Monday, March 7, 2011

Oh!!!~ Hantu Kak Limah mengganas lagi!~

"Ini bukan cobaan, ini betul2", bak kata Pak Mustar pada Pendekar Bujang Lapok... Ya, dan cerita hantu Kak Limah mengganas bukanlah main2, tapi kenyataan... Itulah yang berlaku di salah sebuah daerah di Pahang... Cerita ni siap masuk myMETRO lagi, ok!~ Biasa la, cerita gempak lagi terkini memang akan masuk Metro punya la!~ Metro kan akhbar harian nombor 1 di Malaysia... Bagi yang tak sempat baca Metro hari ni, meh sini saya nak story pasal what happen actually...

Kisah ni berlaku di Betong, Sarawak... Kisah yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia pada April tahun lalu kini menggamit kembali... Kalau dulu si hantu Kak Limah ni sibuk me-nakut2kan pegawai polis di IPD Betong yang baru, kini cik puan hantu sibuk pulak nak me-nakut2kan penghuni di kediaman pegawai... Haish!~ Main tukar2 tempat pulak ea... Tukar selera la tu... Ikut mood ya, Kak Limah? Kenapa, Kak Limah dah bosan ya tengok muka pegawai2 kat pejabat tu? Hehe!~

Kenapa saya panggil cik puan hantu tu sebagai hantu Kak Limah? Sebab cik puan hantu tu dikatakan berambut panjang sampai ke pinggang dan memakai baju yang lusuh... Ha!~ Kan ke sama dengan ciri2 hantu Kak Limah tu... Dan setelah menemuramah beberapa pegawai di situ, mereka mengatakan yang hantu Kak Limah ni akan memunculkan dirinya yang cantik rupawan tu pada setiap minggu... Ada seorang pegawai tu siap terjun tingkap, ok (!) sebab nak selamatkan diri dari di 'enjit2 semut siapa sakit naik atas' oleh hantu Kak Limah tersebut...

Lepas tu, ada penduduk yang nampak cik puan hantu tu berdiri kat atas bumbung... Ha!~ Kan ke sama dengan hantu Kak Limah!~ Tinggal nak kena tembak dengan anak si Mamat je bila cik puan hantu tu lompat dari bumbung tu... Lagi satu yang menarik mengenai hantu Kak Limah ni, kadang2 dia suka duduk dalam lokap dengan pesalah2 dalam lokap tu... Katanya nak jadi kawan mereka... Elok sangat la tu cik puan hantu tu kawan dengan manusia yang bertopengkan hantu tu!~ Walla!~


Kak Limah sedang tunggu anaknya pulang...

Kak Limah perlukan teman sebab dia kesunyian...


P/S : "Usin... Usin...", panggil hantu Kak Limah...

2 comments:

bro a'maL said... [Reply]

pandai che nin bercerita.. hehe

SiS NaD said... [Reply]

HaHa!~ Ni aDeQ NYe CHe NiN La... :D