Monday, December 24, 2012

Oh!!! Kesejukan yang melampau!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Ya Allah... Malasnya nak bangun pagi hari ini... Dengan erti kata lain, malas nak pergi kerja... Yalah, esok kan cuti... Uhhh! Memikirkan banyak lagi kerja yang belum diselesaikan di pejabat, nak tak nak kenalah kuatkan jiwa dan gagahkan diri untuk bangun jam 5:40 pagi, seperti yang telah disetkan pada alarm... Confirm ramai yang cuti hari ini... Sepanjang jalan menuju ke offiice pun tak banyak kereta...

Sampai sahaja di office, masih lagi terasa panas lantaran aircond bangunan belum dihidupkan... Bila aircond dihidupkan, ambil kau (!), menggiggil kesejukan... Nak buat kerja taip menaip pun jadi ter-ketar... Ketidak ramaian pekerja di dalam office ini menambahkan lagi kesejukan... Elok2 ada 5 orang di bahagian saya, tinggal dua sahaja (3 orang sedang seronok bercuti)... Tapi yang seorang tu sekejap2 hilang, sekejap2 hilang... Hehe! So, boleh dikatakan saya hanya berseorangan di sini...

Disebabkan tak tahan dek kesejukan yang melampau, saya pun sekejap2 hilang, sekejap2 hilang... Bukan hilang ke mana pun... Ke bilik air jua kaki menuju... Sebab apa? Sebab nak memanaskan badan di bawah hand-dryer yang terdapat di dalam bilik air... Haha! Duduk bawah hand-dryer lama2 macam duduk di depan unggun api... Sambil gosok2 tapak tangan... Perghhh! Memang sedaplah bila dapat panaskan badan...

"Marang kerapu kepunden marang skeper..."

Setiap setengah jam sekali, terus menuju ke bilik air... Sebelum ni ada bawa sweater... Tapi disebabkan bulan ni asyik ada orang datang nak audit untuk 5S dan ISO, maka terpaksalah membawa pulang sweater pemanas diri... Kerana 5S, saya sanggup berkesejukan sampai naik biru kuku2 jari tangan saya... Haha! Saya memang suka 5S 5S ni... Yalah, meja nampak bersih je sebab semua segala benda di atas meja kena angkut bawa balik rumah... Hahahahahaha!!! (Ketawa gembira yang amat sangat ni!) Bila dah habis audit 5S dan ISO, habis lupa nak bawa semula barang2 penyemak meja kembali ke office...

Eh, dah masuk tajuk lain pula... Oklah... Tangan meng-gigil2 taip ini entri... Sekian...


P/S : Nak pasang pemanas di meja... Ngeh3! (^_____^)V

Friday, December 21, 2012

Oh!!! Kiamat semakin dekat...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hari ini, tanggal 21 Disember 2012, heboh satu dunia mengenai kiamat yang akan berlaku... Kiamat yang konon2nya akan berlaku pada hari ini... Mana punya firasat yang mereka dengar entah... Tukang firasat dan tukang hebah sama2 bukan Islam... Ya (!), mereka bukan orang Islam... Seperti yang dapat kita lihat, ada orang2 di luar negara sana yang cuba mempersiapkan diri dengan segala ciri2 keselamatan, siap beli bot... Tidak kiralah alat keselamatan apa dan sekukuh dan sekuat manapun 'perlindungan' yang cuba dibina, kita tidak akan terselamat apabila kiamat melanda...

Sebagai orang Islam, kita tidak harus mempercayai mengenai firasat tersebut, tetapi kita wajib percaya bahawa kiamat itu ada dan akan berlaku... Seperti hari ini, kiamat yang sebenar juga akan berlaku pada hari Jumaat... Ianya adalah seperti sabda Rasulullah SAW : "Se-baik2 hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat... Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya... Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat..." (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa'i serta Tirmidzi).

Kita sebenarnya sedang meniti akhir zaman... Tidak perlu menunggu berlakunya tanda2 kiamat besar baru hendak mempersiapkan diri dengan amalan2 soleh... Karna itu semua percuma aja (slanga Indonesia)... Sedari sekarang kita patut menguatkan iman, mengebalkan jiwa dan memperkukuhkan hati dengan perkara2 kebaikan dan amalan2 soleh...

Sedikit info, antara tanda2 besar Hari Kiamat adalah hijaunya bumi Arafah, runtuhnya Kaabah kerana diserang oleh kaum Habsyah, bermulanya kekuasaan Dajjal, munculnya Imam Mahadi, turunnya Nabi Isa bagi menentang Dajjal dan matahari terbit dari ufuk Barat... Selebihnya anda boleh baca DI SINI...

Apa2pun, mari kita pertingkatkan amal2 soleh kita dengan bermuhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT... Memperbanyakkan amalan2 sunat juga dituntut...




P/S : Movie 'Kiamat Sudah Dekat' memang best! (^_____^)V

Monday, December 17, 2012

Oh!!! Dia sudah kahwin! Sobs2!!!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pada tanggal 15 Disember 2012 yang lalu (yang lalulah sangat!), dunia  blogger telah dikejutkan (terkejutkah???) dengan berita perkahwinan seorang blogger fofuler... Maria Elena, blogger kesayangan saya telah berkahwin... Ya (!), Maria Elena telah berkahwin dengan encik Dato'nya... Sobs2! Sedihnyalah rasa hati ini...


Eh2, kenapa pula nak sedih2 ni??? Sedih sebab lepas ni dah tak boleh nak tengok beliau tempek2 gambar cute crazy face beliau di belog and Youtube beliau... Eh, kenapa pula tak boleh? Yalah, nanti encik Dato' beliau mesti cakap, "Puan Datin, lepas ni jangan mengada-ngada nak tempek2 muka cute crazy face U dekat belog atau Youtube U... U hanya boleh buat mimik2 muka macam tu pada I seorang saja...".



You know what, saya minat gila gila gila dan gila pada beliau kerana mimik2 muka yang beliau buat... Saya mula mengenali beliau pun kerana mimik2 muka yang beliau buat... Oh, rasanya saya pernah beritahu pasal ini DI SINI...

Bagi saya beliau seorang yang sangat sporting dan cool... Sporting kerana berani membuat muka cute  crazy face untuk tatapan umum (tak macam sesetengah blogger yang hanya menempek gambar cun melecun untuk menarik followers), dan beliau sangat cool tak ambil port pun dengan orang sekeliling a.k.a haters beliau yang menganggap seorang muslimah perlu menjaga adab sopan (dia orang anggap buat mimik2 muka macam tu tak sopan bagi perempuan bertudung)...

