Wednesday, August 15, 2012

Oh!!! Prejudis terhadap pelajar...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Semalam, selepas menonton drama bersiri '7 Ramadan', saya masuk ke bilik untuk tidur... Di dalam bilik, adik saya sedang menyeterika baju sekolahnya... Hari ini  hari terakhir dia menghadapi peperiksaan percubaan PMR... Semasa hendak baring di katil, mata saya tertancap ke arah sebuah buku di meja komputer yang saya kira buku nota milik adik saya...

Saya : Tengok buku tu... (Sambil menunjuk ke arah buku yang dimaksudkan)

Lalu adik saya menghulurkan buku yang saya tunjuk...

Saya : Semua dapat ke buku ini?

Adik : Cikgu hanya bagi pada budak2 kelas depan je...

Saya : Habis itu, budak2 kelas belakang tak dapatlah?

Adik : Tak, sebab budak2 kelas depan je yang dapat...

Saya : Kawan2 kau ada yang kelas belakang?

Adik : Tak ada...

Kalau jawapan adik saya 'ada', saya mahu tanya sama ada kawan2nya di kelas belakang ada bertanyakan mengenai buku nota tersebut atau tidak...

Saya : Habis itu, budak2 kelas belakang dapat apa?

Adik : Tak dapat apa2...

Sebenarnya, semasa adik saya memberikan jawapan 'cikgu hanya bagi pada budak2 kelas depan je', saya berasa sebak seketika... Sebak kerana adanya sikap berat sebelah oleh para guru di sekolah adik saya... Kenapa tidak diberikan buku nota tersebut kepada semua murid secara adil dan saksama? Menjadi tugas para guru untuk mendidik kesemua pelajar yang menuntut ilmu di sekolah mereka, tidak kiralah pelajar tersebut dari kalangan mereka yang pandai ataupun tidak...



Mungkin kita tidak tahu, pelajar2 yang  kurang pandai mula timbul kesedaran di hati mereka untuk menjadi cemerlang lebih2 lagi di dalam peperiksaan besar seperti PMR dan SPM... Nampak seperti hak mereka untuk menjadi lebih pandai ada hadnya kerana terdapatnya 'halangan' untuk mereka mencapai impian mereka...

Saya pernah bertemu dengan seorang kawan Emak saya dan dia mengatakan anaknya bersekolah di sekolah A dan anaknya bukanlah dari kalangan pelajar yang pandai... Oleh itu anaknya diletakkan di kelas kedua terakhir... Tetapi apa yang menariknya, cikgu2 di sekolah tersebut amat menitikberatkan dan memberi lebih tumpuan kepada pelajar2 yang kurang pandai demi untuk menyamatarafkan tahap kepandaian para pelajarnya...

Tetapi, saya tahu bahawa tidak semua sekolah yang 'berat sebelah' terhapa para pelajarnya... Apa yang saya dapat katakan di sini, 'lain padang, lain belalang'...


P/S : Hanyalah seorang bekas pelajar yang sederhana pandai... (^_____^)V

No comments:

Post a Comment