Sunday, February 27, 2011

Oh!!!~ 'Kutuk mengutuk' di dunia blog!~

Haish!~ Ada apa pada title di atas? Penting ke? Ini adalah pemerhatian saya dan apa yang dapat saya perhatikan pada hari ini... Mula2 tu agak takut juga jika saya menjadi orang yang di'kutuk'... Tapi saya akan cuba bersiap sesedia mungkin untuk menghadapinya, seperti yang rakyat Palestin lakukan apabila rejim Israel menceroboh tanah mereka dan menindas rakyat mereka... Alangkah kejamnya rejim Israel Laknatullah itu!!!~ Persiapan mental amatlah perlu agar perkara itu tak mengganggu emosi kita kerana itulah realiti dewi dunia blog...

Seperti yang saya dapat fahami di sini, blog adalah satu medan perang bagi para blogger untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, mencoretkan apa yang bermain di fikiran, mengusulkan apa yang bersarang di benak dan menghamburkan segala isi perut buah fikiran mereka sehari-harian... Memang seronok kadang2 apabila dapat membaca coretan2 mereka lagi kalau ianya ada unsur2 humour... Itu akan menjadikan blog seseorang blogger itu menjadi menarik...

Tapi yang menjadikannya tak menarik apabila ada yang mengambil kesempatan di atas kesilapan yang tak pernah dilakukan oleh 'blogger mangsa'... 'Blogger mangsa' tak pernah pun mngusik apatah lagi mencuit 'blogger pemangsa' dengan unsur2 kegansan melampau, tapi tak pasal2 'blogger mangsa' menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis 'blogger pemangsa'...

Actually, tak salah pun kalau nak MENEGUR 'blogger mangsa' ni, tapi biarlah secara berhemah dan bukannya dengan memberikan title yang menjatuhkan maruah seseorang 'blogger mangsa' tu... Saya bukan nak sebelahkan mana2 pihak sebab kadang2 apa yang 'blogger pemangsa' cuba sampaikan adalah benar, tepat, tulus, ikhlas, jujur dan macam2 lagi, cuma caranya yang tak betul... Tak perlu kot nak mention nama 'blogger mangsa' kerana ianya bisa mencacatkan menjatuhkan air muka 'blogger mangsa' yang dimaksudkan... 'Blogger mangsa' juga punya hak untuk ber-blogging kerana itu blog dia!~

Apa yang 'blogger mangsa' cuba sampaikan melalui blog dorang, itu hak mereka... Inikan negara demokrasi, kita bebas bersuara... 'Blogger pemangsa' pun mempunyai hak untuk bersuara, tapi biarlah suara yang cuba disampaikan tu tak membangkitkan kemarahan dan persengketaan sesama blogger di Malaysia ni... Tak elok kot... Nanti dunia blog di Malaysia ni jadi tak best dah... 'Jangan sebab nila setitik, rosak susu secawan sebelanga'... (Ada ke orang yang simpan susu sebelanga? Banyak tu...).

Kesian pada 'blogger mangsa', tak pasal2 jadi mangsa kepada 'blogger pemangsa' tanpa sebab... Malu la 'blogger mangsa' tu... Saya yang hanya memerhati pun dapat rasakan apa yang 'blogger mangsa' rasakan, walaupun kadang2 dorang tak dapat rasakan apa yang saya rasakan... Ataupun, walaupun dorang tak ambil port pun mengenai perkara itu...

Walau apa pun, harap 'blogger mangsa' kuat semangat, jiwa kena kental, hati kena kebal untuk menghadapi perkara2 yang sewaktu dengannya pada masa2 akan datang... Dunia blogger ni ada mcam2 ragam dan fe'elnya... So nak tak nak, kita sebagai blogger kena la siap sedia untuk hadapinya... Bak kata Dewa 19, 'Hadapi Dengan Senyuman Palsu'... Kepada 'blogger pemangsa' pula, ber-hati2 la dalam menaip berbicara kerana setiap apa yang kita cuba sampaikan tu akan menjadi tatapan blogger lain... Baik yang buruk atau yang baik...

So, kepada 'blogger pemangsa' dan 'blogger mangsa' mari kita ber-maaf2an... Sebelum kita menempuh lena yang panjang...  Jangan tunggu Aidilfitri je baru nak ber-maaf2an... (^_____^)V


Alangkah indahnya jika kita saling bermaafan...

Jangan tunggu raya baru nak bermaafan... (^_____^)V


P/S : Dunia blog di Malaysia akan menjadi indah jika blogger di Malaysia mengindahkannya... (^_____^)V



6 comments:

akmalandwirahitamku said... [Reply]

1. saya ske blogger nih. err, mksudnya coretannya. ada ilmu bermanfaat di samping ada unsur kecindan.
2. saya setuju. jgn gado2 k (padahal x tau sgt isunya)
3. siap ada pembetulan ek, coretan Nad nih. mcm karangan yg diperiksa oleh cikgu lak, ada pangkah2

Yuyu Zulaikha said... [Reply]

yuyu nak dia betolkan semua nya dulu..~ hmm.. terasa sampai sekarang~

SiS NaD said... [Reply]

aBG : HaHa!~ NeWaY, THaNKS YaR!~ TWuSKaN MNYoKoNG SaYeR... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

YuYu DeaRie : SaBaR Ye... SuMeR Ni DuGaaN WaT BLoGGeR PoPuLaR MaCaM YuYu... 'oWaNG Tu' JeLeS SeBaB DieR TaK PaT TeMPeK MuKeR DieR MaCaM YaNG YuYu WaT...

Dda Ly said... [Reply]

setuju jgak...jgn gado²..:)

meh jemput ke rumah...
~my latest entry~

SiS NaD said... [Reply]

CiK DDA LY : HeHe!~ i WiLL ViSiT u DeaR... ;)