Thursday, January 31, 2013

Oh!!! Perginya seorang sahabat...

Assalamualaikum semua! (Without smile emoticon)

Hari ini, pada waktu rehat, telah diniatkan dihati untuk 'mencuri' beberapa gambar dari profil Facebook rakan2, sempena majlis malam tadi... Tapi niat itu terbantut setelah saya berjaya mendaftar masuk laman web sosial tersebut... Terlalu banyak notifications untuk gambar kelas saya... Gambar kelas semasa saya darjah 4...

Setelah di-view gambar tersebut, terus mata terpaku apabila membaca komen2 dari rakan2 sekelas... Salah seorang rakan sekelas kami telah pergi meninggalkan kami... Saya terkedu, terpaku, tergamam dan macam2 lagi... Perasaan mula bercampur baur... Rasa sedih, terkilan... Sedih kerana kehilangan sahabat, rakan dan saudara yang saya sayang...

Terkilan kerana tidak pernah untuk bertanyakan khabar dia walaupun sejak dua menjak ni saya selalu teringat dan terfikirkan arwah... Dari minggu lepas saya pasang niat untuk mesej arwah, bertanya khabar, tapi entah kenapa tak terlaksana... Ya Allah, terkilannya rasa dihati... Sedih...

Cerita di antara kami... Baru 4 tahun lepas saya tahu yang kami ada 'bau2 bacang'... Pakcik saya rupa2nya mengahwini makcik arwah... Dan saya hanya mengetahuinya daripada Sri... Sri, officemate saya semasa kerja di Malaya Glass Products (M) Sdn Bhd... Suami Sri merupakan sepupu kepada arwah... Terasa kecil sahaja dunia ini padahal saya dan arwah berada di dalam kelas yang sama sejak dari Darjah 3, sehinggalah ke Darjah 6...

Selepas mengetahui kami ada 'bau2 bacang' yang tak berapa nk bau, baru 3 kali saya bertemu dengannya... Pertama, semasa wedding cousin kami... Itupun berjumpa tanpa bicara kerana masing2 terkedu... Kali kedua semasa dia membantu saya format CPU saya... Dan kali ketiga pula semasa perkahwinan Sri... Sudah lama pertemuan kali ketiga itu berlaku... Lebih kurang 3 tahun lepas... Selepas itu, hanya mesej menjadi penghubung silaturrahim kami... Itupun kadang2...

Sepanjang perkenalan kami, saya dapati arwah seorang yang baik... Tak pernah cari pasal dengan sesiapa... Teringat kembali memori di zaman persekolahan... Semasa darjah 3... Arwah memakai beg gambar dinosaur, di mana kalau ditekan pada gambar dinosaur tu, mata dinosaur itu akan mengeluarkan lampu... Semasa beratur di belakang arwah untuk pulang ke rumah, saya tak berhenti menekan gambar dinosaur tersebut, tetapi arwah langsung tidak marah... :)  Sebak tiba2...



"Aizat3... Kenapa cepat kau pergi? Tak sempat aku nak bertanya khabar kau... Menyesal tak sudah aku di sini... Tapi aku kena pasrah... Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali... Rasa terkilan masih berbuku dihati aku... Tapi Allah lebih sayangkan kau... Aku doakan kau aman dan tenang di sana, disisi para solihin... Aku halalkan segalanya walaupun aku tahu aku tak pernah beri kau apa2... Aku ampunkan segala dosa kau walaupun aku tahu kau tak pernah buat salah pada aku... 

Bersalahnya aku pada kau, walaupun aku tahu kau sakit, aku tak pernah meluangkan masa untuk menjenguk kau... Aku ingatkan kau sakit biasa2... Tapi aku tak tahu seteruk itu sakit kau... Aku tahu kau menderita... Maafkan aku... Aku sayangkan kau! Rest in peace, sahabat...".

Tak sanggup rasanya untuk saya memberitahu Abah dan Emak mengenai pemergian arwah... Takut airmata mengalir deras... Cukuplah sekali di office...

Siapa2 yang membaca coretan ini, harap dapat sedekahkan bacan Al-Fatihah kepada arwah... Moga arwah tenang di alam sana...


P/S : Airmata masih mengalir...