Wednesday, November 28, 2012

Oh!!! Malaysia dan nazarku...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hati saya sangat ber-bunga2 dan suara saya semakin hilang... Semuanya gara2 perlawanan bolasepak di antara pasukan Malaysia dan Laos sebentar tadi, demi merebut piala AFF Suzuki 2012... Alhamdulillah, Malaysia berjaya mengumpul 4 gol berbanding Laos yang hanya memperoleh 1 gol...



Gol pertama Malaysia oleh Safiq Rahim pada minit ke-15, diikuti oleh Safee Sali pada minit ke-66,  Khyril Muhaymeen pada minit ke-75 dan Wan Zack Haikal pada minit ke-79...

Pada babak pertama, Laos telah menyerikan kedudukan 1 sama dan saat itu saya berasa agak kecewa... Kecewa yang amat sangat apabila memikirkan dan mengenangkan bahawa Malaysia sebenarnya terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol... Terlepas 9 peluang! Bayangkan...

Dan ketika itu saya telah bernazar sesuatu... Bernazar untuk setiap gol yang dijaringkan oleh Malaysia... Dan doa yang tidak ptutus2 juga dipanjatkan demi untuk melihat kemenangan Malaysia... Alhamdulillah, nazar dan doa saya didengari Allah SWT... Mungkin ada yang menganggap bernazar satu tindakan kurang bijak, tapi itu sudah nawaitu saya...

Apa2pun, kita nantikan perlawanan seterusnya yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, bersamaan dengan 1 Disember, di mana Malaysia akan menentang Indonesia... Mungkinkah ada nazar lagii dari saya? Wallahu'alam... Moga2 Malaysia menang lagi... InsyaAllah! Amin!


P/S : 'Nazraku' adalah lagu dari kumpulan Spider... (^_____^)V

Sunday, November 25, 2012

Oh!!! Jadual penuh perlawanan Piala AFF Suzuki 2012..

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Hari ini bermulanya perlawanan bagi merebut kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012... Mungkinkah Malaysia mampun mempertahankan kejuaraan 2010? InsyaAllah...

Jadula penuh perlawanan...

Jadual perlawanan bagi pasukan Malaysia...


P/S : 'Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'... (^_____^)V

Wednesday, November 21, 2012

Oh!!! Harimau Malaya terkena badi 10???

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Malam tadi saya berkesempatan menonton siaran langsung perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Bangladesh... Ya, Bangladesh (!) yang korang selalu panggil rakyatnya yang bekerja di Malaysia sebagai Mat Bangla... Oh, itu sangatlah tidak sopan!



Berbalik kepada perlawanan persahabatan terakhir untuk Malaysia sebelum cabaran piala AFF Suzuki bermula pada Ahad ini, saya lihat pasukan Malaysia bermain dengan agak cemerlang pada separuh masa pertama... Dan Malaysia berjaya menyumbatkan 1gol pada minit ke-23 oleh Khyril Muhaymeen... Kehebatan dan kesungguhan pasukan lawan juga membuatkan saya sedikit kagum dengan cara permainan mereka...

Namun, pada separuh masa kedua, pasukan Malaysia sedikit goyah apabila berlakunya pertukaran pemain2 handalan yang bertujuan untuk melihat cara permainan pemain2 gantian... Tetapi konsistensi corak permainan tidak dapat dikekalkan apabila kurangnya komunikasi di antara para pemain...

Di kala Bangladesh bermain dengan hanya 10 pemain apabila seorang pemainnya dilayangkan kad merah, Malaysia pula men-sia2kan 'kelemahan' Bangladesh itu kerana dengan mudahnya memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan itu... Ya (!), dengan 10 pemain sahaja pasukan Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan! Dan ianya berlaku di saat2 akhir iaitu pada minit ke-83!

Adakah Malaysia terkena badi tatkala menentang Hong Kong sebelum ini, di mana Hong Kong turut menyamakan kedudukan dengan hanya 10 orang pemain juga?



Apa yang pasti, perkara ini tidak sepatutnya berulang untuk kali ketiga... Cukuplah dua kali ber-turut2 ianya berlaku... Apa2pun, harapan yang tinggi tetap diletakkan kepada pemain Malaysia untuk piala AFF Suzuki... InsyaAllah, Malaysia mampu menjulang kejuaraan seperti tahun 2010... InsyaAllah! Saya yakin dengan Harimau Malaya!


P/S : Saya peminat tegar Harimau Malaya! Dan Manchester United! (^_____^)V

Tuesday, November 20, 2012

Oh!!! Mari menyumbang untuk rakyat Palestin!

Assalamualaikum semua!



Minggu lepas, tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan ketibaan Awal Muharam, saudara2 kita di Palestin telah diserang oleh tentera Zionis Israel Laknatullah...