Apa2pun, saya sangat2 suka dengan tuan punya belog Peliks... Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Maria Elena Zarul dan Asfirdaus... Moga kalian berdua berbahagia di dalam melayari bahtera rumahtangga yang baru bermula sehingga ke anak cucu... Barakallah... Wish both of U live happily ever after... (^_____^)V


P/S : Gambar 'dicuri' dari Instagram beliau... (^_____^)V

Oh!!! Dah boleh makan ke?

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Saya terinigin + mengidam + kempunan McD... Huhu! Dah boleh makan ke belum? Kalau sebelum2 ini setiap minggu McD adalah menu wajib untuk lunch lagi2 pada hari Jumaat yang penuh barakah (sebab rehat yang lama), tapi sekarang semenjak Israel laknatullah menyerang Palestin, boikot McD! Ya (!!!), boikot itu McD... Puihhh!

Tapikan, sejak akhir2 ini saya teringin nak makan McD... Double Cheeseburger... Yummy! Dah hampir 4 minggu tak mamam McD... Dan pada hari Jumaat yang lepas, saya cuba untuk memenuhi keinginan saya itu dengan pergi ke CS secara berjalan kaki... Oh ya, dari office saya ke CS tidak jauh... Kalau jalan tu memang tak berpeluh ketiak, walaupun di dalam keadaan panas terik... Dijamin 100%!

Yummy!


Saya pergi dengan seorang officemate... Masuk sahaja ke dalam CS, saya buat2 alasan pada officemate saya untuk membeli roti dahulu sebelum ke McD... Selesai membeli roti, kami turun ke tingkat bawah di mana lokasi McD berada... Sampai sahaja di hadapan McD, sekali lagi saya 'buat hal'... Saya katakan pada officemate saya yang saya taknak beli McD... Entah kenapa hati saya berbelah bahagi...

Keinginan saya melawan pemboikotan saya... Dan pemboikotan saya menang... Alhamdulillah, perasaan kemanusiaan dan sayang sesama saudara seISLAM mengatasi segalanya... Tidak mengapalah... Banyak lagi benda lain yang boleh dimakan... Burger di gerai tepi jalan lagi sedap! Murah pula tu!

Apa2pun, terpulang kepada niat masing2... Kalau rasa hendak makan, silakan... Tiada paksaan untuk memboikot McD...


P/S : Double Cheeseburger maksudnya burger yang ada dua cheese ... (^_____^)V

Friday, December 14, 2012

Oh!!! Perlawanan yang penuh emosi!

Assalamualaikum semua! (^____^)V

Siapa yang tidak puas hati menonton perlawanan di antara Malaysia dan Thailand malam tadi??? Saya pasti ramai yang menahan marah dan geram sepanjang perlawanan berlangsung... Ramai yang tidak berpuashati dengan corak pengadilan oleh pengadil dari Korea, Lee Min Hu... Pengadil tersebut se-olah2 'buta' apabila kerapkali mengambil sikap menutup mata apabila pemain Malaysia dikasari...

Dan apa yang lebih mengejutkan apabila Fadhli Shas menerima layang kad kuning kedua pada minit ke-44 semasa dia cuba mendapatkan keadilan akibat dikasari oleh pemain Thailand, Datsakon... Lantaran daripada insiden itu, Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain berbalas 11 + 1 (Lee Min Hu sebagai 'pemain' tambahan)...

Saat2 Fadhli Shas dilayangkan kad kuning kedua...


Akibatnya, pada separuh masa kedua, Thailand berjaya membolosi gawang Malaysia hasil dari jaringan Teerasil pada minit ke-61 dan Theerathon pada minit ke-63... Bahagian pertahanan tampak sedikit goyah sehingga menyebabkan Thailand berjaya menyumbatkan dua gol berselang seminit...

Dari sudut lain pula, formasi 4-5-1 yang cuba diterapkan oleh jurulatih Malaysia, Dato' K Rajagobal dilihat tidak berkesan apabila meletakkan Mat Yo berseorangan sebagai penyerang tanpa gandingan Safee Sali pada babak pertama perlawanan... Ini membuatkan Mat Yo terpaksa bertindak berseorangan apabila bola berjaya dihantar ke kawasan pihak lawan, sehinggakan Mat Yo terpaksa menentang 3 pemain pihak lawan sekaligus...

Dan Malaysia terpaksa akur dengan keputusan kosong berbalas dua apabila wisel penamat dibunyikan... Nampaknya misi Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan pada musim 2010 terkubur apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012...

Tetapi tidak mengapa... 2014 menanti... InsyaAllah, kita akan menjadi juara!


P/S : Selamanya Harimau Malaya! (^_____^)V

Wednesday, December 12, 2012

Oh!!! Lamaranku gagal...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Tanggal semalam (ayat macam tak kena), bersamaan 11 Disember 2012, saya dengan beraninya telah melamar seorang jejaka... Melamar untuk dijadikan kekasih halal saya... Saya tidak menghantar wakil, kerana saya sendiri yang telah melamar dia... Ya (!), saya sendiri yang melamar dia... Mungkin situasi wanita melamar lelaki adalah sesuatu yang kurang dapat diterima oleh masyarakat hari ini, tetapi tidak pada zaman Rasulullah SAW, di mana Baginda dipinang oleh Saidatina Khadijah...

Sebenarnya, sebelum saya melamar dia, saya banyak berfikir sama ada tindakan saya betul atau tidak... Terlalu banyak yang fikir... Sampaikan ada ketikanya saya berdoa semoga dia sudah berkahwin... Hati saya tidak tetap sebenarnya... Saya terlalu memikirkan agamanya... Ya (!), agamanya... Itu membuatkan saya jadi tak yakin dengannya... Dan lagi satu, saya terfikirkan kata2 rakan2 dan adik saya yang menyatakan dia bukanlah seorang yang sesuai untuk dijadikan suami!

Tetapi bila memikirkan sudut positif mengenai dirinya, lantaran dia pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya pada suatu ketika dahulu, saya jadi yakin untuk melamar dia, walaupun ada ketikanya perkara2 'negatif' mengenai dia menerjah di fikiran... Postifnya adalah dia telah mempunyai pekerjaan tetap, dan ada ciri2 idaman (dari segi fizikal) yang saya idamkan... Dan keluarganya merupakan dari keluarga yang hebat agamanya (cuma dia kurang dari segi itu)...

Dan semalam, saya tetap dengan keputusan untuk melamar dia... Dan jawapan yang saya terima, dia telah berkahwin... Ironinya, tiada secalit perasaan sedih mahupun frust dengan jawapan dia... Hati ini sangat2 tenang dengan jawapan yang diterima... Apa2pun, saya hanya dapat mendoakan kebahagiaan dia...




