Wednesday, August 29, 2012

Oh!!! Sunyi + Bosan...

Assalamualikum semua! (^_____^)V

Hari ini saya berada di dalam tahap kebosanan dan kesunyian yang terlampau (kelampauannya sama seperti VCD 'Pramugara Terlampau')... Duduk di zon ini sendirian lantaran yang lain pergi 'berbakti untuk negara'... Oh, bukan berbakti sepertyi askar pergi berperang, tetapi pergi menjalani rehearsal untuk sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini...

Jadi, untuk menghilangkan kebosanan, saya telah melantak 'buah tangan' yang dibawa oleh Kak Sha... Asam jawa bersalut gula made in Thailand... Dan untuk menghilangkan kesunyian saya, handphone tak berapa canggih saya telah dipaksa untuk memainkan lagu2 yang tersimpan di dalam memory card... Bateri tinggal 1... Nasiblah...

Tapi masalahnya sekarang, mata mulai mengantuk lantaran dari sesi memenuhkan perut baru sahaja berakhir sebentar tadi... Persoalannya, apa kaitan kenyang dengan mengantuk? Oh, kalau ada bantal, memang saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyelinap sebentar ke surau... Hehe! Tetapi, disebabkan amanh dan tanggungjawab yang telah diberi, terpaksalah saya melupakan hasrat murni tulus ikhlas saya itu...

Sekian sahaja penaipan (bukan penulisan sebab saya menaip) saya untuk kali ini setelah sekian lama belog saya dibiarkan bersawang kerana tuan punya belog beraya sakan di kampung halaman... Nantikan entri raya dari tuan punya belog...




P/S : 'Semua telah berakhir antara diriku dan dirimu' oleh Ungu... (^_____^)V

Wednesday, August 15, 2012

Oh!!! Prejudis terhadap pelajar...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Semalam, selepas menonton drama bersiri '7 Ramadan', saya masuk ke bilik untuk tidur... Di dalam bilik, adik saya sedang menyeterika baju sekolahnya... Hari ini  hari terakhir dia menghadapi peperiksaan percubaan PMR... Semasa hendak baring di katil, mata saya tertancap ke arah sebuah buku di meja komputer yang saya kira buku nota milik adik saya...

Saya : Tengok buku tu... (Sambil menunjuk ke arah buku yang dimaksudkan)

Lalu adik saya menghulurkan buku yang saya tunjuk...

Saya : Semua dapat ke buku ini?

Adik : Cikgu hanya bagi pada budak2 kelas depan je...

Saya : Habis itu, budak2 kelas belakang tak dapatlah?

Adik : Tak, sebab budak2 kelas depan je yang dapat...

Saya : Kawan2 kau ada yang kelas belakang?

Adik : Tak ada...

Kalau jawapan adik saya 'ada', saya mahu tanya sama ada kawan2nya di kelas belakang ada bertanyakan mengenai buku nota tersebut atau tidak...

Saya : Habis itu, budak2 kelas belakang dapat apa?

Adik : Tak dapat apa2...

Sebenarnya, semasa adik saya memberikan jawapan 'cikgu hanya bagi pada budak2 kelas depan je', saya berasa sebak seketika... Sebak kerana adanya sikap berat sebelah oleh para guru di sekolah adik saya... Kenapa tidak diberikan buku nota tersebut kepada semua murid secara adil dan saksama? Menjadi tugas para guru untuk mendidik kesemua pelajar yang menuntut ilmu di sekolah mereka, tidak kiralah pelajar tersebut dari kalangan mereka yang pandai ataupun tidak...



Mungkin kita tidak tahu, pelajar2 yang  kurang pandai mula timbul kesedaran di hati mereka untuk menjadi cemerlang lebih2 lagi di dalam peperiksaan besar seperti PMR dan SPM... Nampak seperti hak mereka untuk menjadi lebih pandai ada hadnya kerana terdapatnya 'halangan' untuk mereka mencapai impian mereka...

Saya pernah bertemu dengan seorang kawan Emak saya dan dia mengatakan anaknya bersekolah di sekolah A dan anaknya bukanlah dari kalangan pelajar yang pandai... Oleh itu anaknya diletakkan di kelas kedua terakhir... Tetapi apa yang menariknya, cikgu2 di sekolah tersebut amat menitikberatkan dan memberi lebih tumpuan kepada pelajar2 yang kurang pandai demi untuk menyamatarafkan tahap kepandaian para pelajarnya...

Tetapi, saya tahu bahawa tidak semua sekolah yang 'berat sebelah' terhapa para pelajarnya... Apa yang saya dapat katakan di sini, 'lain padang, lain belalang'...


P/S : Hanyalah seorang bekas pelajar yang sederhana pandai... (^_____^)V

Wednesday, August 8, 2012

Oh!!! Wordless Wednesday 2...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Cuma ingin korang renung2kan gambar di bawah... Kemudian, bolehlah muhasabah diri...



P/S : Membazir itu amalan syaitan... Tapi musykillah, bukankah pada bulan Ramadhan syaitan semua diikat? Renung2kan... (^_____^)V

Monday, August 6, 2012

Oh!!! Apabilew sayew menggewdiks!

Assalamualaikum semua!~ (^____^)V

Ari nieyh itew naks gewdik2 sikit ngan pkataan2 gewdik itew wat tatapan sume... Skali skale nak menggewdik bagai x slhkn? Bowing la asyik gnew pkataan2 skema... Itew pown adew pasaan naks gnew pkataan2 comeyl cam nieyh...

Perbualan di atas merupakan kisah benar dari seorang rakan Facebook saya... Nama dia Khai Cruise... (^_____^)V


Perghhh! Ber-peluh2 saya hendak menaip ayat2 di atas... Nampak mudah tapi susah! Haha! Hanya mereka2 yang rasakan diri mereka comel dan cantik lagi menarik dan sangat da bomb sahaja yang bisa menggunakannya... Oh ya, tolong jangan gunakan kata ganda untuk perkataan 'mereka'... Hanya Dato' Seri S Samy Vellu sahaja yang boleh menggunakannya...

Berbalik kepada ayat2 pada perenggan pertama, oh, terasa sangat berbelit2 lidah ini untuk menyebut perkataan2 tersebut... Kalau baca dalam hati, terasa hati bagai ter-belit2... Perkataan2 tersebut kebanyakannya digunakan oleh mereka2 (again???) yang belum matang a.k.a masih di bawah umur... Tapi tidak mustahil bagi mereka yang matang untuk menggunakannya...

Kalau setakat di dalam SMS, tidak mengapa... Tapi kalau sudah sampai pos ke wall Facebook, rasa macam  mahu jadi Guru Bahasa Melayu mereka je... Sabarlah, Nadiah... (Tangan di bahu, mata ke atas)...

Kepada adik2 sekalian, tolonglah hentikan menggunakan bahasa 'eww'... Terasa macam sesak nafas bila membaca apa yang adik2 semua taipkan...


P/S : Budak2 zaman sekarang perangai pelik! (^_____^)V