Wednesday, February 9, 2011

Oh!!!~ Saya alami INSOMNIA!!!~

Apa tu insmonia? Insomnia adalah nama seorang gadis yang sangat hodoh di muka Bumi ni dan dia mengeluarkan bau yang amat busuk, lebih busuk dari bangkai!~ Itu la insomnia... Percaya atau tak, korang tetap kena percaya sebab itulah maksud insomnia yang se-benar2nya... Haish!~ Mangkuk ayun betul la siapa yang percaya!~ Haha!~ Takkan tak tahu kot apa tu insomnia? Ok2... Meh saya cerita sikit pasal insomnia...

Insomnia ni nama saintifik bagi satu penyakit yang amat digeruni oleh jin2 ifrit iaitu penyakit tak boleh tidur... Bukan tak boleh tidur waktu siang, ok!~ Kalau tidur siang tu namanya pemalas!~ Ni penyakit tak boleh tidur di malam hari... Bagi mereka yang mengalami insomnia selalunya dorang akan merungut sebab tak boleh nak lelapkan mata... Merungut kat siapa? Merungut pada bantal, pada selimut, pada katil, pada tilam dan yang sewaktu dengannya... Biasalah, tidur kan waktu untuk kita merehatkan minda dan kalau tak boleh tidur, minda boleh terganggu... Begitu jugak dengan emosi... Macam saya la!~ Grrrrr!!!~

Antara punca berlakunya insomnia ni adalah sebab ketakutan yang melampau (terhadap bayang2 sendiri), kerungsingan yang berlebihan (terhadap kematian yang bakal menjelma), tekanan (air yang rendah di rumah), ubat (yang tak sedap diberi oleh doktor), kandungan kafein yang berlebihan dalam badan dan kemurungan (sebab tak dapat mengahwini Putera William). Kadang2 ada sesetengah kes di mana ia berlaku tanpa sebab yang pasti!~ Macam saya la!~ Grrrrr!!!~ Minda dan fizikal yang aktif jugak boleh menyebabkan penyakit insomnia ni...

Kenapa saya cerita pasal insomnia? Takkan tak baca title for this entry kot? Huhu!~ Saya rasa macam nak nangis je ni sebab tak boleh nak tidur... Dan semalam baru saya menangis sebab penyakit ni... Ada la dalam pukul 2 lebih pagi macam tu... Dan termasuk semalam, dah dua kali saya menangis sebab penyakit ni... Serius saya sangat stress dengan penyakit ni... T_____T Saya mula hidapi penyakit ni dari bulan 12 tahun lepas (2010). Saya pernah masuk tidur pukul 11 malam, tapi pukul 2 lebih pagi baru boleh tidur... Betapa tertekannya saya masa tu... Lepas tu boleh pulak kawan saya mesej saya dalam pukul 3 pagi... Baru nak nyenyak wei!!!~ Tak pasal2, terus tak boleh tidur!~ Grrrrr!!!~

Antara sebab saya mendapat penyakit ni, setelah di buat research dengan Albert Einstein, kami berdua sepakat mengatakan bahawa ini semua berlaku kerana saya tidak lagi bekerja... Biasa la kalau dah tak bekerja, tidur pun lewat sebab asyik online je... (-_-") Tapi, before tu saya selalu jugak tidur lewat, tak jadi pulak masalah susah tidur ni... Hmmmmm... Mesti ada sebab lain ni.... Nampaknya terpaksa la saya melakukan research terhadap masalah saya ni untuk kali kedua, tapi bukan dengan Albert Einstein... Kali ni saya nak berkolaborasi dengan Amy Search pulak... Feewitt!!!~

Insomnia telah menyebabkan mata saya yang sangat cantik ni jadi sekadar cantik je... Habis bengkak2 bawah mata ni sebab eyebag... Apa tu eyebag? Eyebag tu macam beg udara yang ada pada stereng kereta untuk menyelamatkan pemandu tu apabila berlaku kemalangan... Ada faham??? Lepas ni kena la saya guna petua lama untuk menghilangkannya iaitu dengan meletakkan timun kat mata saya yang cantik ni... Nak guna petua moden, tak mampu nak beli... Mahal tu bebola mata Garnier... Huhu!~

Actually, saya risau kalau insomnia ni akan beri efek buruk pada saya... Bukan efek untuk memburukkan muka saya, ok!~ Takut la... Serius!~ Ni pun mata dah rasa letih sangat2, tapi tetap tak boleh nak tidur... Hmmmmm... Nak buat apa lagi ye???


Ni keadaan mata saya sebelum berpenyakit...

 
Ni keadaan mata saya bila dah berpenyakit... 


So, nak tak nak kenalah saya lekapkan timun kat mata saya ni...




P/S : Ok la... Saya nak pergi minum ubat batuk sebotol sampai habis... Nak tengok berksean ke tak... Harap2 saya boleh tidur... (^_____^)V



15 comments:

shahirahkhairudin said... [Reply]

aaa.. insomnia jugak.. esok da la nak keje.. menci menci..

Ziema said... [Reply]

ala siannya.. :(

ziema pnah kne camtu gak.. puas lah golek golek tak boleh lelap... kalau tak boleh tidur try minum milo or susu panas ..insyaAllah :)

akmalandwirahitamku said... [Reply]

mkn kenyang2 pastu melingkor cam ulor tu. ok kot... ~ petua dari En Uuulaw

Mun said... [Reply]

huu..cikmoon xleh tdo mlm td.. pkl 4 baru lelap... ni duk menahan ngantok je kat opis..

Ziema said... [Reply]

nad. anda ditag for contest. do visit my entry :)

http://queenfantagiro.blogspot.com/2011/02/comelnya-berbaju-kurung.html

FaKArePa!n said... [Reply]

kadang2 saya ada imsomnia.. hehe
orang baru kat sini..

jom baca..

kahwin tak nak, tapi seks nak

Unknown said... [Reply]

insomnia ni boleh menyebabkan pressure dan kemurungan. baik gi jumpa doktor kalau berlarutan lama2...

Salam kenal dari pengikut baru..

SiS NaD said... [Reply]

CiK SHaHiRaH : KaN.... MeNCiK KaN.... :(

SiS NaD said... [Reply]

CiK ZieMa : Tu La PaSaL... PuaS WaT KuaK LeNTaNG... HuHu!~ SuSu ea? SaYeR TaK NuM SuSu La... MiLo PuN KuRanG... HuHu!~ :(

SiS NaD said... [Reply]

aBG : Waa... iDea YanG BeRaS NaSioNaL!~ HaHa!~ TaK JaLaN GaKS... :(

SiS NaD said... [Reply]

CiK MooN : aLa2... CiaNNyeR... SaMeR2 La KiTeR NGaDaP KiJe SaMBeY TaHaN MaTeR K... :(

SiS NaD said... [Reply]

CiK ZieMa : THaNKS TaG Ye... SoWiE La LaMBaT ReSPoN... PC KNe 4MaT... :(

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK FaKaRaPeaN : i WiLL DeaR... ;)

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK PaDLie : Tu La PaSaL... Nak KNe JMPe DoC Ni... TaKuT JaDi TeWuK... PaPe PuN< THanKS CoZ B My FoLLoWeR... ;)

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK KHaNi : HeHe!~ SiLaKaN MaMPiR... MaKaSiH Ya... (^_____^)V