Monday, April 22, 2013

Oh!!! Berkempenlah secara bersih!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pada 22 April 2013 bersamaan hari sabtu yang lalu, saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia setia dan bersabar menunggu di depan televisyen untuk mendengar pengumuman calon2 yang akan bertanding untuk PRU13... Saya juga tidak terkecuali dan semestinya saya menantikan pengumuman bagi DUN Kempas...

Sejurus selepas penamaan calon, parti2 politik telah diberikan 'keizinan' untuk berkempen dengan cara masing2...Tapi kalau diikutkan, sebelum penamaan calon lagi parti2 politik telah menjalankan kempen masing2... Antaranya adalah dengan memasang bendera2 parti politik...

Apa yang saya faham, tujuan berkempen adalah untuk 'menghasut' pengundi, dengan erti kata lain adalah untuk meyakinkan para pengundi agar mengundi mereka yang bertanding, yang datangnya dari parti2 politik yang berbeza...

Di dalam berkempen, terdapat etika2 yang perlu dipatuhi agar kempen yang dijalankan tidak dianggap 'kotor' oleh sesetengah pihak... Pada pendapat saya (macam karanganlah pula), jika berkempen secara lisan (memberi ucapan), tidak perlulah diselitkan dengan kata2 cacian atau maki hamun terhadap parti lain kerana tiada faedahnya pun... Orang sekeliling hanya akan memandang serong sahaja kerana seorang pemimpin tidak sepatutnya mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar...

Kepada para penyokong pula, tidak perlu untuk mempunyai sifat PHD (perasaan hasad dengki)  dengan 'memusnahkan'  bendera2 parti lain... Dari pengamatan saya di kawasan saya, terdapat bendera2 parti yang se-olah2 telah dikoyakkan dan diputuskan dawai2 pengikat bendera di tiang2 lampu... Kalaupun ingin meraih undi, tidak perlu untuk 'menghancurkan' segala usaha dan penat lelah mereka yang sanggup bersengkang mata untuk menggantung bendera parti masing2... Siap sanggup bergadai nyawa untuk memanjat tiang lampu atau elektrik yang paling tinggi untuk menggantung bendera...



Dan baru2 ini saya mendapat mesej di telefon bimbit yang bertanyakan kesetiaan saya terhadap parti kerajaan mahupun parti pembangkang... Tidak dapat dipastikan mesej tersebut dari parti politik mana, namun bagi saya tidak perlu untuk menghantar mesej rambang seperti itu kerana tidak semua suka 'disogok' sebegitu... Ini berdasarkan feedback dari kawan2 saya yang turut menerima mesej tersebut...

Apa2pun, setiap parti politik boleh berkempen mengikut cara masing, cuma diharapkan ianya adalah secara bersih...


P/S : Belum buat keputusan untuk mengundi siapa... (^_____^)V

2 comments:

pengundi kali pertama said... [Reply]

1) Tahniah sebab bakal mengundi 2 hari lebih awal dari kami ^_^

2) Mesej yang jelas dan baik, terima kasih atas peringatan,

3) Masih berbaki kurang 2 minggu dari hari mengundi, belum terlambat untuk menyemak manifesto yang dibawa setiap parti bertanding (pastikan tanpa penglibatan pihak ke-3), paling penting berdoa dan lakukan istikharah agar diberi ilham terbaik dalam keputusan yang bakal dipilih,

akhir kalam,
Selamat Menjalankan Amanah dalam PRU-13 ^_^

SiS NaD said... [Reply]

Terima kasih... Saya pun pengundi kali pertama... (^_____^)V