P/S : Cuba menjadi seperti Saidatina Khadijah... (^____^)V

Oh!!! Happy Birthday, Kiam...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Selamat hari Lahir, Kiam Moriya... Kiam? Oh, bukan kiamkan tangan, tapi nama seorang budak dari Birmingham... Dia bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke-12 pada 12 Disember 2012, pada jam 12:12 tengah hari... 12th birthday on 12/12/12 at 12:12pm... Nombor yang sangat di-idam2kan oelh setiap insan didunia...

Kiam Moriya, 12 tahun, pada 12/12/12, pada jam 12:12 tengah hari...


Dan hari ini, 12/12/12, saya pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan walaupun hari ini adalah hari bekerja... Berkemungkinan ramai yang mengambil cuti se-mata2 untuk memorikan hari ini... Apa2pun, pada yang melangsungkan perkahwinan pada hari, semoga berbahagia selalu...



Selain perkahwinan, mungkin ada yang cuba untuk mememorikan hari ini dengan perkara2 yang menarik dan sentiasa diingati... Apa2pun, moga semuanya berjalan lancar... (^_____^)V

Once in a lifetime...


P/S : Rancang kahwin 11/11/11, tapi tak jadi... (^_____^)V

Tuesday, December 11, 2012

Oh!!! Amir Aiman sudah 'besar'...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Semalam menjadi detik penting di dalam hidup Amir & Aiman kerana semalam secara kurang rasminya mereka menginjak ke alam 'dewasa'... Apa??? Budak umur 8 dan 10 tahun sudah dewasa??? Haha! Bukan2... Semalam ke-dua2 adik saya itu telah berjaya disunatkan dengan kerelaan mereka...

Actually, a few weeks ago, Aiman asyik menyatakan hasratnya untuk bersunat pada Emak... Ini lantaran daripada gambar di suratkhabar dan berita2 di televisyen mengenai budak2 berkhatan, yang telah saya sogokkan kepada dia... Sebenarnya agak terkejut dan kagum juga dengan Aiman sebab tiada riak2 takut diwajahnya tatkala menyatakan hasratnya...

Dan sebagai ganjaran, saya telah belanja kedua beradik itu membeli Komik-M... Berhabis RM60 jugalah... Tapi tak apa, yang penting mereka gembira...

And now, nah (!), bersunatlah kamu dua beradik di dalam aman dan tenang... Hehe!

Balik dari kerja semalam, masuk ruang tamu, saya lihat dua beradik itu duduk menonton televisyen dengan berkain pelikat... Wah! Lagak macam orang dewasa... Berkain pelikat gitu! Tiba2 datang mood nak nyanyi lagu Anuar Zain dan Ellina...

'Kain pelikat... La la la la..."


Bila saya tanya sakit atau tidak kena sunat, mereka dengan muka dan riak wajah yang ceria menjawab, "Tak!"... Kembang kuncup hidung masing2 dengan tahap kebanggaan yang melampau... Tapi, tiba waktu malam, mulalah buat hal... Tak mahu makanlah, merengek sakitlah, lemah2 badanlah... Mungkin kerana ubat yang dibius telah hilang kesannya... Serius saya kasihan melihat keadaan mereka... Kalaulah sakit itu boleh dipindah kepada saya, memang saya sudah ambil... Rasa tak sanggup lihat mereka di dalam keadaan menahan sakit... 5 hari tu tak lama... Lepas ni akak belanja beli Komik-M lagi ya...

Tabah dan sabarlah wahai adik2 akak... Nak jadi 'dewasa' memang memerlukan 'pengorbanan'... Tak ada jalan mudah untuk menjadi 'dewasa'... Moga adik2 akak membesar menjadi anak yang soleh dan boleh menjadi kebanggan Emak dan Abah...


P/S : Akak sayang Amir & Aiman... (^_____^)V

Oh!!! Pekerja perempuan ber-puak2?

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sudah lama saya perhatikan perkara ini... Perkara yang mungkin terjadi di kebanyakan pejabat, tidak kiralah sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta... Jika pekerja wanitanya ramai, pasti dan pasti akan adanya puak... Bukan puak orang asli mahupun puak 'Abang Besar'... Ini adalah puak yang lebih dikenali sebagai geng... Kau geng aku, dia geng Joyah... Juga boleh dikategorikan sebagai geng gosip... Jadi, apabila 'Kau Geng Aku' bergosip (bergosiplah sangat), selalunya mengenai 'Dia Geng Joyah'... Begitulah sebaliknya...

Selain itu, kewujudan puak atau geng ini juga kerana adanya keserasian bersama... Maksudnya, kalau siapa2 nak join 'Kau Geng Aku' haruslah seorang yang otak gila2... Kalau nak join 'Dia geng Joyah', haruslah bermulut tempayan...

Tetapi tidak semua tempat kerja yang pekerja wanitanya mengamalkan puak2 kerana di tempat saya bekerja sekarang, tiada pekerja wanita yang ber-puak2... Mungkin kerana bilangan pekerja yang sedikit, maka 'membataskan' kami untuk mewujudkan 'kumpulan' sendiri... Lagipun seronok bila tak ber-puak2 ni... Tak perlu nak selindung apa2, tak perlu nak rahsiakan apa2, tak perlu nak sakit hati dengan sesiapa... Tak adalah kita pun sakit hati atau terasa hati dengan sesiapa... Kerja dilakukan dalam keadaan fun tanpa ada persengketaan...

Apa2pun, amalkan budaya hidup yang sihat di dalam persekitaran kerja... Tak perlu nak berpuak atau bergeng sangat... Tak ada faedahnya pun... Dapat dosa lagi adalah...

Bersatu padu amalan yang mulia...


P/S : Bukan puak politik... (^_____^)V

Monday, December 10, 2012

Oh!!! Merah lagi!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Oh no! Merah lagi... Oh, asyik2 merah... Kenapa harus merah? Woo, woo dan woo... Ini bukan pasal red tag area atau lampu isyarat yang bertukar merah ataupun wanita yang mengalami 'bendera merah'... Ini mengenai pasukan2 yang berlawan dengan pasukan Malaysia untuk piala AFF Suzuki 2012...

Perasankah anda bahawa pasukan2 yang ditentang oleh Malaysia kebanyakannya memakai jersi berwarna merah? Ya, merah! Singapura, Indonesia, dan Thailand... Kesemuanya merah belaka...

Malaysia VS Singapura (0-3) ... 25 November 2012...

