Monday, March 7, 2011

Oh!!!~ RM90 untuk 2 biji durian!!!~

Gila, gila dan gila!~ Musim durian menyerang hendap kembali... Kaum durian ni telah mula membanjiri kebanyakan negeri2 di Malaysia dengan melancarkan 'serangan' di tepi2 jalan raya... Serangan yang lebih kepada provokasi agar pemandu2 kenderaan yang melalui kawasan 'serangan' memberhentikan kereta untuk melihat lebih dekat itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk di beberapa kawasan... Memang gempak la 'serangan' yang dilakukan kaum durian ni, sampaikan orang ramai membanjiri kawasan tersebut... Walla!~

Saya sendiri telah terkena 'serangan' kaum durian ni... Petang semalam, sedang saya membasuh baju saya secara manual (guna tangan), tiba2 hidung saya terhidu satu bau yang amat la wangi tahap minyak gamat!~ Ya, ia adalah bau durian... Terhenti seketika kerja saya tu akibat 'serangan' yang dilakukan oleh kaum durian tu... Lantas saya berteka-teki di dalam hati, 'Siapa pulak la yang beli durian ni... Dah musim ke? Buat aku terliur je...'. Hantu punya durian!~ Kalau nak buat 'serangan' tu, roger2 la kat saya... Boleh la saya bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal sebab saya ni lemah bila kaum durian 'menyerang'...

Lepas ni nak suruh abah beli durian la... Nak suruh abah beli satu guni... Ni nak ingatkan pada korang semua, kalau nak beli durian, jangan sampai kena tipu... Macam yang saya baca di Oh! Media tadi, ada satu kawasan di Pandan Jaya, Kuala Lumpur yang menjual durian dengan harga RM90 untuk dua biji... 2 biji, ok!~ Gila la!~ Padahal kat papan harga tertulis "10 for RM10"... Apa kes??? Jom kita panggil Karam Singh Walia, kita buat 'Aduan Rakyat'!~ Kita kena tegakkan hak kita!~ Tak pun jom buat aduan kat KPDNKK... Err... Ada yang nak join tak? Hehe!~

Untuk tatapan korang semua, hambik ni gambar2 durian buat cuci2 mata korang...

Ni la gerai tersebut... Sumber dari Oh! Media ... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


Ni deretan2 durian di gerai tersebut... Sumber dari Oh! Media ... (Sila klik gamabr untuk tumbesaran)


Menyelerakan betul!~ Tapi mahal!~ Sumber dari Oh! Media ... (Klik gambar untuk tumbesaran)


P/S : Jangan mudah tertipu dengan peniaga2 tepi jalan tu... (^_____^)V

4 comments:

ayu sleeping said... [Reply]

wah..dah lame tak makan durian..haisyyh..tapi kalau rasanya sedap n terasa..normally orang tak kisah sangat pasal harga..tapi kalau 2 bijik harga sampai rm90..cekik darah tuh..huhu

SiS NaD said... [Reply]

Tu La PaSaL... Lau oWaNG B'DuiT May B TaK KiSah SaNgat... CuBeR BaYanGKaN Lau Lam DoMPeT aDeR RM20 Je... HeHe!~

bro a'maL said... [Reply]

erk... ni post yg paling membuatkan ku terliur sampai tekak rasanya. aik, nape cam dpt hidu ni?? adesss? x keruan. di.. mana, nak ku cari durian, serupa dgn dalam gambar..... lalalalala

SiS NaD said... [Reply]

NTaHLa... MaY Be aDeR JiRan YanG BeLi KoT.. Bau DieR Kan KuaT SeaNTeRo aLaM... (^_____^)V