Thursday, April 26, 2012

Oh!!! Nama anak2 'Wawasan 2020'...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Perghhh! Susah betul hendak menyebut nama2 budak2 zaman sekarang... Selagi tidak berbelit lidah untuk menyebut dan selagi tidak cukup satu nafas untuk mnyebut dan selagi tidak cukup 3 perkataan atau lebih, memang tidak ada maknanya...

Kadang2 itu, bukannya ada maksud pun... Asalkan sedap pada bunyi dan dalam satu nama ada lima hingga enam sukukata, itulah yang akan didaftarkan di JPN... Rasa2nya nama yang didaftarkan itu, satu dalam dunia... Kalau ada yang menggunakan nama yang sama, dapatlah disimpulkan bahawa ibu atau ayah empunya nama yang sama itu telah membaca entri saya ini... Hehe!

Sebelum ini saya pernah membuat entri mengenai nama... Bolehlah baca kalau mahu... Di bawah ini saya ada printscreen beberapa nama yang saya peroleh secara 'haram' melalui laman sesawang pejabat saya... Sambil2 memasukkan data, sambil2 belek nama mereka...

Sila klik gambar untuk tumbesaran...


Sila klik gambar untuk tumbesaran...

Sila klik gambar untuk tumbesaran...

Sila klik gambar untuk tumbesaran...


Tidak kisahlah nama yang bagaimana ingin diberikan pada anak2, asalkan ianya tidak menyusahkan anak2 di kemudian hari...


P/S : Nama anak2 saya, saya tidak putuskan lagi... (^_____^)V

Thursday, April 19, 2012

Oh!!! Interview di 'Kejoraku Bersatu'!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Semalam, saya telah menghadiri satu temuduga di KEJORA yang terletak di daerah Kota Tinggi... Perjalanan dari rumah saya ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit... Jadi, seawal jam 5 pagi saya telah memaksa diri untuk bangun dari tidur supaya dapat bersiap awal, bertolak awal dan sampai awal ke tempat yang dituju... Temuduga hanya akan bermula pada jam 8 pagi...

Selepas solat Subuh, dalan jam 6:15 pagi, saya dan Abah telah bertolak ke Kota Tinggi dengan melalui lebuhraya Senai-Desaru... Mula2 sahaja boleh dipanggil lebuhraya, bila sudah lebih separuh 'lebuhraya', mula nampak lubang sana sini... Siap tar bersepah sana sini... Oh... (-_-") Ok, lupakan hal itu... Tepat jam 6:55 pagi, kami tiba di destinasi... Disebabkan masa ada lagi, saya dan Abah telah mengisi perut di stesen bas Bandar Penawar...

Selesai sarapan kami terus menuju ke pejabat Kejora yang terletak berhampiran dengan stesen bas Bandar Penawar... Semasa masuk ke dalam lobi pejabat Kejora, saya lihat ada 7 orang calon temuduga yang sudah sedia menunggu... Dan kesemuanya memegang buku nota! Wah! Semua pulun hendak dapatkan jawatan Pegawai Tadbir di situ... Tepat jam 8 pagi, kami yang seramai 8 orang diminta untuk naik ke tingkat atas pejabat Kejora... Di situ kami diminta untuk menyerahkan sijil2 original dan salinan... Tidak lama kemudian, makin ramai calon temuduga yang sampai... Ada 22 orang kesemuanya... Tetapi (ada tapinya, ok), kelmarin dan petang semalam ada lebih kurang 30 orang calon lagi... Jadi jumlah kesemua calon adalah lebih kurang 50 orang... Tetapi, (ada tetapi lagi), kekosongan jawatan hanya ada 3... Haha! Mahu tidak mahu, masing2 kenalah buat yang terbaik semasa sesi temuduga...

Sebelum temuduga bermula, pihak pengurusan telah menampal senarai nama di dinding dan kami dikehendaki bersedia semasa orang sebelum nama masing2 sedang ditemuduga kerana pihak pengurusan tidak akan memanggil nama kami... Disebabkan saya jenis malas hendak mengingat, maka saya telah berdiri dengan beraninya di hadapan kesemua calon dan berkata, "Guys, mahu tidak kalau kita duduk ikut susunan nama?". Kesemua calon lelaki dan perempuan bersetuju tetapi tiba2 seorang calon lelaki menuju ke arah saya dan berkata, "Tidak perlulah buat macam itu... Kita pangkah sahaja nama yang sudah ditemuduga...". Saya membalas, "Kalau main pangkah2, kita bukannya kenal nama masing2... Kalau duduk ikut susunan bukankah lebih senang?". Calon2 lain nampaknya bersetuju dengan cadangan saya... 'Maaf, dude... Saya menang...', kata saya di dalam hati... Hehe!