Malaysia VS Indonesia (2-0)... 1 Disemeber 2012...

Malaysia VS Thailand (1-1)... 9 Disember 2012...


Tetapi kan, saya tak lihat lagi pasukan Malaysia mengenakan jersi baru... Black and yellow, up down stripes... Always in blues... 


P/S : Biru adalah warna kegemaran saya... (^_____^)V

Friday, December 7, 2012

Oh!!! Negara terbaik untuk melahirkan anak...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Siapa yang baru melangsungkan perkahwinan dan berkemungkinan akan melahirkan cahaya mata pada tahun 2013, di sini ada saya senaraikan 10 tempat terbaik untuk melahirkan anak... Terbaik dari segi apa? Mengikut survey yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit, 10 negara berikut menjadi tempat pilihan responden kerana indeks kualiti hidupnya adalah terbaik... Terbaik dari segi ekonomi, kehidupan berkeluarga, kebolehpercayaan terhadap kerajaan, indeks jenayah yang kurang dan lain2 lagi...

1. Switzerland

2. Australia

3. Norway

4. Sweden

5. Denmark

6. Singapura

7. New Zealand

8. Belanda

9. Kanada

10. Hong Kong


P/S : 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'... (^_____^)V

Monday, December 3, 2012

Oh!!! Gigihnya susuk tubuh tua itu...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pagi tadi saya ke bilik air... Untuk makluman semua, dari tingkap bilik air pejabat saya, dapat dilihat sebuah tokong yang berada betul2 di bawah bangunan pejabat saya... Bentuk fizikal mereka yang keluar masuk pintu tokong itu juga dapat saya lihat dengan jelas dari ketinggian tingkat 11...

Berbalik kepada cerita sebenar, sedang saya meninjau keadaan di bawah bangunan dari tingkap bilik air pejabat saya, mata saya tertumpu ke arah 2 susuk tubuh tua yang baru keluar dari teksi, di seberang tokong itu... Setelah teksi yang dinaiki berlalu pergi, 2 susuk tubuh tua itu mula berjalan untuk melintas jalan... Sepasang suami isteri, teka hati saya...

Tatkala mereka berjalan untuk melintas jalan (untuk ke tokong di seberang jalan), saya perasan sesuatu... Si lelaki tua yang beruban penuh berjalan dengan menggunakan tongkat sambil dipimpin oleh si perempuan tua, yang juga tempang! Ya (!), ke-dua2nya adalah OKU... Sambil berjalan ter-hincut2, si perempuan tua tetap memaut lengan si lelaki tua untuk membantunya berjalan... Nasib baik ada sebuah kereta yang berhenti untuk memudahkan lintasan mereka...

Setelah berada di dalam tokon, mereka mula melakukan penyembahan kepada Tuhan mereka... Tidak sampai 5 minit di dalam tokong, ke-dua2nya berjalan keluar dari pintu tokong dan cuba menyeberang jalan untuk ke tempat mereka diturunkan oleh teksi sebelum itu... Sekali lagi mereka bernasib baik kerana ada seorang lelaki prihatin yang membantu mereka untuk melintas jalan...



Di tengah panas terik, dua susuk tubuh tua itu menunggu kedatangan teksi untuk ke destinasi seterusnya, yang hanya mereka sahaja ketahui...

Kagum dengan kegigihan mereka untuk melakukan ibadat di rumah ibadat yang disediakan walaupun dengan keadaan mereka yang kekurangan a.k.a kelainan upaya...


P/S : Tiada alasan untuk tidak melakukan ibadat... (^____^)V

Sunday, December 2, 2012

Oh!!! Malaysia dan nazarku #2!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Malam tadi, kita sekali lagi melihat kehebatan pasukan Harimau Malaya ketika menentang pasukn Indonesia atau sinonim dengan jolokan pasukan Garuda di dalam perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki 2012 (sila baca dengan satu nafas!)... Malaysia telah menang ke atas Indonesia dengan 2 gol berbalas 0... Apa??? "Kosong... Kosong..." (sila nyanyi seperti lagu Najwa Latiff)...

Sumber gambar dari Oh! Media...

Walaupun pada separuh masa pertama hujan turun dengan renyai2 dan kerapkali pemain kita tergelincir di atas padang, tetapi itu tidak mematahkan semangat pasukan kita untuk memperoleh 2 gol pada minit ke-26 (Azammuddin Akil) dan minit ke-29 (Mahalli Jasuli)...

Dan pada separuh masa pertama juga dapat didengari tiupan semangat oleh penyokong2 Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil dengan nyanyian lagu 'Inilah Barisan Kita'... Tahniah dan terima kasih kepada penyokong Malaysia yang sanggup 'turun padang' dan tidak putus2 memberikan semangat dan perangsang kepada para pemain kita...

Dan nampaknya nazar saya semakin bertambah... Ya (!), semakin bertambah... Tetapi tidak mengapa... Saya sudah niatkannya dan saya dengan senang hati akan melakukannya... Moga2 dengan nazar2 saya ini, saya akan menjadi seorang Muslimah yang lebih baik... Amin Ya Rabbal 'Alamin...


P/S : Ada ramai kawan yang dipanggil 'Naza'... (^_____^)V

Wednesday, November 28, 2012

Oh!!! Malaysia dan nazarku...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hati saya sangat ber-bunga2 dan suara saya semakin hilang... Semuanya gara2 perlawanan bolasepak di antara pasukan Malaysia dan Laos sebentar tadi, demi merebut piala AFF Suzuki 2012... Alhamdulillah, Malaysia berjaya mengumpul 4 gol berbanding Laos yang hanya memperoleh 1 gol...



Gol pertama Malaysia oleh Safiq Rahim pada minit ke-15, diikuti oleh Safee Sali pada minit ke-66,  Khyril Muhaymeen pada minit ke-75 dan Wan Zack Haikal pada minit ke-79...

Pada babak pertama, Laos telah menyerikan kedudukan 1 sama dan saat itu saya berasa agak kecewa... Kecewa yang amat sangat apabila memikirkan dan mengenangkan bahawa Malaysia sebenarnya terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol... Terlepas 9 peluang! Bayangkan...

Dan ketika itu saya telah bernazar sesuatu... Bernazar untuk setiap gol yang dijaringkan oleh Malaysia... Dan doa yang tidak ptutus2 juga dipanjatkan demi untuk melihat kemenangan Malaysia... Alhamdulillah, nazar dan doa saya didengari Allah SWT... Mungkin ada yang menganggap bernazar satu tindakan kurang bijak, tapi itu sudah nawaitu saya...

