Wednesday, September 7, 2011

Oh!!!~ Blog saya blog perkahwinan?

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Tadi saja saya gedik2 tengok 'stats' blog saya... Tak ada peningkatan... Tak mengapa... Itu boleh diaturkan nanti... Lepas tu tergerak hati nak tengok 'traffic sources'... Bagi yang tak tahu, 'traffic sources' tu adalah sumber trafik blog seseorang... Maksudnya, pengunjung yang terjah blog kita tu datangnya dari sumber mana... Ada faham? Bagi bloggers, mestilah faham...

Tengah syok2 tengok 'traffic sources', mata saya tertancap di bahagian 'search keywords'... Eh!~ Saya terpelik sekejap... Dah musim kahwin ke? Rasa2nya cuti sekolah yang panjanng lambat lagi... Kebanyakan keywords yang digunakan adalah HANTARAN.. Ditekankan lagi sekali, HANTARAN... Bila masa pula blog saya jadi blog perkahwinan? Bila di-ingat2 kembali baru saya teringat yang saya pernah menghasilkan entry mengenai perkahwinan... Bolehlah klik DI SINI... Maaf jika ramai yang 'sakit mata' dengan cara penulisan saya untuk entry tersebut... Zaman itu telah lama berlalu...

Apa2pun, saya bangga kerana sedikit sebanyak blog saya mampu untuk memberikan info yang berguna kepada para pembaca... Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi terjah blog saya yang tidak seberapa... (^_____^)V

(Sila klik gambar untuk tumbesaran)...


P/S : Saya akan menukar cara penulisan saya untuk entry tersebut kepada normal... (^_____^)V

4 comments:

podeh3 said... [Reply]

salam. jelas dan bagus.

Unknown said... [Reply]

salam sis nad..er..bagus tu.....kan itu SEO..hehe...

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Podeh2 : W'salam... Thanks!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Jo : Hehe!~ Tapi BE Sis tak pernah naik... Huhu!~