Tiba giliran saya untuk ditemuduga, perasaan berdebar makin hebat melanda jantung... Di dalam bilik temuduga, ke-empat2 panel lelaki membuat muka manis... Setelah saya duduk, maka ber-das2 tembakan soalan telah dilepaskan kepada saya... Agak berpeluh jugalah walaupun di dalam bilik tersebut suhunya lebih kurang 16 darjah celcius... 20 minit yang mendebarkan sangat membuatkan saya tidak senang duduk... Tetapi setiap soalan yang diajukan saya jawab dengan setenang dan sebernas mungkin...  Selesai temuduga, macam calon2 sebelumnya, saya menuju ke tempat duduk calon2 lain dan 'membocorkan' soalan2 yang ditanya oleh panel temuduga... Setiap calon sebelum saya melakukan perkara yang sama! Hehe!

Melangkahkan kaki keluar dari Kejora membuatkan hati saya lega se-lega2nya... Kini, hanya menunggu jawapan yang tidak berapa pasti... Doa2kanlah yang terbaik ya... (^_____^)V


P/S : Ramai pula rakan2 sepejabat yang tahu saya pergi temuduga... (^_____^)V

Monday, April 16, 2012

Oh!!! Aiman dan 'stranger'!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Kenal dengan Aiman? Bukan Aiman pelakon Vanilla Coklat, tetapi Muhammad Aiman iaitu adik saya... Ok2... Tidak perlu untuk mengenalinya kerana dia bukan siapa2... Haha! Ok2, ini kisah mengenai Aiman adik saya (pelajar Darjah 2 sekolah sekian2), seorang yang sangat nakal dan penakut (penakut dengan saya sebab saya kakak yang garang)...

Semalam, saya telah keluar membeli-belah ber-sama2 Emak, Amir dan Aiman... Kami keluar dari rumah dalam jam 3 petang... Setelah selesai membeli barang2 keperluan di sebuah pasaraya (Pasaraya A), kami menuju pula ke pasaraya seterusnya (Pasaraya B)...

Semasa di pintu masuk Pasaraya B, seperti biasa saya akan berjalan di belakang keluarga saya (memang habit saya)... Di depan sekali, Emak berjalan sambil memimpin tangan Amir...Di depan saya pula Aiman berjalan berseorangan (Aiman berjalan di belakang Emak)... Semasa hendak memasuki pintu masuk Pasaraya B, tiba2 saya perasan sesuatu... Aiman dipimpin oleh seorang lelaki yang tidak dikenali (stranger)... Saya hanya memerhatikan sambil berjalan di belakang Aiman dan stranger tersebut...

Setelah memasuki pintu Pasaraya B, saya terus menarik tangan kanan Aiman (stranger memimpin tangan kiri Aiman), tetapi stranger tersebut terus menarik tangan Aiman supaya Aiman dapat berjalan lebih laju tanpa memandang ke belakang... Aiman hanya memandang saya dengan senyuman yang ketakutan... Melihatkan perkara itu, saya terus mencuit lengan stranger tersebut sebanyak dua kali (stranger memakai baju lengan panjang dan bertopi)...

Setelah saya mencuit lengan stranger, dia memandang saya dan memandang tangan saya yang memegang tangan kanan Aiman... Stranger senyum pada saya dan melepaskan tangan Aiman, lalu berlalu pergi... Kemudian saya nampak dia membuat panggilan...

Positive thingking : Mungkin stranger tersalah pegang tangan Aiman kerana menyangkakan Aiman 'anaknya'...

Negative thinking : Anda tahu apa yang saya fikirkan... Oh! (-_-") (Ada sebab kenapa saya berfikiran begini)...


P/S : Awasi keselamatan anak dan adik2 anda... (^_____^)V

Saturday, April 14, 2012

Oh!!! Amir dan Bahasa Melayu...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Kenal dengan Amir? Bukan Amir Rajalawak, tetapi Amir Haris iaitu adik saya... Ok2... Tidak perlu untuk mengenalinya kerana dia bukan siapa2... Haha! Ok2, ini kisah mengenai Amir adik saya (pelajar Darjah 4 sekolah sekian2),  seorang yang sangat 'memperjuangkan' Bahasa Melayu, seperti kakaknya iaitu saya...

SITUASI 1...

Pada hari Sabtu yang lepas (7 April 2012), saya dan Amir telah menonton drama bersiri 'Gol & Gincu'... Disebabkan di dalam drama tersebut banyak menggunakan Bahasa Inggeris iaitu hampir 60%, Amir telah mengajukan soalan kepada saya...