Apa2pun, kita nantikan perlawanan seterusnya yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, bersamaan dengan 1 Disember, di mana Malaysia akan menentang Indonesia... Mungkinkah ada nazar lagii dari saya? Wallahu'alam... Moga2 Malaysia menang lagi... InsyaAllah! Amin!


P/S : 'Nazraku' adalah lagu dari kumpulan Spider... (^_____^)V

Sunday, November 25, 2012

Oh!!! Jadual penuh perlawanan Piala AFF Suzuki 2012..

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hari ini bermulanya perlawanan bagi merebut kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012... Mungkinkah Malaysia mampun mempertahankan kejuaraan 2010? InsyaAllah...

Jadula penuh perlawanan...

Jadual perlawanan bagi pasukan Malaysia...


P/S : 'Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'... (^_____^)V

Wednesday, November 21, 2012

Oh!!! Harimau Malaya terkena badi 10???

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Malam tadi saya berkesempatan menonton siaran langsung perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Bangladesh... Ya, Bangladesh (!) yang korang selalu panggil rakyatnya yang bekerja di Malaysia sebagai Mat Bangla... Oh, itu sangatlah tidak sopan!



Berbalik kepada perlawanan persahabatan terakhir untuk Malaysia sebelum cabaran piala AFF Suzuki bermula pada Ahad ini, saya lihat pasukan Malaysia bermain dengan agak cemerlang pada separuh masa pertama... Dan Malaysia berjaya menyumbatkan 1gol pada minit ke-23 oleh Khyril Muhaymeen... Kehebatan dan kesungguhan pasukan lawan juga membuatkan saya sedikit kagum dengan cara permainan mereka...

Namun, pada separuh masa kedua, pasukan Malaysia sedikit goyah apabila berlakunya pertukaran pemain2 handalan yang bertujuan untuk melihat cara permainan pemain2 gantian... Tetapi konsistensi corak permainan tidak dapat dikekalkan apabila kurangnya komunikasi di antara para pemain...

Di kala Bangladesh bermain dengan hanya 10 pemain apabila seorang pemainnya dilayangkan kad merah, Malaysia pula men-sia2kan 'kelemahan' Bangladesh itu kerana dengan mudahnya memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan itu... Ya (!), dengan 10 pemain sahaja pasukan Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan! Dan ianya berlaku di saat2 akhir iaitu pada minit ke-83!

Adakah Malaysia terkena badi tatkala menentang Hong Kong sebelum ini, di mana Hong Kong turut menyamakan kedudukan dengan hanya 10 orang pemain juga?



Apa yang pasti, perkara ini tidak sepatutnya berulang untuk kali ketiga... Cukuplah dua kali ber-turut2 ianya berlaku... Apa2pun, harapan yang tinggi tetap diletakkan kepada pemain Malaysia untuk piala AFF Suzuki... InsyaAllah, Malaysia mampu menjulang kejuaraan seperti tahun 2010... InsyaAllah! Saya yakin dengan Harimau Malaya!


P/S : Saya peminat tegar Harimau Malaya! Dan Manchester United! (^_____^)V

Tuesday, November 20, 2012

Oh!!! Mari menyumbang untuk rakyat Palestin!

Assalamualaikum semua!



Minggu lepas, tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan ketibaan Awal Muharam, saudara2 kita di Palestin telah diserang oleh tentera Zionis Israel Laknatullah...

Sedikit maklumat mengenai apa yang berlaku... Gaza merupakan sebuah bandar yang terletak di Palestin di mana ia ditadbir oleh Hamas... Gaza atau lebih dikenali sebagai Genting Gaza cuba ditawan oleh kerajaan Israel manakala kerajaan Hamas berusaha untuk mempertahankan wilayahnya itu...



Disebabkan kekejaman Israel tersebut, ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah yang telah menjadi mangsa korban mereka... Bukan sahaja kaum lelaki yang sedaya upaya mempertahankan wilayah Gaza yang terkorban, kaum wanita, kanak2 dan golongan tua juga tidak terkecuali...

Oleh itu, ayuh ringankan tangan dan ikhlaskan hati untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin... Semoga ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang mereka hadapi sejak 1967... Sumbangan boleh disalurkan kepada :

Islamic Relief Malaysia (IRM) melalui
BIMB (Bank Islam) - 12029010065643
MAYBANK (Malayan Banking Berhad)562142708704
CIMB - 12590000804058
Email : info@islamic-relief.org.my

Aqsa Syarif melalui
MAYBANK - 551575004299
BIMB - 12092010034904
Email : admin@aqsasyarif.org.my

Viva Palestina Malaysia (VPM) melalui
MAYBANK - 564324601324
Pertubuhan Viva Palestina Malaysia,
Blok C, Kompleks Pejabat Damansara,
Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur

Aman Palestin melalui
BIMB - 12029010047880
MAYBANK - 562263010787
RHB Islamic Bank - 21245760004907
Bank Rakyat - 220806195922
Email : office@amanpalestin.net / info@amanpalestin.net / amanpalestin@yahoo.com
Web : www.amanpalestin.net / www.amanpalestin.info

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui SMS
Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5 / 3 adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan) dan hantar ke 39111. Contoh : PALESTIN 10 dan hantar ke 39111


P/S : Tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang menerima... (^_____^)V

Friday, November 16, 2012

Oh!!! Jalan menuju mati...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Apa yang korang buat tadi, sekarang dan selepas ini? Adakah ianya sesuatu yang baik ataupun tidak? Tahukah anda bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan, walau sekecil mana nilainya di pandangan mata orang, walau sebesar mana kesannya kepada orang sekeliling, ianya merupakan jalan yang kita pilih untuk mati kelak... Sama ada ianya jalan yang baik (mati di dalam keimanan) ataupun jalan yang tidak baik (mati di dalam kekufuran)...



Setiap apa yang kita lakukan itu adalah jalan, jalan baik ataupun tidak... Setiap bicara dan tutur kata yang  kita ucapkan, adalah jalan yang kita pilih untuk mati... Setiap hayunan kaki kita menuju ke sesustu tempat, adalah jalan yang kita pilh untu mati... Setiap pergerakan tangan yang dilakukan, adalah jalan yang kita pilih untuk mati... Setiap kerdipan mata kita tatkala melihat sesuatu, adalah jalan yang kita pilih untuk mati... Setiap patah perkataan yang didengari, adalah jalan yang kita pilih untu mati...

Dengan erti kata lain, apa yang anggota badan kita lakukan pada setiap saat adalah jalan yang kita pilih untuk mati... Jadi, berfikirlah sebelum bertindak... Pilihlah jalan yang akan memudahkan anda di kemudian hari (Hari Akhirat)...

