Wednesday, November 21, 2012

Oh!!! Harimau Malaya terkena badi 10???

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Malam tadi saya berkesempatan menonton siaran langsung perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Bangladesh... Ya, Bangladesh (!) yang korang selalu panggil rakyatnya yang bekerja di Malaysia sebagai Mat Bangla... Oh, itu sangatlah tidak sopan!



Berbalik kepada perlawanan persahabatan terakhir untuk Malaysia sebelum cabaran piala AFF Suzuki bermula pada Ahad ini, saya lihat pasukan Malaysia bermain dengan agak cemerlang pada separuh masa pertama... Dan Malaysia berjaya menyumbatkan 1gol pada minit ke-23 oleh Khyril Muhaymeen... Kehebatan dan kesungguhan pasukan lawan juga membuatkan saya sedikit kagum dengan cara permainan mereka...

Namun, pada separuh masa kedua, pasukan Malaysia sedikit goyah apabila berlakunya pertukaran pemain2 handalan yang bertujuan untuk melihat cara permainan pemain2 gantian... Tetapi konsistensi corak permainan tidak dapat dikekalkan apabila kurangnya komunikasi di antara para pemain...

Di kala Bangladesh bermain dengan hanya 10 pemain apabila seorang pemainnya dilayangkan kad merah, Malaysia pula men-sia2kan 'kelemahan' Bangladesh itu kerana dengan mudahnya memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan itu... Ya (!), dengan 10 pemain sahaja pasukan Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan! Dan ianya berlaku di saat2 akhir iaitu pada minit ke-83!

Adakah Malaysia terkena badi tatkala menentang Hong Kong sebelum ini, di mana Hong Kong turut menyamakan kedudukan dengan hanya 10 orang pemain juga?



Apa yang pasti, perkara ini tidak sepatutnya berulang untuk kali ketiga... Cukuplah dua kali ber-turut2 ianya berlaku... Apa2pun, harapan yang tinggi tetap diletakkan kepada pemain Malaysia untuk piala AFF Suzuki... InsyaAllah, Malaysia mampu menjulang kejuaraan seperti tahun 2010... InsyaAllah! Saya yakin dengan Harimau Malaya!


P/S : Saya peminat tegar Harimau Malaya! Dan Manchester United! (^_____^)V

No comments:

Post a Comment