Amir : Kenapa mereka asyik guna Bahasa Inggeris?

Saya : Tak mengapalah... Belajarlah... (Tak mengapalah... Kita boleh belajar)...

Amir : Melayu kurang... (Penggunaaan Bahasa Melayu kurang di dalam drama tersebut)...

Saya : ....


SITUASI 2...

Saya, Amir dan Aiman telah menonton filem 'Cun' disalah sebuah saluran Astro pada hari Ahad (8 April 2012)... Disebabkan penggunaan loghat Kedah amat ketara di dalam filem tersebut, Amir telah mengutarakan soalan kepada saya...

Amir : Mereka cakap bahasa apa?

Saya : Kedah...

Amir : Mereka kan Melayu, gunalah Bahasa Melayu...

Saya : (Satu hari nanti Amir akan faham)...


P/S : Cintailah bahasa kita... (^_____^)V

Friday, April 13, 2012

Oh!!! Berfikir gunakan akal atau perasaan???

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Kadang2 kita mendengar seseorang itu berkata, "Otak kau letak di mana? Letak di lutut???" ataupun "Cubalah guna akal sikit, jangan main bedal sahaja...". Tetapi bagaimana kalau seseorang membuat sesuatu keputusan tanpa berfikir menggunakan akal? Yang dia tahu hanya berfikir dengan perasaan...

Perasaan benci yang me-luap2 di dalam dirinya terhadap Si A telah membuatkan dia membuat keputusan yang berlandaskan perasaan benci semata sehingga menyusahkan Si A di kemudian hari... Keputusan itu nampak menyenangkan bagi pihak lain tetapi tidak bagi Si A kerana keputusan itu telah membuatkan Si A susah sehingga terpaksa meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya...

Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh Si A... Walaubagaimanapun Si A tetap memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana orang2 di sekelilingnya mengerti penderitaan yang ditanggung olehnya...

Otak kecil, akal pun kecil...


P/S : Otak besar, akal pun besar... (^_____^)V

Wednesday, April 11, 2012

Oh!!! Peristiwa 26 Disember 2004 berulang?

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Seperti yang semua sediamaklum, petang tadi kita semua dikejutkan dengan perkhabaran yang menggemparkan hampir kesemua penduduk Bumi amnya dan semua rakyat Malaysia khususnya, iaitu mengenai kejadian yang menimpa negara jiran kita, Indonesia...  Acheh sekali lagi telah menerima arahan Tsunami akibat daripada gempa bumi yang berlaku petang tadi... Gegaran yang bersaiz 8.9 pada skala Richter itu telah membuatkan penduduk di beberapa negeri di Malaysia turut merasainya...

Mengimbas kembali kejadian Tsunami yang berlaku pada 26 disember 2004, ianya telah mengorbankan lebih kurang 182 000 orang dengan kuasa gegaran 9.1 pada skala Richter... Akibat daripada gempa tersebut, Banda Acheh telah menjadi 'padang jarak padang tekukur' selama lebih daripada 10 bulan lamanya... Setelah lebih 7 tahun peristiwa itu berlalu, kini ia kembali mengusik ketenangan penduduk Banda Acheh...

Sebanyak 3 kali gegaran telah berlaku yang masing2 bermagnitud 8.9, 8.6 dan 8.2 pada skala Richter... Dan gegaran turut di rasai di beberapa negeri di Malaysia seperti Kuala Lumpur dan Selangor... Dan Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran Tsunami kepada penduduk2 yang menetap di kawasan2 pinggir pantai di kawasan pantai Barat Malaysia...

Fail:2004 Indonesia Tsunami Complete.gif


Apa2pun, diharap semua dapat mengambil langkah ber-jaga2 dan elakkan dari menghampiri kawasan pantai... Kita yang berada di kejauhan, harap2 dapat mendoakan yang terbaik untuk mereka yang terkesan akibat gempa yang berlaku... Moga apa yang berlaku tidak seteruk 7 tahun lepas...

Penduduk Acheh menyelamatkan diri masing2...


P/S : Kadang2 Allah turunkan bencana kerana rindukan suara2 hamba-Nya berdoa...

Tuesday, April 3, 2012

Oh!!! Haruslah tepati masa...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Seringkali kita mendengar ungkapan 'masa itu emas'...  Ya, bagi mereka yang tahu menghargai masa, mereka tahu betapa berharganya setiap saat yang berdetik di dalam kehidupan mereka... Se-olah2 jika satu saat dibiarkan berlalu pergi tanpa pengisian, maka hilanglah benda paling berharga di dalam hidup mereka...