Rasulullah S.A.W bersabda : "Orang pintar ialah sesiap uang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita2nya dikabulkan oleh Allah SWT..." (Riwayat Al-Tirmidzi)




P/S : Tepuk dada, tanya iman... (^_____^)V

Thursday, November 8, 2012

Oh!!! Potret indah bersamamu...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Yeay2! Hari ini my parents dan adik2 yang lain balik rumah... Tak sabar nak jumpa mereka balik kerja nanti... Lagi2 dengan dua orang adik lelaki yang bongsu... Nak peluk2 macam selalu, nak gigit2 bahu mereka macam selalu, nak tarik2 mereka duduk atas riba saya macam selalu, nak main gaduh2 atas katil dalam bilik Emak macam selalu dan macam2 nak lagilah... Hehe!

Potret saya, hasil karya saya... (^_____^)V


Korang pernah tengok tak rancangan 'Bersamamu' yang pernah disiarkan di TV3 tu? Saya pun tak ingat sudah masuk musim keberapa dah rancangan itu... Oh, saya memang pengikut tegar rancangan tersebut sejak dari awal ia bersiaran sehingga episod akhir musim yang latest... Dulu masa study di sebuah IPTA di Kedah, pernah saya dan rakan2 kuliah merancang untuk membuat projek bersama dengan 'Bersamamu'... Excited sangat2 masa itu... Excited sebab tak sabar nak tunggu depan televisyen sebab nak tengok muka masuk tv... Haha! Tapi tak menjadi... Rancangan itu ditukar kepada projek yang lain...



Berbalik kepada rancangan 'Bersamamu', setiap kali saya menonton rancangan tersebut, hati saya pasti akan terdetik, apakah yang akan berlaku pada keluarga2 yang dibantu pada masa akan datang... Dan nah (!), sekarang saya memperoleh jawapannya melalui rancangan 'Potret Bersamamu'...

'Potret Bersamamu' memaparkan kejayaan2 yang dikecapi oleh keluarga2 'Bersamamu' yang pernah dibantu suatu ketika dahulu... Apabila menonton episod pertama 'Potret Bersamamu', saya berasa bangga dengan anak2 'Bersamamu' kerana kejayaan2 yang mereka perolehi... Salah seorang bakal menjadi seorang doktor... Terasa betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh krew2 'Bersamamu' di dalam usaha menaiktarafkan kehidupan keluarga2 'Bersamamu' menjadi yang lebih baik...

'Potret Bersamamu' boleh ditonton pada setiap hari Rabu, jam 9:20 malam...


P/S : Sentiasa Bersama Blog... (^_____^)V

Wednesday, November 7, 2012

Oh!!! 'Entri Jameela' memang best!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Yesterday is my birthday, but there's no celebration at all... Alone at home with my brother (my twin) and sister, while my parents, other sisters and other brothers go to Putrajaya for my sister convocation ceremony... My twin was not at home when i return home, so i thought may be he celebrating 'our' birthday with his friends...

Seius, saya mati kutu semalam because of absence of my family (absence or nonexistence?)... Balik rumah, doing my routine... Nak baca suratkhabar, Emak tak tinggalkan di rumah... Selalunya Emak akan tinggalkan suratkhabar di rumah kalau dia melakukan perjalanan yang jauh... Nak tak nak, layan 'Kau Milikku' without newspaper... Oh ya, saya memang suka lakukan dua perkara dalam satu masa...

Kemudian, basuh baju, mandi, seterika working cloth for the next day... Sembahyang Maghrib, mengaji Al-Quran, sembahyang Isya', menonton televisyen... Online? Kalau rajin... Disebabkan semalam adalah my birthday, so I spent a moments to see all the birthday wishes at my Facebook's wall... But I can't spent time to reply all the wishes because 'Bukan Cinderella' are waiting for me...

Hello Cik Nadiah, awak nak cerita pasal birthday awak ataupun pasal 'Entri Jameela'? Ok2... Malam tadi, saya berkesempatan menonton rancangan ala2 bual bicara yang bertajuk 'Entri Jameela' di Astro Oasis, walaupun ia merupakan ulangan bagi episod 1... Bagi bloggers, mesti dapat agak rancangan tersebut mengenai apa tatkala melihat kepada tajuknya...

Episod yang saya tengok semalam, ada sesi temubual dengan blogger popular iaitu Hanis Zalikha dan Maria Elena...Melihat kepada kejayaan mereka di dalam dunia blog, saya mula memasang cita2 untuk menjadi macam mereka... At least boleh dapat side income sikit... Melihat kepada jumlah followers mereka yang mencecah puluhan ribu pengikut, membuatkan saya sedikit cemburu... Cemburu kerana entri2 mereka disukai ramai sehingga membuat followers berpakat be-ramai2 untuk 'menge-like' blog mereka... Uhhh!

Nak tahu sesuatu tak? Tiba2 saya nak menjadi pengikut tegar Maria Elena... Tiba2 saya menjadi tersuka dengan mimik2 muka yang dia buat... Tiba2 saya berasa untuk menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi saya di dalam dunia blog... Tiba2 saya menjadi addicted dengan beliau... Tiba2 saya terasa macam nak jadi bestfriend wannabe kepada beliau... Oh, itu tidak mungkin terjadi kerana tiba2 saya baru sedar yang itu hanya angan2 saya semata...

Tersasar dari landasan lagi! Oh! Tajuk entri tak bersangkut paut langsung dengan entri! Oh! Senang cerita, nantikan sahaja rancangan 'Entri Jameela' disiarkan... Nak tengok pada waktu sebenar boleh, nak tengok yang ulangan pun boleh... Siaran sebenar 'Entri Jameela' adalah pada hari Ahad jam 7:30 malam...



Ke-dua2 header tersebut telah saya 'culik' dari blog mereka... (^_____^)V


P/S : Entri ini sepatutnya bertajuk 'Oh!!! My birthday with blogger popular'... (-_____-")

Friday, October 19, 2012

Oh!!! Jawapan apabila orang kirim salam...


Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pernah tak seseorang datang dekat dengan anda, tak kiralah anda kenal atau pun tidak, dan dia beritahu ada seseorang kirim salam... Pernah tak? Saya confirm mesti pernah... Dan adakah anda jawab salam yang disampaikan itu? Atau anda hanya biarkannya tanpa sebarang jawapan?

Bagi yang tak jawab tu, maka berdosalah baginya kerana menjawab salam itu hukumnya adalah wajib... Dan bagi mereka yang menjawab salam itu, adapun pahalalah baginya... Tetapi adakah jawapan salam anda itu betul? Mesti pelikkan dengan soalan tu?



