Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Kenal dengan Aiman? Bukan Aiman pelakon Vanilla Coklat, tetapi Muhammad Aiman iaitu adik saya... Ok2... Tidak perlu untuk mengenalinya kerana dia bukan siapa2... Haha! Ok2, ini kisah mengenai Aiman adik saya (pelajar Darjah 2 sekolah sekian2), seorang yang sangat nakal dan penakut (penakut dengan saya sebab saya kakak yang garang)...
Semalam, saya telah keluar membeli-belah ber-sama2 Emak, Amir dan Aiman... Kami keluar dari rumah dalam jam 3 petang... Setelah selesai membeli barang2 keperluan di sebuah pasaraya (Pasaraya A), kami menuju pula ke pasaraya seterusnya (Pasaraya B)...
Semasa di pintu masuk Pasaraya B, seperti biasa saya akan berjalan di belakang keluarga saya (memang habit saya)... Di depan sekali, Emak berjalan sambil memimpin tangan Amir...Di depan saya pula Aiman berjalan berseorangan (Aiman berjalan di belakang Emak)... Semasa hendak memasuki pintu masuk Pasaraya B, tiba2 saya perasan sesuatu... Aiman dipimpin oleh seorang lelaki yang tidak dikenali (stranger)... Saya hanya memerhatikan sambil berjalan di belakang Aiman dan stranger tersebut...
Setelah memasuki pintu Pasaraya B, saya terus menarik tangan kanan Aiman (stranger memimpin tangan kiri Aiman), tetapi stranger tersebut terus menarik tangan Aiman supaya Aiman dapat berjalan lebih laju tanpa memandang ke belakang... Aiman hanya memandang saya dengan senyuman yang ketakutan... Melihatkan perkara itu, saya terus mencuit lengan stranger tersebut sebanyak dua kali (stranger memakai baju lengan panjang dan bertopi)...
Setelah saya mencuit lengan stranger, dia memandang saya dan memandang tangan saya yang memegang tangan kanan Aiman... Stranger senyum pada saya dan melepaskan tangan Aiman, lalu berlalu pergi... Kemudian saya nampak dia membuat panggilan...
Positive thingking : Mungkin stranger tersalah pegang tangan Aiman kerana menyangkakan Aiman 'anaknya'...
Negative thinking : Anda tahu apa yang saya fikirkan... Oh! (-_-") (Ada sebab kenapa saya berfikiran begini)...
P/S : Awasi keselamatan anak dan adik2 anda... (^_____^)V
1 comment:
ya Allah! bahayanya, nasib baik perasan. susah nak tafsir apa niat org skrg nie, dh la sejak akhir2 nie byk kes culik
Post a Comment