Assalamualaikum semua! (^_____^)V
Ya! Sayalah bakal isteri Najib... Mesti ramai yang terkejut kerana rakan2 tempat kerja saya yang lama juga turut terkejut... Masakan Nadiah ingin berkahwin dengan Najib... Tidak ada pihak yang marahkah? Apa pula kata orang2 sekeliling? Bagaimana pula dengan penerimaan mereka?
Ya! Memang dia lebih tua dari saya... Rambut pun ada uban... Tapi bila hati sudah suka, dan bila sudah jodoh namanya, manakan bisa saya menolak apa yang Allah SWT telah tetapkan... Biarlah orang nak cakap apa, saya tak akan peduli...
Ramai yang tidak tahu bahawa kami bercinta... Kami bercinta dalam diam... Kawan baik sendiri pun tak tahu... Yang tahu hanya keluarga saya... Kisah cinta kami dirahsiakan dari pengetahuan umum...
"First met on Febuary 2012"
Saya mengenali beliau pada 2012... Bulan Februari saya mula bekerja satu pejabat dengan dia... Pada awalnya dia ada juga cuba mengayat saya tapi saya buat tak layan... Mana boleh kacau hak orang, desis hati kecil saya... Lagipun saya tak ada hati lagi untuk bercinta lantaran pernah dikecewakan beberapa kali...
Dua tahun kami bekerja bersama kerana kami di bawah seksyen yang sama... Ramai kawan2 yang mangusik kami tapi saya anggap itu semua gurauan... Hujung tahun 2012 saya ditempatkan di meja yang berdekatan dengan dia... Dan dari situ kami kerap 'bergaduh'... Dan memang tak ada langsung perasaan pada dia... Nak kata benci, entahlah... Orang tua2 cakap jangan membenci seseorang kerana akhirnya akan berjodohan jua...
Sehinggalah saya dipanggil untuk menghadiri temuduga untuk satu jawatan di jabatan kerajaan... Selepas temuduga, dapat pula surat panggilan untuk lapor diri... Seingat saya pada penghujung 2013... Dan dari situ kami kerap berbalas komen di aplikasi 'WeChat'... Dua hari sebelum saya pergi lapor diri di akademi Melaka, dia dengan beraninya mengajak saya untuk berjumpa dengan orang tuanya... Dan saya bersetuju...
Selepas perjumpaan tersebut, tiba2 timbul satu perasaan yang sudah lama tidak saya rasai... Kami mula serius... Sepanjang saya menjalani latihan kursus di akademi Melaka, kami berhubung dan merancang untuk bertunang... Dia setia menunggu saya... Walaupun saya keluar dengan keadaan kulit yang sangat gelap (hari2 kena kawad), dia tetap menerima saya seadanya...
Semasa majlis pertunangan kami, ramai rakan2 pejabat saya yang lama (yang juga rakan2nya) terkejut dengan berita tersebut... Ramai yang mengusik "Jadi juga Nadiah dengan Najib"...
Dan InshaAllah minggu depan kami akan diijabkabulkan... Doakan kami...
"Hubby and wifey to be"... Thanks to Kidal Art for this lovely pre-wedding photo...
P/S : Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT... (^_____^)V
Moga bahagia hendaknya.. tahun baru, hidup baru..
ReplyDelete@sakinah
ReplyDeleteInshaAllah... Amin... Same goes to you.. (^_____^)V