Tuesday, September 4, 2012

Oh!!! Raya Raya Raya!

Assalamualaikum semua! (^_____^)V

Macam mana dengan raya korang? Happening? Lightening? Whitening? Pening2? Raya tahun ini agak janggal jugalah bagi saya apabila berkunjung ke rumah nenek sebelah Abah... Bagi mereka yang tidak tahu, nenek saya itu telah meninggal pada bulan Mei yang lalu akibat sakit tua...

Setiap tahun saya dan famili akan balik ke kampung di Melaka untuk beraya... Untunglah tidak perlu untuk berebut balik ke kampung Emak atau Abah sebab mereka sekampung... Jalan kaki dari rumah sebelah Emak ke rumah sebelah Abah tak sampai 10 minit...

Sebelum raya hari itu, Emak, Abah, Wani, Iwan, Fatin, Amir dan Aiman pulang ke kampung dahulu... Mereka pulang ke kampung pada hari Jumaat manakala saya dan Farah balik ke kampung pada hari Sabtu... Kenapa saya dan Farah tak balik ber-sama2 yang lain? Oh, semuanya kerana tuntutan kerja saya... Kami bercuti raya selama seminggu dan sepanjang seminggu itu kami berada di kampung... Seronoknya!

Hari raya pertama, seperti kebanyakan yang lain, kami pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid... Balik sembahyang, kami saling ber-maaf2an antara satu sama lain... Kemudian saya dan famili pergi ke rumah nenek sebelah Abah (kalau balik ke kampung memang kami akan tidur di rumah nenek sebelah Emak)... Di sana, pakcik2, makcik dan sepupu telah memenuhi ruang tamu rumah... Kemudian diadakan bacaan doa untuk arwah nenenk yang diketuai oleh sepupu saya... Lebih kurang jam 2 petang kami pulang ke rumah nenek E (sebelah Emak)... Baru hendak be-rehat, saudara mara dari Lubok China datang berziarah... Ada dalam 5 kereta kesemuanya... Memang menjadi kebiasaan mereka untuk datang pada waktu2 begini pada hari raya pertama...

Bacaan doa untuk arwah nenek A...


Hari raya kedua, kami pergi menziarahi datuk saudara iaitu abang kepada nenek E di Muar... Kebetulan hari tersebut merupakan hari ulangtahun kelahiran Emak yang ke-46 tahun... Oh, mudanya Emak! Jadi untuk permulaan, Abah belanja makan di Tesco Melaka... Hendak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan pulang sekitar jam 9 malam (betul2 selepas kami sembahyang Isya' di sebuah masjid), hujan mula turun... Dan setibanya kami di kawasan Sekolah Menengah Rahmat, tiba2 kereta rosak... Hujan memang sangat2 lebat dan kilat sabung menyabung tahap menakutkan... Lalu kami meminta pertolongan sepupu yang jarak rumahnya dari tempat kereta rosak hanya dala 3km untuk menghantar kami pulang ke rumah nenek E yang terletak kira2 7km dari tempat kejadian... Abah menunggu di kereta dan bercadang untuk membetulkan kereta tapi yang lain2 sudah pesan untuk tidak membut apa2 kerana hujan yang sangat lebat dan kilat yang sabung menyabung serta petir ber-dentum2... Dalam jam 11 malam Abah berjaya membawa pulang kereta dengan selamat...

Makan2 di Tesco Melaka...


Hari ketiga raya, kami pergi berziarah ke rumah nenek saudara yang terletak di Rembau dan Lubok China.... Ke-dua2 mereka merupakan adik kepada arwah datuk E... Bertolak pun dalam jam 3 petang, jadi memang pasti dan pasti kami akan sampai di rumah pada waktu malam... Sekali lagi... Dan Alhamdulillah, cuaca sangat  baik di mana keadaan sangat2 redup...

Gelak sakan bila pakcik tu tak percaya yang Emak dah kahwin sebab Emak nampak muda... (-_-")


Hari raya keempat kami menghantar seorang adik saya, Iwan ke Melaka Sentral keran dia mahu pulang ke Johor... Tiket bas jam 3:30 petang, tetapi bas hanya muncul pada jam 4 petang... Pekara ini betul2 membuatkan saya menyirap bandung... Selepas Iwan menaiki bas, kami menuju ke Masjid Al-Azim untuk solat Zohor dan Asar...Kemudian seperti kebiasaan pada tiap2 tahun, kami menuju ke Bandar Hilir, Melaka... Abah belanja makan KFC konon2 sempena ulangtahun kelahiran Emak... Hehe! Selesai makan, kami menuju ke rumah pakcik yang terletak di Taman Limbungan Permai... Solat Maghrib dan Isya' di surau taman perumahan dia... Dalam jam 9:30 malam, kami pulang ke rumah nenek E...

Muzium Kapal...


Hari raya kelima, duduk di rumah...

Hari raya keenam, seorang rakan sekelas saya semasa bersekolah rendah datang berziarah... Dalam jam 10 malam baru muncul bayangannya bersama isteri dan anaknya... Lama juga kami ber-bual2 dan banyak cerita yang diimbas kembali walaupun di dalam Facebook kami selalu bertegur sapa... Apa2pun, terima kasih kepada Encik Amzar kerana sudi datang ke rumah nenek saya...

Hari raya ketjuh, saya sekeluarga pulang ke Johor... Sebelum sampai Johor Bahru, kami singgah rumah sepupu saya di Kluang...

Cukuplah cerita hari raya saya kali ini... Penat tangan saya menaip, penat lagi korang nak habis membaca cerita saya ini.... Terima kasih kerana sudi membaca... Membaca jambatan ilmu... (^_____^)V


P/S : Sepanjang berjalan raya, kami singgah di 6 masjid untuk solat... Alhamdulillah... (^_____^)V

No comments:

Post a Comment