Tuesday, December 30, 2014

Oh!!! Saya buat lagi! *facepalm*

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Saya buat hal lagi... Huh! 3 bulan saya biarkan blog saya bersawang... Bajet macam ada yang tertunggu entri saya padahal tak ada pun... Saya bukan blogger popular yang akan membuatkan para pembaca tertunggu-tunggu entri baru dari saya... Hehe!

Selama kehilangan saya bukannya kemana-manapun... Saya ada dan agak sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan saya... InshaAllah, bulan depan majlisnya... Pejam celik pejam celik tak sampai sebulan pun lagi... 



Ramai kawan-kawan yang bertanya, "Nervous tak Nadiah?" "Best tak Nadiah?" "Macam mana persiapan untuk majlis?" dan jawapan saya "Tak nervous tapi stress... Perisapan untuk majlis tinggal 10%"...

Majlis satu hari tapi persiapan ambil masa berbulan-bulan... Macam mana tu? Bila fikir2 rasa tak berbaloi tapi nak buat macam mana, semua sudah dirancang... Bila saya sudah rancang nak buat majlis ringkas-ringkas, dan bila kawan-kawan tanya, saya beritahu kawan-kawan saya yang saya ambil bridal itu dengan harga itu2, saya buat goodies itu dengan budget itu2, saya ambil photoghrapher ini bayaran ini2... Dan akhirnya mereka cakap "Wow... Meriahnya majlis..." Padahal semua2 persiapan itu saya ambil yang paling murah...

Sebenarnya dalam membuat persiapan majlis perkahwinan ini kena buat dengan hati yang tenang dan seboleh-bolehnya jangan terlalu push diri untuk buat berseorangan... Apa guna ada keluarga dan kawan-kawan yang boleh membantu? 

Tapi saya ini jenis suka buat sendirian... Fikir sendirian... Sebab mahukan kepuasan... Pengalaman saya sendiri... Akibatnya saya jadi stress dan selalu juga 'melepaskan' stress pada Inchik Tunang... Tapi dialah yang banyak tenangkan saya... Saya api dan dia air... Alhamdulillah, syukur sangat2 sebab dijodohkan dengan seorang lelaki yang sangat penyabar... Serius, dia seorang yang boleh tahan dan sabar dengan perangai saya... Punca saya putus dengan bekas2 saya yang dulu sebab perangai baran saya... Dan akhirnya saya jumpa juga dengan seseorang yang sangat1000x penyabar... 

Oklah, jumpa di entri seterusnya... Janji tak akan abaikan blog saya lagi... Cuma mungkin ambil masa yang lama untuk buat entri baru... Hehe


P/S : "Oh mama... Saya mahu kahwin..." (^_____^)V



Friday, September 26, 2014

Oh!!! Segalanya baru : Kerja oh kerja!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Beberapa bulan selepas interview, akhirnya saya mendapat surat panggilan untuk menjalani kursus di akademi selama 3 bulan... Kursus yang lebih kepada menguji ketahanan mental dan fizikal... Itulah penjara saya selama 3 bulan... Sangat menyeksakan dan hingga kini lutut saya masih injured... Nampak tak betapa teruk saya dikerjakan di dalam akademi... Tapi itulah yang orang panggil pengalaman... Di situlah saya belajar erti kehidupan... Ok, ayat sangat berfalsafah...

Disitulah berlaku beberapa transformasi ke atas diri saya secara mendadak... Dari seorang yang putih melepak seperti Snow White, terus saya bertukar hitam seperti Dayang Senandung... Dari seorang yang body ala2 cutting model, terus saya jadi kurus macam pesakit anoreksia...

Dayang Senandung yang masih cantik walaupun gelap... Haha!

Rutin harian, bangun  awal seawal 4:30 pagi untuk solat Subuh berjemaah di surau, PT pagi (senaman pagi, ikut cikgu masing2lah nak suruh buat apa pun), sarapan jam 8:00 pagi, kawad atau masuk kelas, makan tengah hari, solat Zohor, sambung kawad atau kelas, solat Asar berjemaah, minum petang, riadah, solat Maghrib jemaah, makan malam, solat Isya' berjemaah, balik bilik untuk tidur... Setiap kali pulang ke bilik untuk mandi atau tukar pakaian, wajiblah berlari bagi kami... Tiada perkataan cuti bagi kami... Jika tidak tahan dengan rutin sebegitu, dipersilakan meletakkan surat letak jawatan...

Hari yang paling dinantikan adalah hari passing out... Kawad di tengah panas siap dengan pancaragam dari pihak penjara, kawad perlahan jalan dan kawad laju di hadapan VVIP dan ibu bapa yang datang meraikan dan bergambar bersama rakan2 platun serta cikgu2 yang membimbing kami... Rasa gembira yang teramat sangat sebab akhirnya bisa keluar dari 'penjara' tetapi jadi sedih yang amat sangat kerana terpaksa berpisah dengan cikgu2 dan rakan2 yang lain...

Malam passing out semua jadi cuak sebab surat penempatan akan diketahui pada majlis makan malam pada malam tersebut... Dan Alhamdulillah saya telah ditempatkan di Johor... Dan sekarang saya seorang penguatkuasa di jalanan...

Majlis makan malam yang lebih kepada malam airmata...


P/S : Sekarang wajib guna cogankata SYMP! (^_____^)V

Tuesday, September 23, 2014

Oh!!! Ulangtahun sesawang labah2...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^) V

Genap setahun ulangtahun belog saya... Ya! Ulangtahun setahun belog saya bersawang... Setahun belog saya sunyi daripada sebarang entri sejak entri terakhir pada 24 September 2013...

Bukan sengaja untuk membiarkan para lelabah membina sesawang apatah lagi membiarkan para jin menghuni belog saya (rumah kalau ditinggalkan 40 hari maka jin akan menghuni rumah tersebut) tetapi lantaran dek kekangan masa dan kesibukan yang melanda diri... Perghhh! Ayat sangat bersastera...

Banyak kejadian2, peristiwa2 dan cerita2 suka dan duka, manis dan pahit, kelat dan masam yang berlaku di dalam jangkamasa setahun tersebut...

Kisah2 tersebut akan saya ceitakan pada entri2 seterusnya... Sekarang masa untuk tidur... Esok kerja...


P/S : Please be nice to me, oh my fingers... (^_____^) V