Wednesday, January 19, 2011

Oh!!! 20 cara untuk jadikan roomate gila!!!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)C

Tiba2 teringat zaman belajar dulu... Zaman mula2 duduk asrama... Pertama kali duduk di asrama masa belajar di Kolej Matrikulasi Melaka... Yang di London itu... Hehe! Selepas itu 'melarat' ke Universiti Utara Malaysia... Jadi rindu pula dengan zaman belajar... Masa belajar dahulu, kalau boleh hendak cepat2 habis belajar... Tapi bila sudah masuk ke alam pekerjaan, jadi rindu pula dengan zaman belajar a.k.a zaman duduk di asrama a.k.a zaman berjauhan dengan keluarga a.k.a zaman kepala gila2...  Tidak tahulah hendak cakap macam mana tentang keseronokan zaman belajar... Tapi memang terbaiklah! Saya pasti ramai yang pernah melalui zaman belajar di mana anda terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta (atau mungkin kekasih tercinta?)... Dan pada ketika itu, rakan2lah sebagai peneman suka dan duka...

 GeNG2 PaRLiMeN (RoMBoNGaN SaMBiL BeLaJaR Ke PaRLiMeN, IDFR - iNSTiTuTe oF DiPLoMaTiC aND FoReiGN ReLaTioNS, DaN KaMPuNG KuaLa KuBu GaJaH)

Semasa di Matrik, satu bilik duduk 4 orang... Dalam empat2 orang itu, saya seorang budak akaun... Lagi 3 adalah budak Sains Hayat... 3 orang yang dimaksudkan adalah Cik Syahirah, Cik Saida dan Cik Suraya... Dan ironinya, mereka mempunyai nama yang bermula dengan huruf 'S'... Memang terbaiklah dapat jadi teman sebilik dengan 'S' girls ini... Rindukan saat2 apabila tibanya giliran bilik kami mengadakan bacaan Al-Mulk... Petang itu mesti sudah fikir hendak hidangkan juadah apa selepas bacaan Al-Mulk... Selalunya saya yang akan menjadi tukang buat air dan air saya selalunya manis tak ingat! Hehe!

Semasa di universiti pula, satu bilik duduk 2 orang... Dan setiap satu tahun (2 semseter), saya akan mendapat teman sebilik yang baru... Tahun pertama dengan Cik Syiffa', tahun kedua dengan Kak Tini dan tahun ketiga dengan Cik Shahila... Perangai mereka ber-beza2... Biasalah, lain orang lain perangainya... Begitu juga teman sebilik saya semasa di Matrik...

Oklah, saya pasti dan pasti ada yang pernah dan sedang merasa bengang denga teman sebilik / teman serumah masing2... Di bawah ini saya sediakan tips untuk anda balas dendam terhadap tean sebilik anda... Selamat mencuba!


