Assalamualaikum semua! (_____^)V
Perkara pertama yang saya buat sebaik sahaja bertunang adalah menempah dewan idaman saya... Dewan Jubli Perak, Bandar Baru UDA, Johor Bahru... Memang itu dewan idaman saya sebab ada penghawa dingin... Lagipun kebanyakan rakan2 saya buat majlis resepsi di situ... Oleh itu saya jadi berkenan dengan dewan tersebut...
Sebelum itu saya ada juga survey beberapa dewan yang berdekatan dengan rumah saya...
1. Dewan Jubli Perak, Bandar Baru UDA
Saiz dewan ; Sederhana
Parking : Tiada tetapi boleh parking di Sekolah Agama BBU dan bukan terletak bersebelahan jalan utama
Condition : Ada penhawa dingin
Harga : RM2200 (complete)... Deposit RM800 (akan dipulangkan semasa majlis diadakan)
Latest picture pada majlis Johor Berselawat pada 4 Januari 2015...
Ihsan dari Encik Google...
2. Dewan TNB Kempas.
Saiz dewan : Sederhana
Parking : Banyak sebab ia berada di dalam kawasan rumah flat yang luas kawasannya...
Condition : Ok cuma tiada penghawa dingin...
Harga : RM1200 (Untuk dewan kosong sahaja... Kerusi dan meja harga lain)... RM3000 (complete)...
Ihsan dari IzanYacob Bridal... (sila klik gambar untuk tumbesaran) |
Saiz dewan : Kecil
Parking : Tiada dan bersebelahan jalan utama... Tapi boleh parking di stesen minyak Petronas sebelah dewan atau di dalam Sekolah Agama Taman Cempaka (bayar sedikit)
Condition : Ok
Harga : Tak pasti
4. Dewan Lembaga Perindustrian Nenas Johor Bahru (berdepan MYDIN BBU)
Saiz dewan : Besar sedikit dari Dewan Jubli Perak...
Parking : Ok sebab ada tempat parking... Tapi tak banyak...
Condition : Ada penghawa dingin... Dewan berada di atas bukit...
Harga : RM2200 (complete)
Dewan Masmerah LPNM Johor Bahru (sila klik gambar untuk tumbesaran)
5. Dewan MPC
Maaf... Dewan ini sudah tidak dibuka untuk tempahan bagi acara majlis perkahwinan...
Itu sahaja dewan yang saya survey dan yang berdekatan dengan rumah saya... Kenapa saya pilih dewan? Sebab saya tinggal di kuarters kerajaan (flat) dan kawasan agak terhad... Maka setelah berbincang dengan my parents, kami setuju untuk memilih dewan sebagai tempat untuk majlis resepsi...
P/S : Jumaat ni pergi tengok Bridal pasanga pelamin... (^_____^)V