Saya seorang yang sangat pentingkan masa... Jika seseorang ingin berjumpa saya pada jam 8 pagi, maka jam 6 pagi saya sudah sampai... Ok, saya tipu! Tidak adalah seawal itu saya akan terpacak di tempat yang dijanjikan...  Saya seorang yang sangat pantang jika orang itu lewat tiba di tempat yang dijanjikan seperti masa yang ditetapkan... Oleh kerana itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk tiba pada masa yang ditetapkan kerana saya amat memahami perasaan orang yang terpaksa menunggu jikalau saya lewat dari masa yang ditetapkan...

Seorang penemuduga pernah memberitahu saya semasa sesi temuduga bahawa jika seseorang menginginkan kita untuk menyiapkan sesuatu tugasan pada sekian waktu, maka kita harus menyiapkan tugasan itu 5 minit selepas arahan diberikan, kerana jika menyiapkan tugasan yang diberi tepat pada waktu yang ditetapkan, itu sudah menjadi masalah yang kritikal... Saya faham apa yang cuba disampaikan oleh beliau ketika sesi temuduga tersebut... Adakah anda juga faham?

Sejak memasuki pejabat baru, saya lebih menghargai masa dan belajar untuk lebih menepati waktu...  Waktu sarapan adalah sebelum jam 8:30 pagi dan waktu makan tengahari adalah dari jam 1 petang hingga 2 petang... Ok, mungkin ramai yang cakap itu adalah normal dan saya tidak menafikannya... Tetapi di pejabat baru banyak mengubah disiplin saya mengenai ketepatan waktu kerana Tuan Pengarah seorang yang amat menitikberatkan soal masa...

Sebagai contoh, setiap hari Khamis akan diadakan program 'Bicara Ilmu' dan setiap hari Jumaat akan diadakan program 'Membudayakan Al-Quran' dan ke-dua2 program akan bermula pada jam 8:30 pagi... Dan memang tepat jam 8:30 pagi, ke-dua2 program akan bermula... Tidak cepat dan tidak lewat walaupun seminit!

Lagi mengenai waktu DI SINI...

Gambar ihsan dari Encik Google... 


P/S : Masa Itu Emas... Jangan di-sia2kan walau sesaat... (^_____^)V

Sunday, April 1, 2012

Oh!!! Ber'husnudzon'lah dengan Allah SWT...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Kadang2, terlintas dan terdetik di minda dan hati saya persoalan2 yang mungkin se-olah2 mempertikaikan setiap apa yang telah disuratkan oleh Allah SWT untuk saya...  Kadang2, ianya bisa membuatkan airmata saya berguguran lantaran daripada dugaan dan ujian yang diterima...

"Kenapa Kau duga aku sebegini, Ya Allah?"

"Ya Allah, aku rasa sangat tidak adil dengan apa yang aku lalui sekarang ini, Ya Allah..."

"Ya Allah, kenapa ini yang aku perolehi sedangkan aku meminta yang lain dari-Mu?"

Sebagai hamba-Nya yang lemah, sememangnya hati sesiapa pun tidak kuat apabila diduga dan diuji dengan ujian2 yang ringan atau berat... Dan sebagai hamba-Nya juga, kita tidak sepatutnya 'berburuk sangka' (su'udzon) dengan Allah SWT di atas setiap dugaan dan ujian yang kita lalui...

Janganlah merintih dan meratapi setiap apa yang berlaku, tetapi berdoalah kepada Allah SWT agar dipermudahkan segalan ujian dan dugaan yang dilalui... Sesungguhnya Allah SWT memberikan kita ujian bukan tanpa sebab, kerana Allah SWT sebenarnya ingin menguji tahap ketabahan hati hamba-Nya...

Allah SWT menduga kita kerana itu merupakan salah satu cara Allah SWT menunjukkan rasa sayang pada hamba2-Nya... Allah SWT tidak mahu kita terus leka dan hanyut dengan duniawi, maka dengan itu Allah SWT menguji kita supaya kita dekat dengan-Nya, kerana ganjaran syurga yang akan kita dapat setiap kali mengingati-Nya...

Kita turut diduga dan diuji kerana Allah SWT ingin memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya... Apabila kita tidak memperoleh apa yang dihajati, jangan mempersoalkannya kerana Allah SWT sedang mengaturkan yang lebih baik dari apa yang kita pinta...

Husnudzon oleh Zaid...


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik untuk kamu... Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk untuk kamu... Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui..." (Al-Baqarah : 216)


Maka, berprasangka baiklah dengan Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT sedang mengaturkan yang terbaik untuk kita...




P/S : Terima kasih, ALLAH... (Airmata bergenang)...