Thursday, January 8, 2015

Oh!!! Wed Prep #1 : Ini goodies saya!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Bertemu lagi kita di dalam rancangan kahwin2 pak pak kompang kompang gebish gebish... Tiba2 rasa berdebar... Sekarang ini saya tengah pulun settle-kan goodies untuk tetamu yang akan hadir pada majlis persandingan saya... Goodies simple sahaja... Maruku di dalam jar kaca...

Kalau ikutkan emak saya, dia mahu bagi tetamu kek apollo dan air kotak kemudian diletakkan di dalam pouch bag... Memang nampak simple dan menjimatkan, tetapi selepas membuat pengiraan, goodies maruku di dalam jar kaca adalah lebih menjimatkan...

Botol kaca saya beli di Quality Pack Sdn Bhd... Kalau ikutkan HQ bagi syarikat ini di Kuala Lumpur, tetapi Alhamdulillah kerana syarikat ini mempunyai branch di Johor Bahru dan ini adalah satu2nya branch yang ada di Malaysia...

Saya beli jar bersaiz botol jem di mana harga jar bersama penutup adalah RM0.73 sebotol... Didalam satu kotak ada 75 jar dan saya beli 30 kotak... Jadi jumlah untuk kesemua jar adalah RM1642.50... Itu kiraan bagi jar... 


Saiz jar yang saya beli...


Bagi maruku pula, satu bungkus plastik besar adalah seberat 5kg dan satu bungkus tersebut berharga RM40... Untuk satu bungkus maruku boleh dimuatkan ke dalam lebih kurang 100 jar... Jadi jumlah bungkusan yang saya perlukan adalah sebanyak 23 bungkus... Jadi jumlah yang perlu dibayar untuk 23 bungkus maruku 5kg adalah sebanyak RM920...

Untuk menambahkan seri kepada jar yang saya beli, saya telah menempah stiker untuk ditampal pada jar terssebut... Harga bagi 2000 keping stiker adalah RM210 + RM10 bagi postage... Oh ya... Stiker saya beli dari Seha Ghani... Saya jumpa facebook dia pun dari group All About Majlis Perkahwinan... Saya sarankan kepada bakal raja dan ratu sehari untuk follow group tersebut di facebook kerana ia merupakan hab pembelian barang2 perkahwinan secara online... Boleh rambang mata kalau join group tersebut...


Stiker yang ditampal pada jar...



Hasilnya boleh dilihat pada gambar di bawah... Selagi kita boleh jimatkan kos, jimatkanlah... Banyak sebenarnya benda2 kecil yang kita nampak remeh tapi sebenarnya penting sebagai penyeri majlis kita nanti... Nak tahu apa dia? Tunggu entri seterusnya... 




P/S : Sila kira sendiri jumlah bajet untuk goodies saya... (^_____^)V

1 comment:

Unknown said... [Reply]

Blh x nk taw kt mne awk beli muruku to ?