Friday, September 26, 2014

Oh!!! Segalanya baru : Kerja oh kerja!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Beberapa bulan selepas interview, akhirnya saya mendapat surat panggilan untuk menjalani kursus di akademi selama 3 bulan... Kursus yang lebih kepada menguji ketahanan mental dan fizikal... Itulah penjara saya selama 3 bulan... Sangat menyeksakan dan hingga kini lutut saya masih injured... Nampak tak betapa teruk saya dikerjakan di dalam akademi... Tapi itulah yang orang panggil pengalaman... Di situlah saya belajar erti kehidupan... Ok, ayat sangat berfalsafah...

Disitulah berlaku beberapa transformasi ke atas diri saya secara mendadak... Dari seorang yang putih melepak seperti Snow White, terus saya bertukar hitam seperti Dayang Senandung... Dari seorang yang body ala2 cutting model, terus saya jadi kurus macam pesakit anoreksia...

Dayang Senandung yang masih cantik walaupun gelap... Haha!

Rutin harian, bangun  awal seawal 4:30 pagi untuk solat Subuh berjemaah di surau, PT pagi (senaman pagi, ikut cikgu masing2lah nak suruh buat apa pun), sarapan jam 8:00 pagi, kawad atau masuk kelas, makan tengah hari, solat Zohor, sambung kawad atau kelas, solat Asar berjemaah, minum petang, riadah, solat Maghrib jemaah, makan malam, solat Isya' berjemaah, balik bilik untuk tidur... Setiap kali pulang ke bilik untuk mandi atau tukar pakaian, wajiblah berlari bagi kami... Tiada perkataan cuti bagi kami... Jika tidak tahan dengan rutin sebegitu, dipersilakan meletakkan surat letak jawatan...

Hari yang paling dinantikan adalah hari passing out... Kawad di tengah panas siap dengan pancaragam dari pihak penjara, kawad perlahan jalan dan kawad laju di hadapan VVIP dan ibu bapa yang datang meraikan dan bergambar bersama rakan2 platun serta cikgu2 yang membimbing kami... Rasa gembira yang teramat sangat sebab akhirnya bisa keluar dari 'penjara' tetapi jadi sedih yang amat sangat kerana terpaksa berpisah dengan cikgu2 dan rakan2 yang lain...

Malam passing out semua jadi cuak sebab surat penempatan akan diketahui pada majlis makan malam pada malam tersebut... Dan Alhamdulillah saya telah ditempatkan di Johor... Dan sekarang saya seorang penguatkuasa di jalanan...

Majlis makan malam yang lebih kepada malam airmata...


P/S : Sekarang wajib guna cogankata SYMP! (^_____^)V

Tuesday, September 23, 2014

Oh!!! Ulangtahun sesawang labah2...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^) V

Genap setahun ulangtahun belog saya... Ya! Ulangtahun setahun belog saya bersawang... Setahun belog saya sunyi daripada sebarang entri sejak entri terakhir pada 24 September 2013...

Bukan sengaja untuk membiarkan para lelabah membina sesawang apatah lagi membiarkan para jin menghuni belog saya (rumah kalau ditinggalkan 40 hari maka jin akan menghuni rumah tersebut) tetapi lantaran dek kekangan masa dan kesibukan yang melanda diri... Perghhh! Ayat sangat bersastera...

Banyak kejadian2, peristiwa2 dan cerita2 suka dan duka, manis dan pahit, kelat dan masam yang berlaku di dalam jangkamasa setahun tersebut...

Kisah2 tersebut akan saya ceitakan pada entri2 seterusnya... Sekarang masa untuk tidur... Esok kerja...


P/S : Please be nice to me, oh my fingers... (^_____^) V