Sedikit maklumat mengenai apa yang berlaku... Gaza merupakan sebuah bandar yang terletak di Palestin di mana ia ditadbir oleh Hamas... Gaza atau lebih dikenali sebagai Genting Gaza cuba ditawan oleh kerajaan Israel manakala kerajaan Hamas berusaha untuk mempertahankan wilayahnya itu...



Disebabkan kekejaman Israel tersebut, ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah yang telah menjadi mangsa korban mereka... Bukan sahaja kaum lelaki yang sedaya upaya mempertahankan wilayah Gaza yang terkorban, kaum wanita, kanak2 dan golongan tua juga tidak terkecuali...

Oleh itu, ayuh ringankan tangan dan ikhlaskan hati untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin... Semoga ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang mereka hadapi sejak 1967... Sumbangan boleh disalurkan kepada :

Islamic Relief Malaysia (IRM) melalui
BIMB (Bank Islam) - 12029010065643
MAYBANK (Malayan Banking Berhad)562142708704
CIMB - 12590000804058
Email : info@islamic-relief.org.my

Aqsa Syarif melalui
MAYBANK - 551575004299
BIMB - 12092010034904
Email : admin@aqsasyarif.org.my

Viva Palestina Malaysia (VPM) melalui
MAYBANK - 564324601324
Pertubuhan Viva Palestina Malaysia,
Blok C, Kompleks Pejabat Damansara,
Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur

Aman Palestin melalui
BIMB - 12029010047880
MAYBANK - 562263010787
RHB Islamic Bank - 21245760004907
Bank Rakyat - 220806195922
Email : office@amanpalestin.net / info@amanpalestin.net / amanpalestin@yahoo.com
Web : www.amanpalestin.net / www.amanpalestin.info

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui SMS
Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5 / 3 adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan) dan hantar ke 39111. Contoh : PALESTIN 10 dan hantar ke 39111


P/S : Tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang menerima... (^_____^)V

Friday, November 16, 2012

Oh!!! Jalan menuju mati...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Apa yang korang buat tadi, sekarang dan selepas ini? Adakah ianya sesuatu yang baik ataupun tidak? Tahukah anda bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan, walau sekecil mana nilainya di pandangan mata orang, walau sebesar mana kesannya kepada orang sekeliling, ianya merupakan jalan yang kita pilih untuk mati kelak... Sama ada ianya jalan yang baik (mati di dalam keimanan) ataupun jalan yang tidak baik (mati di dalam kekufuran)...



Setiap apa yang kita lakukan itu adalah jalan, jalan baik ataupun tidak... Setiap bicara dan tutur kata yang  kita ucapkan, adalah jalan yang kita pilih untuk mati... Setiap hayunan kaki kita menuju ke sesustu tempat, adalah jalan yang kita pilh untu mati... Setiap pergerakan tangan yang dilakukan, adalah jalan yang kita pilih untuk mati... Setiap kerdipan mata kita tatkala melihat sesuatu, adalah jalan yang kita pilih untuk mati... Setiap patah perkataan yang didengari, adalah jalan yang kita pilih untu mati...

Dengan erti kata lain, apa yang anggota badan kita lakukan pada setiap saat adalah jalan yang kita pilih untuk mati... Jadi, berfikirlah sebelum bertindak... Pilihlah jalan yang akan memudahkan anda di kemudian hari (Hari Akhirat)...

Rasulullah S.A.W bersabda : "Orang pintar ialah sesiap uang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita2nya dikabulkan oleh Allah SWT..." (Riwayat Al-Tirmidzi)




P/S : Tepuk dada, tanya iman... (^_____^)V

Thursday, November 8, 2012

Oh!!! Potret indah bersamamu...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Yeay2! Hari ini my parents dan adik2 yang lain balik rumah... Tak sabar nak jumpa mereka balik kerja nanti... Lagi2 dengan dua orang adik lelaki yang bongsu... Nak peluk2 macam selalu, nak gigit2 bahu mereka macam selalu, nak tarik2 mereka duduk atas riba saya macam selalu, nak main gaduh2 atas katil dalam bilik Emak macam selalu dan macam2 nak lagilah... Hehe!

Potret saya, hasil karya saya... (^_____^)V


Korang pernah tengok tak rancangan 'Bersamamu' yang pernah disiarkan di TV3 tu? Saya pun tak ingat sudah masuk musim keberapa dah rancangan itu... Oh, saya memang pengikut tegar rancangan tersebut sejak dari awal ia bersiaran sehingga episod akhir musim yang latest... Dulu masa study di sebuah IPTA di Kedah, pernah saya dan rakan2 kuliah merancang untuk membuat projek bersama dengan 'Bersamamu'... Excited sangat2 masa itu... Excited sebab tak sabar nak tunggu depan televisyen sebab nak tengok muka masuk tv... Haha! Tapi tak menjadi... Rancangan itu ditukar kepada projek yang lain...



Berbalik kepada rancangan 'Bersamamu', setiap kali saya menonton rancangan tersebut, hati saya pasti akan terdetik, apakah yang akan berlaku pada keluarga2 yang dibantu pada masa akan datang... Dan nah (!), sekarang saya memperoleh jawapannya melalui rancangan 'Potret Bersamamu'...

'Potret Bersamamu' memaparkan kejayaan2 yang dikecapi oleh keluarga2 'Bersamamu' yang pernah dibantu suatu ketika dahulu... Apabila menonton episod pertama 'Potret Bersamamu', saya berasa bangga dengan anak2 'Bersamamu' kerana kejayaan2 yang mereka perolehi... Salah seorang bakal menjadi seorang doktor... Terasa betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh krew2 'Bersamamu' di dalam usaha menaiktarafkan kehidupan keluarga2 'Bersamamu' menjadi yang lebih baik...

'Potret Bersamamu' boleh ditonton pada setiap hari Rabu, jam 9:20 malam...


P/S : Sentiasa Bersama Blog... (^_____^)V

Wednesday, November 7, 2012

Oh!!! 'Entri Jameela' memang best!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Yesterday is my birthday, but there's no celebration at all... Alone at home with my brother (my twin) and sister, while my parents, other sisters and other brothers go to Putrajaya for my sister convocation ceremony... My twin was not at home when i return home, so i thought may be he celebrating 'our' birthday with his friends...

Seius, saya mati kutu semalam because of absence of my family (absence or nonexistence?)... Balik rumah, doing my routine... Nak baca suratkhabar, Emak tak tinggalkan di rumah... Selalunya Emak akan tinggalkan suratkhabar di rumah kalau dia melakukan perjalanan yang jauh... Nak tak nak, layan 'Kau Milikku' without newspaper... Oh ya, saya memang suka lakukan dua perkara dalam satu masa...

Kemudian, basuh baju, mandi, seterika working cloth for the next day... Sembahyang Maghrib, mengaji Al-Quran, sembahyang Isya', menonton televisyen... Online? Kalau rajin... Disebabkan semalam adalah my birthday, so I spent a moments to see all the birthday wishes at my Facebook's wall... But I can't spent time to reply all the wishes because 'Bukan Cinderella' are waiting for me...

Hello Cik Nadiah, awak nak cerita pasal birthday awak ataupun pasal 'Entri Jameela'? Ok2... Malam tadi, saya berkesempatan menonton rancangan ala2 bual bicara yang bertajuk 'Entri Jameela' di Astro Oasis, walaupun ia merupakan ulangan bagi episod 1... Bagi bloggers, mesti dapat agak rancangan tersebut mengenai apa tatkala melihat kepada tajuknya...

Episod yang saya tengok semalam, ada sesi temubual dengan blogger popular iaitu Hanis Zalikha dan Maria Elena...Melihat kepada kejayaan mereka di dalam dunia blog, saya mula memasang cita2 untuk menjadi macam mereka... At least boleh dapat side income sikit... Melihat kepada jumlah followers mereka yang mencecah puluhan ribu pengikut, membuatkan saya sedikit cemburu... Cemburu kerana entri2 mereka disukai ramai sehingga membuat followers berpakat be-ramai2 untuk 'menge-like' blog mereka... Uhhh!

Nak tahu sesuatu tak? Tiba2 saya nak menjadi pengikut tegar Maria Elena... Tiba2 saya menjadi tersuka dengan mimik2 muka yang dia buat... Tiba2 saya berasa untuk menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi saya di dalam dunia blog... Tiba2 saya menjadi addicted dengan beliau... Tiba2 saya terasa macam nak jadi bestfriend wannabe kepada beliau... Oh, itu tidak mungkin terjadi kerana tiba2 saya baru sedar yang itu hanya angan2 saya semata...

Tersasar dari landasan lagi! Oh! Tajuk entri tak bersangkut paut langsung dengan entri! Oh! Senang cerita, nantikan sahaja rancangan 'Entri Jameela' disiarkan... Nak tengok pada waktu sebenar boleh, nak tengok yang ulangan pun boleh... Siaran sebenar 'Entri Jameela' adalah pada hari Ahad jam 7:30 malam...



Ke-dua2 header tersebut telah saya 'culik' dari blog mereka... (^_____^)V


P/S : Entri ini sepatutnya bertajuk 'Oh!!! My birthday with blogger popular'... (-_____-")