Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Kenal dengan Amir? Bukan Amir Rajalawak, tetapi Amir Haris iaitu adik saya... Ok2... Tidak perlu untuk mengenalinya kerana dia bukan siapa2... Haha! Ok2, ini kisah mengenai Amir adik saya (pelajar Darjah 4 sekolah sekian2), seorang yang sangat 'memperjuangkan' Bahasa Melayu, seperti kakaknya iaitu saya...
SITUASI 1...
Pada hari Sabtu yang lepas (7 April 2012), saya dan Amir telah menonton drama bersiri 'Gol & Gincu'... Disebabkan di dalam drama tersebut banyak menggunakan Bahasa Inggeris iaitu hampir 60%, Amir telah mengajukan soalan kepada saya...
Amir : Kenapa mereka asyik guna Bahasa Inggeris?
Saya : Tak mengapalah... Belajarlah... (Tak mengapalah... Kita boleh belajar)...
Amir : Melayu kurang... (Penggunaaan Bahasa Melayu kurang di dalam drama tersebut)...
Saya : ....
SITUASI 2...
Saya, Amir dan Aiman telah menonton filem 'Cun' disalah sebuah saluran Astro pada hari Ahad (8 April 2012)... Disebabkan penggunaan loghat Kedah amat ketara di dalam filem tersebut, Amir telah mengutarakan soalan kepada saya...
Amir : Mereka cakap bahasa apa?
Saya : Kedah...
Amir : Mereka kan Melayu, gunalah Bahasa Melayu...
Saya : (Satu hari nanti Amir akan faham)...
P/S : Cintailah bahasa kita... (^_____^)V
2 comments:
hehehe, kelakar la amir
Dia memang kelakar pun... Kadang2 dia boleh menari tiba2... Haha! (^_____^)V
Post a Comment