  1. Setiap hari Jumaat, kemas segala barang anda dan beritahu teman sebilik anda yang anda ingin pulang ke kampung.. Selepas satu jam, balik keb bilik semula dan terangkan bahawa tiada orang di rumah anda... Kemas semula barang2 anda dan tidur... (Sementara hendak tunggu satu jam itu, lepaklah di bilik kawan yang lain... Pastikan bilik kawan itu tidak berdekatan dengan bilik anda...)
  1. Setiap kali teman sebilik anda balik, jerit sekuat hati, "Hooray! Kau sudah balik!". Lepas itu, menara dalam 5 minit... Sudah puas menari, tenung jam lama2 dan cakap pada teman sebilik anda, "Sepatutnya kau sudah blah sekarang..."
  1. Buat2 terjaga pada tengah malam dan jerit kuat2, "Tolong! Aku di mana?", dan lari keliling bilik... Kalau bilik kecil, cukuplah dengan me-lompat2 dua hingga tiga kali... Kemudian sambung tidur... Esoknya jika teman sebilik anda bertanya, pura2 tidak tahu apa yang dia cakap...
  1. Ambil marker pen dan buat bulatan kecil di tangan anda... Besarkan bulatan itu setiap hari sambil berkata, "Sudah merebak.. Sudah merebak...".
  1. Beli pokok bonsai... Bercakap dan tidur dengan pokok itu setiap hari... Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok itu dan cakap, "Aku tidak boleh hidup sebilik dengan kau lagi!", sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat... Buang pokok itu tapi biarkan pasu di situ... (Pokok kaktus pun boleh...)
  1. Beli pisau banyak2 dan tajamkan pisau2 itu setiap malamsambil merenung teman sebilik anda sambil berkata, "Tidak lama lagi... Tidak lama lagi...".
  1. Duduk di depan papan chess dua tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2... Lepas itu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul! Kalah lagi...".
  1. Setiap kali teman sebilik anda balik, tutup lampu dan tidur (buat pada waktu malam)... Lepas dia keluar, bangun dan menjerit, "Hooray!" sambil buka lampu semula... 
  1. Pakai topi kertas (tahu buatkan?)... Bila dia balik, cakap, "Selamat datang ke McDonald... Boleh saya ambil pesanan anda?". Lepas itu buat muka bodoh sambil berkata, "Eh, kau rupanya...".
  1. Kata pada teman sebilik anda, "Ada pesanan penting untuk kau...". Lepas itu buat2 pengsan... Dalam dua tiga jam selepas itu, bangun dan cakap yang anda sudah lupa pesanan itu.. Kemudian cakap, "Eh, aku sudah ingat...", dan pengsan balik...
  1. Bila teman sebilik anda balik, pura2 tengah telefon... Caci maki dan menjerit dengan kuat pada telefon itu... Lepas itu letak telefon dan cakap pada teman sebilik anda bahawa yang telefon tadi adalah emak dia... Cakap pada dia yang emak dia akan telefon balik...
  1. Kalau teman sebilik gosok gigi di sinki bilik air, perhatikan sampai habis... Lepas dia gosok gigi, cakap pada dia yang anda kena ajar dia cara menggosok gigi dengan betul...
  1. Edarkan risalah ke kawasan kedai berdekatan dengan kampus anda... Dalam risalah itu nyatakan bahawa teman sebilik anda telah hilang... Letak sekali gambar dia... Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai dia...
  1. Bila teman sebilik anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati... Bila dia buka lampu balik, buat muka bodoh dan confused... 
  1. Duduk dan renung teman sebilik anda dalam dua tiga jam (minit pun boleh)... Kalau boleh, bawa rakan2 yang lain sekali sambil makan kacang dan popcorn... Buat macam tengah tengok wayang...
  1. Semasa teman sebilik anda tiada, ambil deodorant dan sapukan pada seluruh dinding bilik... Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi... Lakukan selalu sampai deodorant habis... Kalau tiada deodorant, boleh gunakan losyen tangan, perapi rambut dll...
  1. Kalau teman sebilik ada binatang peliharaan seperti hamster, tawarkan diri untuk beri makan kepada binatang tersebut... Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut untuk diberikan kepada binatang itu sebelum dia beri persetujuan kepada anda...
  1. Pegang dan gosok2 rambut teman sebilik anda sambil berkata, "Rambut kau hitam, lurus dan berkilatlah... Macam teknik rebonding...". Sekali sekala buat masa dia tengah tidur...
  1. Masa teman sebilik anda tengah tidur, bungkus dia macam kafankan mayat (gunakan selimut dia tapi lagi bagus kalau boleh dapatka kain putih)... Lepas itu panggil rakan2 yanglain dalam 10 orang untuk baca Yassin ramai2... Bila teman sebilik terjaga pakat2 buat ridak tahu apa2...
  1. Sebelum teman sebilik balik dari kuliah, bungkus diri sendiri macam kafankan mayat (minta tolong rakan yang lain)... Lepas itu baring senyap2 atas katil dia... Mesti dia terkejut sampai pengsan masuk2 bilik tengok ada mayat... 

P/S : Berani buat, berani tanggung... Selamat mencuba... (^_____^)V

2 comments:

akmalandwirahitamku said... [Reply]

nak wat kaedah yg ke20. tp minta tolong cik nad balutkan. ok?

SiS NaD said... [Reply]

HaHa!~ SuH uR FReN La BaLuTKaN... TaKPuN uR RooMMaTe.. HaHa!~