Monday, December 17, 2012

Oh!!! Dia sudah kahwin! Sobs2!!!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Pada tanggal 15 Disember 2012 yang lalu (yang lalulah sangat!), dunia  blogger telah dikejutkan (terkejutkah???) dengan berita perkahwinan seorang blogger fofuler... Maria Elena, blogger kesayangan saya telah berkahwin... Ya (!), Maria Elena telah berkahwin dengan encik Dato'nya... Sobs2! Sedihnyalah rasa hati ini...


Eh2, kenapa pula nak sedih2 ni??? Sedih sebab lepas ni dah tak boleh nak tengok beliau tempek2 gambar cute crazy face beliau di belog and Youtube beliau... Eh, kenapa pula tak boleh? Yalah, nanti encik Dato' beliau mesti cakap, "Puan Datin, lepas ni jangan mengada-ngada nak tempek2 muka cute crazy face U dekat belog atau Youtube U... U hanya boleh buat mimik2 muka macam tu pada I seorang saja...".



You know what, saya minat gila gila gila dan gila pada beliau kerana mimik2 muka yang beliau buat... Saya mula mengenali beliau pun kerana mimik2 muka yang beliau buat... Oh, rasanya saya pernah beritahu pasal ini DI SINI...

Bagi saya beliau seorang yang sangat sporting dan cool... Sporting kerana berani membuat muka cute  crazy face untuk tatapan umum (tak macam sesetengah blogger yang hanya menempek gambar cun melecun untuk menarik followers), dan beliau sangat cool tak ambil port pun dengan orang sekeliling a.k.a haters beliau yang menganggap seorang muslimah perlu menjaga adab sopan (dia orang anggap buat mimik2 muka macam tu tak sopan bagi perempuan bertudung)...

Apa2pun, saya sangat2 suka dengan tuan punya belog Peliks... Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Maria Elena Zarul dan Asfirdaus... Moga kalian berdua berbahagia di dalam melayari bahtera rumahtangga yang baru bermula sehingga ke anak cucu... Barakallah... Wish both of U live happily ever after... (^_____^)V


P/S : Gambar 'dicuri' dari Instagram beliau... (^_____^)V

7 comments:

Mohd Sabrie said... [Reply]

hye..done follow..free2 nt,c me back :)http://yieweezer5915.blogspot.com/

Mohd Sabrie said... [Reply]

hye..done follow..free2 nt,c me back :)http://yieweezer5915.blogspot.com/

SHAZRIZAL SHAHMY said... [Reply]

dah kawin dah dia nih...ingatkan blum matang lagi...hhehe, yelahh asyik buat muka gila2 jerk...hehe tpi cute

emarieys said... [Reply]

member satu sekolah jadi jurufoto dia..memang sporting gile dia dan pasangannya

SiS NaD said... [Reply]

Sudu Biru ---> Terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog Sis... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Shazrizal ---> Kan... Tapi dia memang cute... Huhu! (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Kak Ema ---> Wah! untungnya kawan akak sebab dapat jumpa dia... Saya teringin nak jumpa ME...

P/S : Nanti saya kahwin, nak minta kawan akak jadi jurufoto saya boleh? Hehe! (^_____^)V