Ok, di sini ingin saya kongsikan apa yang saya peroehi melalui laman Muka Buku... Tentang jawapan salam yang sepatutnya kita jawab apabila ada seseorang berkirim salam pada kita...

97% muslim yang saya jumpa bila diberitahu :
"Wei, Kamarul... Ina kirim salam..."

Maka akan dijawab oleh Kamarul : 
"Iya ke? Wa'alaikumsalam"

Ok, nampak macam tak ada masalah bukan? Tapi sebenarnya ada masalahnya... Jelas di dalam hadis Nabi SAW, baginda mengajar apabila salam itu disampaikan melalui orang tengah, maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam itu bukannya 'wa'alaikumsalam' tetapi 'WA'ALAIKI WA'ALAIHASSALAM'...

Sebab apa?

Ina suruh Aida kirimkan salamnya pada Kamarul dan Kamarul menjawab "Wa'alaikumsalam", sedangkan maksud 'wa'alaikumsalam' adalah salam sejahtera ke atas KAMU... 'Kamu' di sini adalah Aida dan bukannya Ina... Jadi salam Ina itu tidak berjawab kerana Kamarul mendoakan salam itu kepada Aida... Padahal Aida adalah orang tengah...

Jawapan yang sepatutnya adalah 'Wa'alaiki wa'alaihassalam' yang bermaksud dan salam sejahtera ke atas Kamu dan juga kepada DIA... Maka salamnya telah terjawab...

Tetapi, di dalam hal ini, jawapan salam yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan si pengirim dan penyampai salam tersebut... Contohnya, jika ianya seperti situasi di atas, maka jawapan salam yang sepatutnya dijawab oleh Kamarul adalah "Wa'alaki wa'alaihassalam..." di mana pengirim dan penyampai salam adalah perempuan...

Ka = Awak bagi lelaki (penyampai salam)
Ki = Awak bagi perempuan (penyampai salam)
Hi = Dia lelaki (pemberi salam)
Ha = Dia perempuan (pemberi salam)

Adapun, ini semua sebagai perkongsian dari saya... Moga kita dapat mengamalkannya ber-sama2...


P/S : Sudah lama tidak menerima kiriman salam dari orang lain... (^_____^)V

Sunday, October 14, 2012

Oh!!! Berharga dan manis...

Assalamualaikum semua! (^____^)V

Tanggal hari kelmarin - 12 Oktober 2012 (ayat yang sangat tidak betul), pejabat saya, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor, ICU JPM telah menjadi ursetia bagi satu majlis yang sangat besar... Very3 big event! Dan hampir kesemua pegawai terlibat di dalam menguruskan majlis tersebut... Majlis yang dipanggil 'Sesi Dialog  Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam' a.k.a SKMTPA itu dihadiri oleh VVVVVVIP yang sangat terhormat...

VVIP yang hadir adalah YABhg Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi (Pengerusi SKMTPA) - bekas Ketua Hakim Negara ke-12 (2008), YBhg Tan Sri Ismail Adam (Timbalan Pengerusi SKMTPA) - bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (2005-2010), YBhg Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom - bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (2007), YBhg Tan Sri Dato' Dr Hadenan bin A. Jalil - bekas Ketua Audit Negara (2000-2006), YBhg Tan Sri Hussin bin Ismail - bekas Timbalan Ketua Polis Negara (2010), YBhg Mejar Jeneral Dato' Paduka Che Hasni bin Che Ahmad - bekas Panglima Latihan Tentera Darat dan YBhg Dato' Omar bin Osman - Presiden CUEPACS...

Majlis tersebut merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya apabila saya diamanahkan untuk menjadi lift stewardess di mana saya antara orang pertama yang akan berjumpa dengan VVIP tersebut... (Lif ada dua... Saya menjaga salah satu lif...) Perasaan gementar dan gugup becampur baur tatkala menantikan kemunculan VVIP di muka pintu lif di mana sesi dialog akan berlangsung...

Sepanjang sesi dialog berlangsung selama 2 jam, saya dan beberapa teman sepejabat hanya duduk di luar dewan dan saya sentiasa melihat ke arah jam tangan kerana selepas sesi dialog berakhir, para VVIP akan menjamu selera dan kemudian tugas saya akan bermula sekali lagi... Tugas membawa turun para VVIP semua...



Pengalaman yang sangat manis apabila saya menjadi lift stewardees yang membawa turun para VVIP semua (lif ada dua)... Sangat ber-debar2 apabila membawa turun para VVIP menggunakan lif yang saya jaga... Dan sangat gugup apabila berada satu lif dengan mereka... Semasa mereka keluar dari lif, yang terpacul dari mulut saya hanyalah "Terima kasih, Tuan"... Semasa dalam lif lagi saya ber-kira2 untuk memanggil mereka Tan Sri atau Tuan... Tapi seperti apa yang penyelia saya beritahu, panggil sahaja 'Tuan'... Sambil keluar dari lif, mereka menganggukkan kepala dan senyum ke arah saya... Oh, manisnya (kenangan itu)!


P/S : Bukan 'Memori Daun Pisang...' (^_____^)V


Monday, September 24, 2012

Oh!!! Jawapan kontroversi 'Kau Yang Terindah' yang......

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Masa episod terakhir 'Kau Yang Terindah', banyak juga komen yang saya dengar dari kawan2... Komen2 mengenai adegan berpegangan tangan dan duduk sebilik yang konon2nya dilakukan di Mekah... Kenapa menjadi isu? Kerana mereka tiada apa2 ikatan yang sah (dan ikatan sah tersebut hanyalah di dalam lakonan) tetapi boleh berpegangan tangan dan duduk sebilik di Tanah Haram...

Dan semalam, Neelofa telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Metro Ahad mengenai kontroversi adegan tersebut... Apa yang pasti, saya tidak berpuashati dengan kenyataan tersebut... Kenapa? Apa2pun, sebelum itu, mari baca dahulu kenyataannya...



"Memang adegan itu sepatutnya dilakukan di Makkah tapi kerana kesuntukan masa, adegan pegang tangan dan dalam bilik dilakukan di Kuala Lumpur"... Maksudnya, seperti apa yang saya faham, disebabkan kesuntukan masa, maka adegan tersebut dilakukan di Kuala Lumpur... Dan jika tidak, adegan tersebut akan dilakukan di Mekah...

