan gegaran yang sebanyak 8.9 skala richter itu telah menghasilkan Tsunami, seperti yang pernah berlaku di Indonesia pada tahun 2004... Perkataan Tsunami itu sendiri berasal dari Jepun...

Nak cerita sikit pasal Tsunami... Menurut Wkipedia, Tsunami merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan atau hentaman meteor di dalam atau berhampiran laut... Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 20 meter atau lebih...

Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan negara2 yang berpotensi mengalami gempa bumi...


Pengalaman gegaran gempa bumi yang pertama yang saya rasai adalah pada tahun 2004 iaitu apabila Tsunami melanda pantai Barat Acheh pada 26 Disember... Gempa bumi yang berukuran 9 skala richter itu telah menyebabkan negara2 berhampiran juga mengenai tempiasnya dan Malaysia juga tak terkecuali... Di Malaysia, Penang adalah negeri yang paling teruk dilanda badai Tsunami... Pada 2004, saya sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka... Dan pada hari kejadian, dalam nak dekat pukul 12 tengah malam, saya ke tandas... Semasa di dalam tandas, tiba2 badan saya bergerak ke kiri dan ke kanan seperti orang sedang meratib... Kemudian saya cepat2 keluar dari tandas dan saya mendengar bunyi orang berlari secara ramai2 dan kekecohan... Kami semua berkumpul diluar blok dan kami dimaklumkan bahawa berlaku gempa bumi di Indonesia... Disebabkan kolej kami terletak di puncak paling tinggi di Melaka (ya ke?), kami turut merasai gegarannya... Memang menggerunkan... Setelah keadaan kembali reda, kami balik ke bilik masing2... Rumet saya, Cik Sekda menceritakan bahawa tiba2 dia merasa kebas2 kaki ketika sedang menelaah di atas katil... Saya pula menceritakan pengalaman saya ketika berada di dalam tandas... Esoknya, kami melakukan solat hajat di surau kolej secara berjemaah untuk mendoakan keselamatan saudara Islam kami di Acheh...

Pengalaman kedua yang saya lalui adalah pada tahun lepas iaitu pada 25 Oktober 2010... Ketika itu saya sedang bekerja di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor dan pejabat kami terletak di tingkta 11... Gempa yang berlaku di Sumatera, Indonesia itu telah menyebabkan bangunan yang kami duduki itu bergegar kerana kedudukan bangunan yang terletak berhampiran dengan Selat Tebrau dan kawasan gempa... Saya yang merasai gegaran bangunan tersebut bertanyakan kepada rakan2 yang lain sama ada mereka juga merasainya atau tidak... Tak lama kemudian, pengumuman dibuat oleh pengurusan bangunan Menara Tabung Haji yang mengarahkan pekerja2 dan orang2 awam yang berada di dalam bangunan untuk keluar dari bangunan... Kami diarahkan duduk di luar bangunan dan dibenarkan masuk setelah keadaan kembali reda selepas pihak pengurusan banguan selesai melakukan pemeriksaan... Tapi saya dan beberapa officemate telah melakukan plan sendiri... Apa plan itu, biarlah rahsia... Hehe!~

25 Oktober 2010... Di luar bangunan Menara Tabung Haji... Takut!~

Kami sempat tersenyum di sebalik gegaran yang diarasai... (^_____^)V


P/S : Hanya mampu berdoa dari jauh untuk keselamatan rakyat negara yang mengalami gempa bumi...

6 comments:

Nadiah said... [Reply]

ape beza gegaran tsunami msia n jepun ?

Unamn said... [Reply]

argg sera.. cuak2.. xmau tsunami

SiS NaD said... [Reply]

CiK NaD : GeGaRan D JePuN LaGi HeBaT SeBaB GeMPa Tu BLaKU D SaNeR.. MaLaYSia HanYa RaSa TeMPiaSNYeR Je...

SiS NaD said... [Reply]

CiK TeDDyuNa : iNSYaALLAH, MaLaYSia SeLaMat... MiNTaK D eLaKKaN La.. HuHu!~

logorithm said... [Reply]

I pon pernah dua kali merasai gegaran gempa... kedua-duanya kat opis kat KL.

I sempat merakamkan pengalaman kali kedua tuh...

>>> http://www.youtube.com/watch?v=Nkgn7-9bCr8

SiS NaD said... [Reply]

SaYeR DaH TeNGoK uR ViD Tu... oH!~ RuGiNYeR SaYeR TaK RaKaM PeNGaLaMaN SaYeR... HuHu!~