Penyakit insomnia ni masih tak pulih2 walaupun keletihan lantaran melakukan sesi jelajah Johor Bahru petang tadi tak hilang lagi... Actually, kepala dah start pening dah ni, tapi nak buat macam manakan... Kalau masuk tidur awal pun bukannya dapat lelap dengan kadar yang segera... So nak taknak sekarang ni, saya terpaksa mencari hobi baru untuk mengisi 'masa lapang' tersebut... Dan start dari jam 12 tengah malam until 2 pagi, saya akan mendengar 'Misteri Jam 12' di Ria.fm, iaitu radio channel from Singapura... Saya mula mendengar segmen tu sejak dari hari CPU saya sakit... Saya suka dengar segmen tu yang dikendalikan oleh DJ K.C... Memang best la... Bagi mereka yang nak cuba try test dengar, klik sini ---> Live Radio Ria.fm (setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 12 tengah malam sampai 2 pagi)...Tapi make sure korang tak lemah semangat la sebab kadang2 cerita2 tu bisa menggugurkan jantung... Lagi2 ditambah dengan sound effect yang menyeramkan... And almost kisah2 yang diketengahkan berlaku di Singapura... Tapi ada jugak kisah2 tu yang berlaku di Malaysia dan Indonesia... Nama pun berjiran kan...
Sekarang ni pun ada seorang pemanggil wanita Indonesia dari Batam yang call... Dia ceritakan pasal penggunaan mayat bayi untuk tujuan pemujaan... Alamak!~ Sound effect dia dah keluar... Takut!!!~ Niat nak off live radio untuk segmen ni ada, tapi niat nak terus mendengar sangat kuat... Hukhuk!~
Before ni ada pemanggil dan pengomen yang berkongsi pandangan, kalau kita dengar cerita2 hantu secara (kalau guna handphone) atau dengan menggunakan radio, di mana bukan kita seorang yang boleh mendengarnya, ini akan memanggil makhluk tuhan tersebut untuk menghampiri kita... Betul ke? Tapi serius saya cakap, kadang2 saya feel something masa dengar segmen ni sebab saya dengar secara loudspeaker (means guna handphone la tu) sehingga meremangkan bulu kening saya...
Tapi, yang menariknya, lagu2 selingan yang diputarkan untuk segmen ni best2... Kalau korang nak dengar lagu2 hantu yang kelakar, kat sini la tempatnya.... Saya pun tak tahu macam mana Ria.fm boleh dapat lagu2 tu... Memang lawak habis and interesting... Lagu dari seberang Indonesia pun banyak diputarkan... Dan lagu yang paling saya suka DJ K.C putarkan ialah lagu dari penyanyi cilik; Cleopatra Stratan... Tajuk lagu tu 'Zonia Zonia' kalau tak salah...
Haha!~ Baru ada seorang penhantar mesej yang cadangkan 'Misteri Jam 12' dilanjutkan sampai pukul 3 pagi... Saya baru terfikirkan perkara tu... Kalau dorang nak lanjutkan sampai pukul 3 pagi pun saya sanggup dengar sampai habis!~ (^_____^)
Tapi, ada 1 perkara yang ironi mengenai segmen ni... Ada seorang pemanggil tu akan menebusi talian bila nak dekat2 pukul 2 pagi... Kiranya, dia tu sebagai pemanggil penutup la... Tapi setiap hari tau dia dapat tembusi talian... Pak Raden namanya... Pak Raden mengatakan yang dia ader in dengan segmen ni sebab dia seorang pengubat 'penyakit2 kronik' yang disebabkan oleh makhluk tuhan tu, sebab tu dia dapat tembusi talian... Wallahualam...
Dari kiri : DJ Adi dan DJ K.C.
DJ2 Ria.fm
P/S : Jom dengar 'Misteri Jam 12' dari jam 12 tengah malam sampai 2 pagi... Setiap hari Isnin until Jumaat... Check them out at Facebook ---> Ria.fm
3 comments:
ok jom jom!
(^_____^)V
jumaat lepas wa baru dengar... hasan naik basikal ade awek tumpang...
singgah sini dari johor blogger..... have a nice day!!!
Post a Comment