Adakah Neelofa tidak faham bahawa kontroversi tersebut adalah mengenai tempat adegan itu dilakukan (keberanian melakukan adegan tersebut di TANAH HARAM) dan bukannya mengenai how dare you do that scene ("Dia melakonkan adegan itu berdasarkan kehendak skrip dan tidak menyangka babak itu menimbulkan kontroversi di kalangan segelintir peminat")...

Betulkan saya kalau saya ada melakukan salah tafsiran... Mungkin tafsiran saya terhadap kenyataan Neelofa amatlah salah... Apa yang saya fikir tidak sama dengan apa yang orang lain fikir...


P/S : Suka menonton lakonan Neelofa... (^_____^)V

Tuesday, September 18, 2012

Oh!!! Doa supaya dijodohkan dengan orang yang kita suka sangat2!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Kepada yang masih single a.k.a solo molo a.k.a belum berteman, adakah anda ada menyukai atau mendambakan seseorang? Jika jawapan anda adalah 'ya', di sini saya ingin kongsikan satu doa yang mungkin mustajab, murjarag lagi berkesan bagi anda...



Hehe! Ini hanyalah sekadar gurauan semata... Saya dapat pun dari Fecbook rakan2... Tapi, tak salah bukan untuk mencuba? Selamat beramal... (^_____^)V


P/S : Setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2... (^_____^)V

Monday, September 10, 2012

Oh!!! Debat Kerana Gangnam Style...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sejak akhir2 ni kita seringkali mendengar mengenai Gangnam Style... Siap ada cover version untuk muzik videonya... Semua pun sibuk menunjukkan bakat Gangnam Style siapa yang paling hebat...

Tapikan, dalam minggu lepas, heboh di Facebook mengenai satu kenyataan yang mengatakan Gangnam Style merupakan salah satu unsur baru yang menghina Nabi Muhammad SAW... Kawan2 saya siap share di wall Facebook lagi kenyataan tersebut... Ada yang percaya dan ada yang tidak...

Di bawah ini saya copy & paste kan kenyataan tersebut...



Saya tidak pasti siapa tuan empunya post tersebut... Mungkinkah gadis di bawah ini? (Saya dapat dari Oh! Artis)...




Tidak lama selepas gadis tersebut mengongsikan 'research' dia, berlakulah perdebatan yang sangat hebat antara dia dan seseorang... Juga saya dapat dari Oh! Artis...

Sila klik gambar untuk tumbesaran yang sihat...


Apa2pun, sebelum mengetengahkan sesuatu 'research', cuba minta pandangan ahli agama dahulu sekiranya ia bersangkut paut dengan agama... Jika tidak, ia bisa memakan diri... Dan jika rasa ingin berdebat, sediakan hujah2 yang bernas agar ia sekali lagi tidak memakan diri sendiri... Tolong jangan jadi kanibal pada diri sendiri...

Saya tidak menyalahkan gadis tersebut kerana mungkin dia kurang matang dan terlalu mengikutkan bisikan2 halus yang didengarinya... Lagipun, budak2 remaja hatinya sentiasa merasakan yang mereka adalah betul... Apa2pun, 'tepuk dada tanya iman'...


P/S : Saya bukan peminat K-Pop... (^_____^)V

Saturday, September 8, 2012

Oh!!! Demi prestasi sekolah...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Demi prestasi sekolah, murid kelas belakang (murid2 yang kurang bijak) dianaktirikan... Kenapa saya membuat kenyataan tersebut? Kerana dari penceritaan seseorang kepada saya... Dia kini sedang menjadi guru ganti di sebuah sekolah di Johor Bahru... Sebuah sekolah menengah... Dan dia ditugaskan untuk mengajar murid tingkatan 3, 4 dan 5... Dan lagi satu, dia dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid2 kelas belakang...

Murid2 kelas belakang memang agak nakal dan kadang2 tidak makan nasihat... Kadang2 dia pun penat hendak melayan kerenah anak2 muridnya... Tetapi, dalam masa yang sama, dia turut berasa sebak dengan apa yang 'diterima' oleh anak2 muridnya... Anak2 muridnya kurang diberi perhatian kerana dianggap tidak mampu untuk menjadi yang terbaik... Lantaran daripada itu, apa yang murid2 kelas hadapan 'terima' semasa proses pembelajaran, tidak sama dengan apa yang 'diterima' oleh murid2 kelas belakang...

Dan apa yang membuatkan dia menjadi bertambah sebak adalah kerana murid2 kelas belakang hanya dibenarkan untuk mengambil 6 subjek untuk peperiksaan SPM... BM, BI, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam dan Sains (matapelajatan wajib dan had minimum yang ditetapkan)... Hanya tambah dua subjek dari peperiksaan UPSR dan kurang dua subjek dari peperiksaan PMR... Kenapa ianya beraku? Kerana pihak sekolah ingin menjaga prestasi sekolahnya...




Saya pasti dan pasti ada juga sekolah2 lain yang melakukan perkara yang sama... Tidak salah jika ianya dilakukan setelah melihat tahap pencapaian dan kemampuan pelajar, tetapi jika ianya dilakukan demi untuk menjaga prestasi sekolah, ianya se-olah2 me-rendah2kan murid2 kelas belakang kerana mereka dianggap tidak mampu memberikan prestasi yang baik dalam bidang akademik sesebuah sekolah...

Apa2pun, 'lain padang lain belalang', lain sekolah lain penyelesaian...


P/S : Lepas ni nak buat entri pasal murid2 'nakal'... (^_____^)V

Wednesday, September 5, 2012

Oh!!! Mari mengundi di My Sayang!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sudahkah anda mengundi di #MYsyg? Jika belum, ayuh cepat2 mengundi penyertaan yang anda rasa terbaik kerana anda bakal memenangi Samsung SIII... Undilah penyertaan teks, bergambar dan video kegemaran anda... Cepat2 sebelum undian ditutp pada 9 September... Hanya luangkan 5 minit masa anda sahaja!

Sedikit info mengenai MYsyg...

1. Dianjurkan oleh Media Prima Berhad sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55...
2. Penyertaan berbentuk ucapan teks, bergambar dan secara video...
3. 70% undian dar orang awam dan 30% lagi dari juri profesional (Dato'  Lat, Dato' Siti, Dato' Johan Jaafar dan Saw Teong Hin)...
4. Tarikh tutup penyertaan ucapan teks, bergambar dan video adaah pada 15 Ogos 2012, manakala tarikh tutup undian pada 9 September 2012...

Ayuh mengundi di #MYsyg...

Saya sudah mengundi!

Moga2 dapat ini! (^_____^)V


P/S : Tak sabar nak mengundi untuk PRU 13... (^_____^)V