Friday, February 4, 2011

Oh!!!~ Pergolakan di Mesir, apakah nasib rakyat kita?

Ish!~ Macam2 perkara yang saya dengar dan saya baca mengenai keadaan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir... Saya semakin risau dan khuatir akan keadaan mereka, walaupun saya tak mempunyai kenalan atau saudara yang berada di sana... Kerisauan ini timbul kerana mereka adalah saudara saya yang seagama dan senegara... Kalau saya yang tidak mempunyai kenalan atau saudara risaukan mereka, apatah lagi ibu bapa dan sanak saudara mereka...

Berita terbaru yang saya perolehi menyatakan yang penerbangan dari Kaherah ke Kuala Lumpur ditukar ke Jeddah... (Boleh rujuk di sini "Pertukaran Penerbangan"). Oh, diharapkan Jeddah tak akan terkena tempias pergolakan di Mesir kerana khuatir rakyat kita terancam lagi sekali seperti yang mereka rasai di Mesir... Saya pasti dan pasti yang mereka, terutamanya para pelajar Malaysia yang belajar di Mesir sudah tidak sanggup untuk melalui perkara ini... Mereka ke sana atas tuntutan untuk menimba ilmu, tapi berlaku pula perkara sebegini yang mungkin mematahkan semangat mereka untuk meneruskan pengajian mereka di sana... Saya harap mereka tak akan menjadikan peristiwa ini sebagai penghalang untuk mereka menggapai cita2 mereka, selain tidak menghampakan keluarga mereka...

Sepengetahuan saya, seramai 14 000 orang rakyat Malaysia berada di Mesir yang terdiri dari golongan pelajar dan pekerja (termasuk para diplomat)... Ada di antara mereka yang sudah selamat berada di Malaysia kerana mereka mengambil tindakan awal untuk pulang ke tanah air... Selebihnya, masih berada di sana dan akan dipindahkan secara ber-peringkat2 ke Jeddah melalui laluan udara, iaitu dengan menggunakan pesawat milik Malaysia; MAS, AirAsia dan TUDM (C-130)... Diharapkan semua operasi tersebut berjalan dengan lancar...

Mengenai pergolakan di Mesir, lantaran daripada peristiwa itu, ber-macam2 perkara telah berlaku dan kebanyakannya adalah menjurus kepada perkara negatif... Dari perkara yang kecil sehinggalah yang besar... 
  1. Para banduan yang terlepas dari tahanan, mula menyamar sebagai anggota polis dengan tujuan untuk merompak owang awam terutamanya orang luar...
  2. Harga makanan mula naik secara mendadak; roti sekeping berharga RM30...
  3. Berlakunya jenayah curi dan pecah masuk kedai dan kediaman orang awam...
  4. Ada orang awam yang terkena tembakan dan seorang rakyat Malaysia turut menjadi mangsa di mana dia terkena peluru getah yang dilepaskan dan mengenai matanya....
  5. Catuan bekalan air dan elektrik....
  6. Pemotongan khidmat talian telefon dan internet (menyebabkan kesukaran rakyat Malaysia untuk berhubung dengan keluarga mereka)...
  7. Rakyat Malaysia semakin kekurangan bekalan makanan lantaran dari penutupan kedai2 dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan kerana jenayah yang semakin berleluasa (mereka tak dapat untuk keluar dari kediaman)...
  8. Banyak penerbangan yang dibatalkan dan menyebabkan kebanjiran lautan manusia di lapangan terbang Kaherah...
Diharapkan rakyat Malaysia semua berada di dalam keadaan selamat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT... Moga2 mereka mendapat bantuan untuk berpindah secepat yang mungkin kerana tidak mustahil keadaan di Mesir akan menjadi lebih buruk dan rakyat kita akan terkena tempiasnya... Jadi, kita yang berada jauh dan hanya mampu melihat serta membaca sama2lah doakan yang terbaik untuk mereka... Diharapkan juga keluarga mereka yang berada di Malaysia senrtiasa tabah dan teruskan untuk mendapatkan update mengenai ahli keluarga mereka yang berada di sana...

Moga2 pergolakan di Mesir akan beransur pulih untuk membolehkan rakyatnya dan orang luar hidup dalam keadaan aman dan menjalankan aktiviti seperti biasa...


P/S : Let's pray for them!!!~