Monday, February 21, 2011

Oh!!!~ Dari Malaysia ke Manchester....

Saya kepenatan sehari ni sebab pergi Manchester, lepas tu balik Malaysia balik dalam masa sehari!!!~ Kenapa, tak percaya ke? Tolong la percaya... Sebab dengan kepercayaan korang tu, akan hilanglah kepenatan yang saya sedang tanggung sekarang ni... Hmmm... Hebat tak saya, balik hari je tu... Gila la!~ Orang gila pun tak kan buat macam ni... Nak tahu kenapa saya ke Manchester? Sebab nak jumpa Wayne Rooney dengan Alex Ferguson!~ Dorang telah menjemput saya untuk makan malam bersama mereka... Oh!~ Indahnya dunia... Haha!~ Berangan je lebih!~

Actually, kepenatan saya bukan la disebabkan travel ke Manchester, tapi disebabkan travel di hutan batu iaitu bandar Johor Bahru... Dari pagi sampai ke petang dok jelajah setiap pelusuk bandar Johor Bahru ni... Permulaan ceritanya begini (macam biasa, sila gunakan teknik imbasan, ok!~)...

Sedang enak saya dibuai mimpi indah, di mana di dalam mimpi tu sayang sedang melangsungkan perkahwinan dengan Putera William yang telah convert ke Islam, tiba2 saya terdengar suara yang bisa meluruhkan jantung saya, "Nadiah, bangun... Ikut abah pergi jumpa Dato' Rahman...". Adoi la!~ Benci betul la... Bukan benci kat abah... Maka saya pun duduk termenung sejenak di atas katil sambil kemas katil, sebelum pergi ke bilik air untuk bersiram... Lepas mandi, terus iron my favourite baju kurung dan ber-siap2... Pukul 12 tengah hari baru gerak ke tempat yang dituju... Mula2 pergi Menara Pelangi (ofis Dato' Rahman) yang terletak di tingkat 16 setengah point 8 kali sepuluh!~ Dah selesai berurusan di ofis beliau, saya dan abah terus ke tingkat 2 untuk berjumpa dengan Puan Suriah, sebab abah nak tanya pasal saham... Perghhhhh!~ My dad main saham tu!~ Dah macam orang korporat pulak...

Then, dah selesai urusan di Menara Pelangi, kami terus ke Pejabat Pos sebab lesen kereta saya dah dua bulan tak renew!~ Haha!~ Abah yang tolong renew kan sebab saya tak ada duit... :( Lepas tu pergi MBJB yang terletak bersebelahan Pejabat Pos sebab abah ada urusan kat situ... Dah tu, kami makan kat kafe MBJB tu... Lepas tu pergi pulak ke Mahkamah Sesyen yang terletak bersebelahan MBJB (main sebelah2 pulak ea mereka bertiga ni)... Abah nak tanya pasal permohonan nak buat praktikal kat situ untuk adik saya... Tapi pihak pentadbiran Mahkamah Sesyen menyuruh kami ke Bangunan Sarawak yang terletak di Stulang Laut... Perghhhhh!~ Tak macam penat pulak saya... Abah saya lagi la penat sebab beliau yang drive...

Dah sampai kat bangunan tu, terus kami ke tingkat 23A... Dah sampai kat tingkat tu, saya tengok ramai public dan lawyers masing2 kat ruang legar tingkat tu... Oh!~ Dorang sedang tunggu giliran untuk dibicarakan!~ "Anda didapati bersalah kerana mengedar dadah seberat 987 gram dan dengan itu mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap anda!~". Ada ciri2 macam hakim tak? Hehe!~ Dah settle urusan kat situ, tengok jam dah pukul 3 petang... Sempat lagi untuk menjelajah... So kami pun pergi Giant dan Mydin sebab nak beli barang sikit... Pergi Giant sebab nak beli box plastik yang untuk isi barang tu... Sekrang ni box plastik tu menjadi kegilaan abah!~ Baru semalam abah beli, hari ni beli lagi!~ 5 pulak tu!~ (-_-") Lepas tu pergi Mydin untuk beli toiletrist di rumah yang hampir habis... Next destination is home sweet home... Sampai kat rumah pukul 4 petang... Apa lagi, cepat2 saya salin baju and cuci muka... Lepas tu terus ambil air sembahyang and sembahyang Zohor... Nasib baik sempat sembahyang... Sekian saja  dari saya untuk kali ni... (^_____^)


P/S : Jelajah, jelajah jugak... Sembahyang jang lupa... (^_____^)V