Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V
Semalam, saya telah menghadiri satu temuduga di KEJORA yang terletak di daerah Kota Tinggi... Perjalanan dari rumah saya ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit... Jadi, seawal jam 5 pagi saya telah memaksa diri untuk bangun dari tidur supaya dapat bersiap awal, bertolak awal dan sampai awal ke tempat yang dituju... Temuduga hanya akan bermula pada jam 8 pagi...
Selepas solat Subuh, dalan jam 6:15 pagi, saya dan Abah telah bertolak ke Kota Tinggi dengan melalui lebuhraya Senai-Desaru... Mula2 sahaja boleh dipanggil lebuhraya, bila sudah lebih separuh 'lebuhraya', mula nampak lubang sana sini... Siap tar bersepah sana sini... Oh... (-_-") Ok, lupakan hal itu... Tepat jam 6:55 pagi, kami tiba di destinasi... Disebabkan masa ada lagi, saya dan Abah telah mengisi perut di stesen bas Bandar Penawar...
Selesai sarapan kami terus menuju ke pejabat Kejora yang terletak berhampiran dengan stesen bas Bandar Penawar... Semasa masuk ke dalam lobi pejabat Kejora, saya lihat ada 7 orang calon temuduga yang sudah sedia menunggu... Dan kesemuanya memegang buku nota! Wah! Semua pulun hendak dapatkan jawatan Pegawai Tadbir di situ... Tepat jam 8 pagi, kami yang seramai 8 orang diminta untuk naik ke tingkat atas pejabat Kejora... Di situ kami diminta untuk menyerahkan sijil2 original dan salinan... Tidak lama kemudian, makin ramai calon temuduga yang sampai... Ada 22 orang kesemuanya... Tetapi (ada tapinya, ok), kelmarin dan petang semalam ada lebih kurang 30 orang calon lagi... Jadi jumlah kesemua calon adalah lebih kurang 50 orang... Tetapi, (ada tetapi lagi), kekosongan jawatan hanya ada 3... Haha! Mahu tidak mahu, masing2 kenalah buat yang terbaik semasa sesi temuduga...
Sebelum temuduga bermula, pihak pengurusan telah menampal senarai nama di dinding dan kami dikehendaki bersedia semasa orang sebelum nama masing2 sedang ditemuduga kerana pihak pengurusan tidak akan memanggil nama kami... Disebabkan saya jenis malas hendak mengingat, maka saya telah berdiri dengan beraninya di hadapan kesemua calon dan berkata, "Guys, mahu tidak kalau kita duduk ikut susunan nama?". Kesemua calon lelaki dan perempuan bersetuju tetapi tiba2 seorang calon lelaki menuju ke arah saya dan berkata, "Tidak perlulah buat macam itu... Kita pangkah sahaja nama yang sudah ditemuduga...". Saya membalas, "Kalau main pangkah2, kita bukannya kenal nama masing2... Kalau duduk ikut susunan bukankah lebih senang?". Calon2 lain nampaknya bersetuju dengan cadangan saya... 'Maaf, dude... Saya menang...', kata saya di dalam hati... Hehe!
Tiba giliran saya untuk ditemuduga, perasaan berdebar makin hebat melanda jantung... Di dalam bilik temuduga, ke-empat2 panel lelaki membuat muka manis... Setelah saya duduk, maka ber-das2 tembakan soalan telah dilepaskan kepada saya... Agak berpeluh jugalah walaupun di dalam bilik tersebut suhunya lebih kurang 16 darjah celcius... 20 minit yang mendebarkan sangat membuatkan saya tidak senang duduk... Tetapi setiap soalan yang diajukan saya jawab dengan setenang dan sebernas mungkin... Selesai temuduga, macam calon2 sebelumnya, saya menuju ke tempat duduk calon2 lain dan 'membocorkan' soalan2 yang ditanya oleh panel temuduga... Setiap calon sebelum saya melakukan perkara yang sama! Hehe!
Melangkahkan kaki keluar dari Kejora membuatkan hati saya lega se-lega2nya... Kini, hanya menunggu jawapan yang tidak berapa pasti... Doa2kanlah yang terbaik ya... (^_____^)V
P/S : Ramai pula rakan2 sepejabat yang tahu saya pergi temuduga... (^_____^)V
All the best for u sis..semoga interview sis diterima..hehehehehe..Amin...
ReplyDeletekakak ni mmg garang... ngn org baru pun nk cari gado ka?? hehe
ReplyDeleteAinaa ---> InsyaAllah sayang.. Thanks! (^_____^)V
ReplyDeleteEcam ---> Haip! Diamlah budak kecik... Gigit kang! :p
ReplyDelete