Tuesday, January 3, 2012

Oh!!! Pelajar dan Politik...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Sekarang ini, apa yang dapat saya lihat, pelajar2 terutamanya pelajar2 di universiti (mahasiswa/i) terlalu ghairah untuk berpolitik... Politik sana, politik sini... Cuba untuk mencampuri urusan politik negara... Berpolitik sakan se-olah2 mereka serba tahu mengenai politik negara... Siap buat demonstrasi itu dan ini konon2nya untuk menegakkan keadilan... Pada pendapat saya, boleh kalau hendak berpolitik, tetapi setakat dalam kampus sahaja sudahlah... Tidak perlu untuk mencampuri urusan politik negara... Biarlah 'mereka' yang terlibat di dalam politik negara yang menguruskan... Tidak perlulah kita pandai2 untuk menyelesaikannya... Berikan tumpuan pada pelajaran sudahlah...

Tidak salah jika hendak berpolitik, tapi ada caranya... Iaitu dengan membuang undi (kerana mereka sudah layak untuk membuang undi)... Kalau mereka mencampuri urusan politik negara ini, kebanyakan mereka terlalu mengikutkan emosi... Biasalah, darah mudalah katakan... Terlalu mengikutkan perasaan dan kadang2 itu, bukannya apapun... Kerana ter-ikut2 dengan kawan2... Semua ini hanyan buang masa sahaja... Bukankah bagus kalau masa2 berpolitik (seperti demonstrasi) itu diisi dengan mencari2 ilmu bermanfaat untuk menambah pengetahuan? Kalau hendak diikutkan, banyak lagi yang perlu mahasiswa/i fikirkan sepanjang berada di universiti selain daripada berpolitik...

Saya pernah menjadi mahasiswa/i universiti dan saya belajar mengenai politik (major), tetapi saya tidak terlalu 'mengambil berat' mengenai politik negara... Bagi saya, mahasiswa/i tidak perlulah terlalu ambil peduli sangat dengan keadaan politik negara... Apa yang mereka perlu pedulikan adalah pelajaran mereka... Kalau terlibat dalam politik, pelajaran entah ke mana, pointer entah ke mana... Kalau ingin melibatkan diri di dalam politik negara, sabarlah... Habiskan dahulu pengajian yang mungkin mengambil masa 3 hingga 5 tahun... Kemudian, kalau hendak sertai politik bagai, silakanlah... Tiada yang menghalang... Dan tiada tindakan yang akan diambil...

Dibawah ini merupakan pandangan Tun Mahathir mengenai pelajar2 yang suka sangat berpolitik... Pandangan yang sanagt telus daripada beliau... Saya setuju dengan apa yang diperkatakan beliau...

Anti Auku : Mahasiswa Melayu sahaja yang ghairah berpolitik from YouTube...


P/S : Teruja setiap kali pilihanraya kampus diadakan... (^_____^)V

6 comments:

♥Lady Ainaa♥ said... [Reply]

tau xpew.... belajarlah dulu, xpayah nk sibok2 dgn politik ni...diri tak lepas lg, nak buat bende yg kita xtahu sgt...masyaAllah..semoga kita bkan sedemikian..Amin

J.Syazwana said... [Reply]

betul tuh.
lepas tuh suka berpolitik dekat fesbuk.
maki sana maki sini.
ntah pape je.
huhu

Nuyue Jannah Bt Muhammad said... [Reply]

setuju nad, kite yang 3 tahun duk jadi dak INTAFF ni pun tade la Over gitu rupe. BerpOlitik biar la kne pd gayenye, belajar dulu sampai abes. Jgn berpOlitik dada kosong ilmu. xde Org nk pandang pun., kne cemuh ade la

SiS NaD said... [Reply]

Ainaa ---? Betul tu... Tapi biasalah bila darah muda... Nak tunjuk hebat je... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Syazwana ---> Kan... Entah pape je... Naik muak dengan semua tu... (-_-")

SiS NaD said... [Reply]

Jannah ---> Kan3... Haish! Tak faham dengan budak2 sekarang.. Makin lama makin 'advance'... (-_-")