Wednesday, July 18, 2012

Oh!!! Perlu cetak surat tawaran sendiri?

Assalamualaikum semua!~ (^____^)V

"Zaman dah berubah, dunia dah maju"... Ingat lagi tak dengan ayat tersebut yang pernah dikatakan seseorang di dalam sebuah iklan? Apa yang saya cuba ketengahkan di sini bukannya mengenai pembangunan pesat yang berlaku di Malaysia, tetapi sesuatu yang berkaitan dengan bakal penuntut institut pengajian tinggi...

Kalau dahulu, kita hanya perlu menunggu surat tawaran sampai ke pintu rumah, tetapi sekarang ini bakal penuntut harus mencetak sendiri surat tawaran melanjutkan pelajaran yang boleh didapati dengan melayari internet... Persoalannya di sini, adakah semua bakal penuntut mempunyai kemudahan komputer peribadi, internet dan pencetak?


Cetak, cetak dan cetak lagi...


Tidak semua bakal penuntut dari golongan yang berkemampuan... Ya, memang kemudahan itu ada disediakan di kedai2 seperti cyber cafe, tapi tidak terfikirkah kemungkinan lokasi terletak jauh dari rumah bakal penuntut tang tidak berkemampuan? Jikalau dekat pun, tidak terfikirkah kemungkinan wang digunakan untuk mencetak setiap helai surat2 tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting?

Baiklah, baiklah... Memang betul kata pepatah Melayu, 'hendak seribu daya, tak nak seribu dalih', tetapi kalau bakal penuntut memang benar2 'tidak berdaya' bagaimana?

Kenapa saya ketengahkan isu ini, ini kerana selama ini saya menjadi pemerhati di sebalik 'kesusahan' mereka dan ada segelintirnya yang datang 'mengadu' kepada saya... Saya hanya boleh menjadi pendengar yang baik, dan bukan penyelesai yang baik kepada masalah mereka... Apa yang saya mampu tolong, saya tolong...

Tapi saya tidak salahkan pihak tersebut 100% kerana mungkin mereka lakukan sistem baru ini dengan sebab2 tertentu seperti supaya surat2 tawaran tersebut tidak 'hilang' ketika proses penghantaran dan tidak sampai kepada bakal penuntut... Kasihan pula kepada mereka yang layak tetapi masih tidak menerima surat tawaran tersebut...

Apa2pun, tahniah kepada mereka yang bakal bergelar pelajar IPT... 'See U Di IPT' bak kata UNIC... (^_____^)V

P/S : Tidak semua yang ada di muka Bumi ini dilahirkan dengan kemewahan...

No comments: