Monday, September 24, 2012

Oh!!! Jawapan kontroversi 'Kau Yang Terindah' yang......

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Masa episod terakhir 'Kau Yang Terindah', banyak juga komen yang saya dengar dari kawan2... Komen2 mengenai adegan berpegangan tangan dan duduk sebilik yang konon2nya dilakukan di Mekah... Kenapa menjadi isu? Kerana mereka tiada apa2 ikatan yang sah (dan ikatan sah tersebut hanyalah di dalam lakonan) tetapi boleh berpegangan tangan dan duduk sebilik di Tanah Haram...

Dan semalam, Neelofa telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Metro Ahad mengenai kontroversi adegan tersebut... Apa yang pasti, saya tidak berpuashati dengan kenyataan tersebut... Kenapa? Apa2pun, sebelum itu, mari baca dahulu kenyataannya...



"Memang adegan itu sepatutnya dilakukan di Makkah tapi kerana kesuntukan masa, adegan pegang tangan dan dalam bilik dilakukan di Kuala Lumpur"... Maksudnya, seperti apa yang saya faham, disebabkan kesuntukan masa, maka adegan tersebut dilakukan di Kuala Lumpur... Dan jika tidak, adegan tersebut akan dilakukan di Mekah...

Adakah Neelofa tidak faham bahawa kontroversi tersebut adalah mengenai tempat adegan itu dilakukan (keberanian melakukan adegan tersebut di TANAH HARAM) dan bukannya mengenai how dare you do that scene ("Dia melakonkan adegan itu berdasarkan kehendak skrip dan tidak menyangka babak itu menimbulkan kontroversi di kalangan segelintir peminat")...

Betulkan saya kalau saya ada melakukan salah tafsiran... Mungkin tafsiran saya terhadap kenyataan Neelofa amatlah salah... Apa yang saya fikir tidak sama dengan apa yang orang lain fikir...


P/S : Suka menonton lakonan Neelofa... (^_____^)V

Tuesday, September 18, 2012

Oh!!! Doa supaya dijodohkan dengan orang yang kita suka sangat2!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Kepada yang masih single a.k.a solo molo a.k.a belum berteman, adakah anda ada menyukai atau mendambakan seseorang? Jika jawapan anda adalah 'ya', di sini saya ingin kongsikan satu doa yang mungkin mustajab, murjarag lagi berkesan bagi anda...



Hehe! Ini hanyalah sekadar gurauan semata... Saya dapat pun dari Fecbook rakan2... Tapi, tak salah bukan untuk mencuba? Selamat beramal... (^_____^)V


P/S : Setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2... (^_____^)V

Monday, September 10, 2012

Oh!!! Debat Kerana Gangnam Style...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sejak akhir2 ni kita seringkali mendengar mengenai Gangnam Style... Siap ada cover version untuk muzik videonya... Semua pun sibuk menunjukkan bakat Gangnam Style siapa yang paling hebat...

Tapikan, dalam minggu lepas, heboh di Facebook mengenai satu kenyataan yang mengatakan Gangnam Style merupakan salah satu unsur baru yang menghina Nabi Muhammad SAW... Kawan2 saya siap share di wall Facebook lagi kenyataan tersebut... Ada yang percaya dan ada yang tidak...

Di bawah ini saya copy & paste kan kenyataan tersebut...



Saya tidak pasti siapa tuan empunya post tersebut... Mungkinkah gadis di bawah ini? (Saya dapat dari Oh! Artis)...




Tidak lama selepas gadis tersebut mengongsikan 'research' dia, berlakulah perdebatan yang sangat hebat antara dia dan seseorang... Juga saya dapat dari Oh! Artis...

Sila klik gambar untuk tumbesaran yang sihat...


Apa2pun, sebelum mengetengahkan sesuatu 'research', cuba minta pandangan ahli agama dahulu sekiranya ia bersangkut paut dengan agama... Jika tidak, ia bisa memakan diri... Dan jika rasa ingin berdebat, sediakan hujah2 yang bernas agar ia sekali lagi tidak memakan diri sendiri... Tolong jangan jadi kanibal pada diri sendiri...

Saya tidak menyalahkan gadis tersebut kerana mungkin dia kurang matang dan terlalu mengikutkan bisikan2 halus yang didengarinya... Lagipun, budak2 remaja hatinya sentiasa merasakan yang mereka adalah betul... Apa2pun, 'tepuk dada tanya iman'...


P/S : Saya bukan peminat K-Pop... (^_____^)V

Saturday, September 8, 2012

Oh!!! Demi prestasi sekolah...

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Demi prestasi sekolah, murid kelas belakang (murid2 yang kurang bijak) dianaktirikan... Kenapa saya membuat kenyataan tersebut? Kerana dari penceritaan seseorang kepada saya... Dia kini sedang menjadi guru ganti di sebuah sekolah di Johor Bahru... Sebuah sekolah menengah... Dan dia ditugaskan untuk mengajar murid tingkatan 3, 4 dan 5... Dan lagi satu, dia dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid2 kelas belakang...

Murid2 kelas belakang memang agak nakal dan kadang2 tidak makan nasihat... Kadang2 dia pun penat hendak melayan kerenah anak2 muridnya... Tetapi, dalam masa yang sama, dia turut berasa sebak dengan apa yang 'diterima' oleh anak2 muridnya... Anak2 muridnya kurang diberi perhatian kerana dianggap tidak mampu untuk menjadi yang terbaik... Lantaran daripada itu, apa yang murid2 kelas hadapan 'terima' semasa proses pembelajaran, tidak sama dengan apa yang 'diterima' oleh murid2 kelas belakang...

Dan apa yang membuatkan dia menjadi bertambah sebak adalah kerana murid2 kelas belakang hanya dibenarkan untuk mengambil 6 subjek untuk peperiksaan SPM... BM, BI, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam dan Sains (matapelajatan wajib dan had minimum yang ditetapkan)... Hanya tambah dua subjek dari peperiksaan UPSR dan kurang dua subjek dari peperiksaan PMR... Kenapa ianya beraku? Kerana pihak sekolah ingin menjaga prestasi sekolahnya...




Saya pasti dan pasti ada juga sekolah2 lain yang melakukan perkara yang sama... Tidak salah jika ianya dilakukan setelah melihat tahap pencapaian dan kemampuan pelajar, tetapi jika ianya dilakukan demi untuk menjaga prestasi sekolah, ianya se-olah2 me-rendah2kan murid2 kelas belakang kerana mereka dianggap tidak mampu memberikan prestasi yang baik dalam bidang akademik sesebuah sekolah...

Apa2pun, 'lain padang lain belalang', lain sekolah lain penyelesaian...


P/S : Lepas ni nak buat entri pasal murid2 'nakal'... (^_____^)V

Wednesday, September 5, 2012

Oh!!! Mari mengundi di My Sayang!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Sudahkah anda mengundi di #MYsyg? Jika belum, ayuh cepat2 mengundi penyertaan yang anda rasa terbaik kerana anda bakal memenangi Samsung SIII... Undilah penyertaan teks, bergambar dan video kegemaran anda... Cepat2 sebelum undian ditutp pada 9 September... Hanya luangkan 5 minit masa anda sahaja!

Sedikit info mengenai MYsyg...

1. Dianjurkan oleh Media Prima Berhad sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55...
2. Penyertaan berbentuk ucapan teks, bergambar dan secara video...
3. 70% undian dar orang awam dan 30% lagi dari juri profesional (Dato'  Lat, Dato' Siti, Dato' Johan Jaafar dan Saw Teong Hin)...
4. Tarikh tutup penyertaan ucapan teks, bergambar dan video adaah pada 15 Ogos 2012, manakala tarikh tutup undian pada 9 September 2012...

Ayuh mengundi di #MYsyg...

Saya sudah mengundi!

Moga2 dapat ini! (^_____^)V


P/S : Tak sabar nak mengundi untuk PRU 13... (^_____^)V


Tuesday, September 4, 2012

Oh!!! Raya Raya Raya!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Macam mana dengan raya korang? Happening? Lightening? Whitening? Pening2? Raya tahun ini agak janggal jugalah bagi saya apabila berkunjung ke rumah nenek sebelah Abah... Bagi mereka yang tidak tahu, nenek saya itu telah meninggal pada bulan Mei yang lalu akibat sakit tua...

Setiap tahun saya dan famili akan balik ke kampung di Melaka untuk beraya... Untunglah tidak perlu untuk berebut balik ke kampung Emak atau Abah sebab mereka sekampung... Jalan kaki dari rumah sebelah Emak ke rumah sebelah Abah tak sampai 10 minit...

Sebelum raya hari itu, Emak, Abah, Wani, Iwan, Fatin, Amir dan Aiman pulang ke kampung dahulu... Mereka pulang ke kampung pada hari Jumaat manakala saya dan Farah balik ke kampung pada hari Sabtu... Kenapa saya dan Farah tak balik ber-sama2 yang lain? Oh, semuanya kerana tuntutan kerja saya... Kami bercuti raya selama seminggu dan sepanjang seminggu itu kami berada di kampung... Seronoknya!

