Friday, February 3, 2012

Oh!!! Jom ikut sunnah makan Rasululllah SAW...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Barangsiapa yang mengikut sunnahku, bererti dia cinta kepadaku... Dan barangsiapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku...".

Lihatlah betapa sayangnya Rasulullah denga umatnya sehingga mengatakan sesiapa yang mengikut sunnahnya akan menyertai Baginda di syurga... Kebanyakan sunnah2 Baginda sangat mudah dan senang untuk diikuti seperti minum sambil duduk, menutup mulut semasa menguap, bersedekah dan memberikan salam kepada sesama muslim... Keuntungan yang kita akan dapat apabila mengamalkan sunnah2 Baginda adalah pahala yang berlipatganda dan keberkatan...



Sempena Maulid Nabi yang akan disambut pada hari Ahad ini (5 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H), saya ingin kongsikan sunnah2 Rasulullah SAW ketika makan...

1. Disunnahkan untuk membasuh tangan dan ber-kumur2 untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat pada tangan dan ketidakselesaan di dalam mulut...

2. Cara Rasulullah SAW duduk adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan... Maksudnya, peha dan lutut kanan ditegakkan secara berdiri, dan kita akan duduk di atas kaki kiri...

3. Membaca Basmalah dan doa sebelum makan... Ini adalah amalan yang harus dilakukan... Jika murid2 tadika boleh amalkan, mengapa tidak bagi  kita yang dewasa?

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : Ya Allah, berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka...

4. Mengambil makanan yang paling hampir dengan kita... Ini sebagai menghormati orang lain yang berada di meja makan dan supaya tidak nampak kegelojohan kita...

5. Makan dengan menggunakan tangan dan bukannya dengan sudu, garfu dan sebagainya... Pastikan anda menggunakan tangan kanan... Ada kajian membuktikan bahawa pada jari2 kita terdapat enzim (sistem pencernaan) yang 10 kali ganda lebih banyak daripada enzim yang ada di dalam air liur...

6. Se-elok2nya makan dengan menggunakan tiga jari... Kepada kaum Adam, jangan risau kerana anda tidak akan nampak seperti 'adik2' apabila menggunakan 3 jari...

7. Kunyah makanan sehingga 40 kali... Biar makanan itu dikunyah sehingga lumat... Ini dapat mengelakkan perut yang 'maju ke depan'... Dan memudahkan proses penghadaman...

8. Jangan selang selikan minum air ketika sedang makan... Se-baik2nya minum air selepas makan... Kalau hendak lebih baik, minum air selepas setengah jam selesai makan... Biar perut mencerna makanan dengan sempurna seketika...

9. Menjilat jari2 yang digunakan untuk menyuap makanan... Turutannya adalah dimulakan dengan jari hantu, jari telunjuk, ibu jari, jari kelingking dan jari manis... Ia dapat memudahkan proses pencernaan...

10. Baca doa selepas makan...

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang2 Muslim...

Rasulullah suka makan secara berjemaah... Kalau zaman sekarang disebut sebagai 'makan talam' iaitu makan di dalam dulang seramai 3 hingga 4 orang... Se-baik2nya, makanlah sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang... Rasulullah juga menggalakkan kita untuk membuat perbincangan semasa makan terutamanya dalam hal2 yang berkaitan ilmu...


P/S : Tidak susah dan tidak sukar untuk mendapatkan pahala 'percuma'... (^_____^)V

8 comments:

Anonymous said... [Reply]

nice info =) psal trutan mjilat jari tu slalu trkonfius.. tanx for de info sis =)

Gary Asip said... [Reply]

thanks untuk info ni~.. ^__^.. insyaallah nak amalkan slow2.. :)

Unknown said... [Reply]

"Se-elok2nya makan dengan menggunakan tiga jari... Kepada kaum Adam, jangan risau kerana anda tidak akan nampak seperti 'adik2' apabila menggunakan 3 jari..."

Tapi kita kena tengok juga Nabi makan apa, kita makan apa..kalau nak makan mi sup pakai 3 jari...bila nak habis?

SiS NaD said... [Reply]

Natasya ---> U're most welcome dear... Sekadar berkongsi apa yang Sis baca... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Gary Asip ---> Bagus... Moga berjaya... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Faris Adli ---> Saya mention 'se-elok2nya' sebab saya faham dengan situasi zaman sekarang yang banyak kekangan untuk kita makan menggunakan 3 jari... Kalau dapat buat, bagus, dan kalau tidak, tidak mengapa... Boleh amalkan sunnah2 ketika makan yang lain... (^_____^)V

hyemynameisrasyid said... [Reply]

salam saudari nadiah.,
saya nak share entry ini ke blog saya boleh? andai kata boleh, saya akan share., =)

salam ukhwah

SiS NaD said... [Reply]

Salam kembali... Boleh2! Silakan... Tiada halangan... Apa2pun thanks! (^_____^)V