Thursday, December 22, 2011

Oh!!! Duit baru akan menjengah...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tahun hadapan, Bank Negara Malaysia akan mula mengeluarkan wang kertas dan syiling baru untuk penggunaan rakyat Malaysia... Penggunaan warna yang sangat ceria dan ilustrasi yang menarik akan membuatkan ramai rakyat Malaysia menyerbu BNM dan bank2 seluruh Malaysia untuk mendapatkannya pada hari pertama pengeluaran... Tetapi wang kertas hanya akan mula diedarkan pada separuh masa pertama kedua tahun hadapan... Ini bermaksud ia hanya berada di genggaman rakyat Malaysia pada bulan Julai 2012... Bagi duit syiling pula ianya boleh berada di dalam genggaman rakyat Malaysia pada bulan Januari 2012...

Istimewanya bagi pengeluaran wang kertas yang baru ini adalah kerana wang kertas RM20 akan muncul kembali setelah 16 tahun hilang tanpa khabar berita... Untuk menambahkan kekaguman di hati, di bawah ini disertakan gambar2 wang baru tersebut... Sumber gambar2 tersebut adalah dari myMetro...

 Terbaik! (^_____^)V

Tema duit baru adalah 'Keunikan Malaysia'...


P/S : Tidak sabar mahu cium bau duit baru... (^_____^)V

2 comments:

J.Syazwana said... [Reply]

kenapa kite tak pernah ade memori tentang duit kertas rm20 eh? huhuhu

SiS NaD said... [Reply]

Sebab kite tak wujud lagi masa tu... Hehe! (^_____^)V