Hari raya pertama, seperti kebanyakan yang lain, kami pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid... Balik sembahyang, kami saling ber-maaf2an antara satu sama lain... Kemudian saya dan famili pergi ke rumah nenek sebelah Abah (kalau balik ke kampung memang kami akan tidur di rumah nenek sebelah Emak)... Di sana, pakcik2, makcik dan sepupu telah memenuhi ruang tamu rumah... Kemudian diadakan bacaan doa untuk arwah nenenk yang diketuai oleh sepupu saya... Lebih kurang jam 2 petang kami pulang ke rumah nenek E (sebelah Emak)... Baru hendak be-rehat, saudara mara dari Lubok China datang berziarah... Ada dalam 5 kereta kesemuanya... Memang menjadi kebiasaan mereka untuk datang pada waktu2 begini pada hari raya pertama...

Bacaan doa untuk arwah nenek A...


Hari raya kedua, kami pergi menziarahi datuk saudara iaitu abang kepada nenek E di Muar... Kebetulan hari tersebut merupakan hari ulangtahun kelahiran Emak yang ke-46 tahun... Oh, mudanya Emak! Jadi untuk permulaan, Abah belanja makan di Tesco Melaka... Hendak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan pulang sekitar jam 9 malam (betul2 selepas kami sembahyang Isya' di sebuah masjid), hujan mula turun... Dan setibanya kami di kawasan Sekolah Menengah Rahmat, tiba2 kereta rosak... Hujan memang sangat2 lebat dan kilat sabung menyabung tahap menakutkan... Lalu kami meminta pertolongan sepupu yang jarak rumahnya dari tempat kereta rosak hanya dala 3km untuk menghantar kami pulang ke rumah nenek E yang terletak kira2 7km dari tempat kejadian... Abah menunggu di kereta dan bercadang untuk membetulkan kereta tapi yang lain2 sudah pesan untuk tidak membut apa2 kerana hujan yang sangat lebat dan kilat yang sabung menyabung serta petir ber-dentum2... Dalam jam 11 malam Abah berjaya membawa pulang kereta dengan selamat...

Makan2 di Tesco Melaka...


Hari ketiga raya, kami pergi berziarah ke rumah nenek saudara yang terletak di Rembau dan Lubok China.... Ke-dua2 mereka merupakan adik kepada arwah datuk E... Bertolak pun dalam jam 3 petang, jadi memang pasti dan pasti kami akan sampai di rumah pada waktu malam... Sekali lagi... Dan Alhamdulillah, cuaca sangat  baik di mana keadaan sangat2 redup...

Gelak sakan bila pakcik tu tak percaya yang Emak dah kahwin sebab Emak nampak muda... (-_-")


Hari raya keempat kami menghantar seorang adik saya, Iwan ke Melaka Sentral keran dia mahu pulang ke Johor... Tiket bas jam 3:30 petang, tetapi bas hanya muncul pada jam 4 petang... Pekara ini betul2 membuatkan saya menyirap bandung... Selepas Iwan menaiki bas, kami menuju ke Masjid Al-Azim untuk solat Zohor dan Asar...Kemudian seperti kebiasaan pada tiap2 tahun, kami menuju ke Bandar Hilir, Melaka... Abah belanja makan KFC konon2 sempena ulangtahun kelahiran Emak... Hehe! Selesai makan, kami menuju ke rumah pakcik yang terletak di Taman Limbungan Permai... Solat Maghrib dan Isya' di surau taman perumahan dia... Dalam jam 9:30 malam, kami pulang ke rumah nenek E...

Muzium Kapal...


Hari raya kelima, duduk di rumah...

Hari raya keenam, seorang rakan sekelas saya semasa bersekolah rendah datang berziarah... Dalam jam 10 malam baru muncul bayangannya bersama isteri dan anaknya... Lama juga kami ber-bual2 dan banyak cerita yang diimbas kembali walaupun di dalam Facebook kami selalu bertegur sapa... Apa2pun, terima kasih kepada Encik Amzar kerana sudi datang ke rumah nenek saya...

Hari raya ketjuh, saya sekeluarga pulang ke Johor... Sebelum sampai Johor Bahru, kami singgah rumah sepupu saya di Kluang...

Cukuplah cerita hari raya saya kali ini... Penat tangan saya menaip, penat lagi korang nak habis membaca cerita saya ini.... Terima kasih kerana sudi membaca... Membaca jambatan ilmu... (^_____^)V


P/S : Sepanjang berjalan raya, kami singgah di 6 masjid untuk solat... Alhamdulillah... (^_____^)V