Tuesday, July 19, 2011

Oh!!!~ Lelaki pun susah tutup aurat?

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Ish3!~ Lelaki pun susah hendak tutup aurat? Sebenarnya sudah lama saya fikirkan mengenai perkara ini dan telah berniat untuk diketengahkan di dalam blog saya, tapi asyik bertangguh sahaja... Inilah akibatnya kalau asyik bertangguh, terus jadi lupa nak buat... Bak kata Tun Dr. Mahathir, 'Melayu mudah lupa...'. Kesedaran untuk buat entry ini saya dapat dari program Imam Muda 2... Pada penghujung rancangan... Haish!~ (-_____-") Panjang pula mukadimah saya... Hehe!~

Ok2... Selalunya kita selalu dihujani dengan cerita2 mengenai wanita dan aurat, tetapi kalai ini saya mahu sentuh mengenai lelaki dan aurat... Pelik dan pelik kerana aurat lelakilah yang paling senang syaratnya, tetapi itupun masih ada lagi kaum Adam yang susah nak menutup aurat... Di sini saya fokuskan mengenai aurat berpakaian...

Kerap saya perhatikan saat ber-jalan2 bersama keluarga atau rakan2, terdapat segelintir kaum Adam yang berseluar pendek ketika berada di luar rumah... Kalau seluar pendek yang dipakai itu panjangnya sampai bawah lutut, ok lagi... Ini ada yang seluar pendek itu parasnya di atas lutut... Cuba lihat pemain bola sepak (saya 'die hard fan' football sport), seluar mereka sahaja sudah di atas lutut... Haish!~ Dalam Islam sendiri sudah menetapkan bahawa aurat seorang lelaki Muslim adalah dari pusat hingga lutut...

Dari segi bahasa, aurat bermaksud segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan atau didedahklan) akan mendatangkan aib dan cela... Dari segi syara', aurat adalah suatu yang awajib ditutup atau suatu yang haram dilihat (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie', Jilid 1)...

Di Dalam Al-Quran, dalam Surah An-Nur, Allah SWT telah berfirman, "Katakanlah kepada orang2 lelaki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya (kehormatan); yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat...". (Surah An-Nur 24:30).

Jarhad Al-Aslami R.A menceritakan, "Rasulullah SAW duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka... Lalu Rasulullah berkata kepadaku : Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat? (Riwayat Imam Abu Daud, Tarmizi dan Malik)...

Dapat dirumuskan di sini bahawa aurat lelaki adalah sehingga paras lutut... Tetapi, jangan ingat mereka yang memakai seluar atau kain paras lutut (munutup lutut) tidak mendedahkan aurat... Sesungguhnya mereka turut akan mendedahkan aurat apabila duduk dan membongkok kerana seluar atau kain yang dipakai akan menjadi singkat sedikit sehingga menampakkan lutut... Jadi, alangkah leboh elok jikalau seseorang lelaki itu memakai seluar atau kain yang menutup keseluruhan kakinya (dari paha hingga buku lali)... Tetapi jangan samapi mendatangkan ISBAL pula ya...

Diharap entry ini dapat memberikan manfaat (walaupun sedikit) kepada kita yang sentiasa lalai... Bukan untuk menunjuk bagus atau pandai, tapi untuk saling mengingatkan...

 Aurat lelaki...


Say no to short pants...


Entry rujukan : Aurat Lelaki Sering Diperlekehkan dan Aurat Lelaki


P/S : 'Tepuk dada, tanya iman'... (^_____^)V

8 comments:

Unknown said... [Reply]

sy pakai sluar pendek, tp yg 3/4 nye :)

so lbh lutut kan? hehe.. klu men bola pun pilih yg 3/4 gak

AnakPakZohar said... [Reply]

yup/// aurat lelaki pon kene dititikberatkan ... =)

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Saiazuan : Bagus!~ Memang lebih.. Tapi make sure masa duduk, seluar tu tak menampakkan lutut.. (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Yad : Tahu takpe... (^_____^)V

Unknown said... [Reply]

aurat lelaki secenonet je pon..ehehe

SiS NaD said... [Reply]

Yang cenonet itulah yang susah nak dijaga... (^_____^)V

Anonymous said... [Reply]

aurat lelaki ada banyak pendapat, syafie n hanafi mengatakan aurat lelaki dari pusat hingga lutut.

hambali n maliki mengatakan di ANTARA pusat n lutut (kemaluan)yg bermaksud pusat paha lutut bkn aurat.

SiS NaD said... [Reply]

@Anonymous
Terima kasih atas info anda.... Tapi Malaysia ikut Syafie kan... (^_____^)V