Oh, almost 3 weeks I didn't update my blog... Miss my blog much! Before this, I can update my blog at my office, but not for nowadays... Since my dashboard have been updated to the new look, I can't update my blog at my office anymore, because the window can't support it... Oh... (Sigh).
Ok2, back to the point... A few days ago, I met my friend and he asked me a question... A question about women behaviour... Oh ya, dia sudah beristeri, ok...
Dia : Nadiah, nak tanya boleh?
Saya : Boleh... Nak tanya apa? Macam suspen je...
Dia : Perempuan kalau marah memang suka baling2, hempas2 barang ke?
Saya : Certain je... Tak semua macam tu...
Dia : Kenapa ye?
Saya : Sebab perempuan suka ikutkan emosi... Lagipun perempuan cuma dikurniakan 1 akal, yang 9 lagi tu nafsu semata... Kenapa, isteri awak buat macam tu ke?
Dia : ................ (Diam seribu bahasa...)
Saya tersenyum pada dia dan membiarkan dia melayani perasaannya... Saya harap jawapan saya mampu memuaskan hati dia walaupun ringkas...
Untuk pengetahuan kaum Adam di luar sana, tidak semua perempuan yang suka ikutkan emosi... Tetapi kebanyakannya memang suka ikutkan emosi... Bagi sesetengah wanita, apabila mereka berada di dalam keadaan marah, mereka lebih suka menunjukkannya dengan perbuatan... Dengan cara itu, mereka akan berasa lega kerana ia se-olah2 mengeluarkan kesemua perasaan marah pada ketika itu...
Dan ada sesetengah wanita pula lebih suka mendiamkan diri ketika marah... Hanya memendamkan kemarahan tanpa apa2 luahan sama ada dari segi lisan mahupun perbuatan...Wanita jenis ini ada dua... Pertama, apabila kemarahannya memuncak, maka akan terjadinya tsunami kerana segala apa yang dipendamkan selama ini akan terhambur keluar... Yang kedua pula, wanita itu memang jenis yang cool... Dengan erti kata lain, tak pernah marah2 dan kemungkinan juga tidak tahu apa itu marah...
Jadi, kepada kaum Adam, jagalah hati wanita yang anda sayangi... Dan wanita2 lain yang berada di sekeliling anda kerana kaum Hawa ni jenis yang cepat terasa... Jagalah kata2 dan perbuatan anda... Kepada kaum Hawa pula, cuba belajar mengawal emosi anda, takut akan menyesal di kemudian hari...
Tips untuk mengawal amarah... Sila klik DI SINI...
P/S : Lebih suka pendam dan menangis apabila marah... (^_____^)V
2 comments:
saya Suka perempuan yang cool dan manja...paling anti pada perempuan yg suka membebel..hehe
Haha! Tapi kebanyakan perempuan suka membebel, terutamanya selepas kahwin.. (^_____^)V
Post a Comment