Friday, January 27, 2012

Oh!!! Bercinta menurut Islam...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Apa khabar semua? Wah! Tidak pernah2 saya bertanya khabar korang, hari ini tergerak hati nak bertanya... Harap2 anda semua sihat walafiat... Hari ini saya nak jadi Ustazah Nadiah... Baiklah, hari ini Ustazah ingin huraikan mengenai cinta menurut Islam... Ya, Ustazah tahu ramai anak2 muda di luar sana yang sedang dilamun cinta mabuk asmara, tapi adakah cara percintaan kita itu di dalam landasan yang betul? (Cuba anda bayangkan saya bercakap ala2 Ustazah Siti Norbahiyah)...

Di dalam Al-Quran, surah An-Nur pada ayat 30 hingga 31 ada mengatakan bahawa kaum lelaki dan kaum wanita Islam diperintahkan untuk menutup pandangan dari perkara2 maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan shaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita...

Perasaan cinta itu sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada diri manusia... Mereka cinta kepada ayah dan ibu, anak, sahabat handai dan lain2... Islam tidak pernah melarang kita untuk cinta ini, cuma yang Islam tekankan adalah teknik bercinta itu sendiri... Jika cinta seseorang kepada ibu bapa melebihi cinta kepada Allah dan rasul-NYA, jelas perbuatan itu adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan nas Al-Quran...

Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak susah seperti andaian sesetengah pihak... Apabila hati seorang lelaki berkenan kepada seseorang gadis, hendaklah dia menunaikan solat hajat atau solat sunat istikharah... Setelah keputusannya bulat dan tetap kepada gadis tersebut, hendaklah dia meminang gadis itu melalui ibu bapanya atau secara terus kepada gadis terbabit, seterusnya melangsungkan perkahwinan...

Setelah berkahwin, bolehlah si lelaki tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang diinginkan kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah SWT dan syarak... Inilah satu2nya cara bercnta di dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku pada zaman sekarang; bercinta ber-tahun2 sehingga berlaku perkara mungkar dan maksiat dan seterusnya menjadi masalah kepada negara...

Gambar ihsan dari Encik Google... (^_____^)V


Persoalan di sini, ada atau tidak anak2 zaman sekarang yang mampu untuk bercinta mengikut cara Islam? Jika soalan tersebut diajukan pada saya, jawapan saya adalah seperti anak muda di luar sana... Bagi saya, pada zaman sekarang, tiada istilah bercinta selepas kahwin kecuali jika seseorang itu disuruh kahwin paksa... Itu hanya pendapat saya... Apa2pun, 'tepuk dada, tanya iman'... (^_____^)V


P/S : Emak telah mencadangkan untuk mencarikan saya pasangan hidup! "Terima kasih sahajalah, Emak..." (^_____^")V

Sunday, January 22, 2012

Oh!!! Bersangka baiklah sesama insan...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Bersangka baik atau berfikiran positif merupakan perkara yang sama... Pernahkah anda bersangka baik terhadap sesuatu perkara yang berlaku?

Jadi, marilah kita ber'husnudzon' (bersangka baik) sesama insan...



Orang yang suka beribadah disangka riak...
Orang yang bersenang lenang disangka malas...
Orang yang pakai baju baru disangka cuba me-nunjuk2...
Orang yang memakai baju buruk disangka hina...
Orang yang makan banyak disangka pelahap...
Orang yang makan sedikit disangka ikat perut...
Orang yang suka senyum disangka mengejek...
Orang yang masam disangka merajuk...
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat...
Orang yang diam disangka menyendiri...
Orang yang nampak menawan disangka memakai susuk...
Orang yang nampak ceria disangka membela...

Mana kita tahu... Yang suka beribadah itu kerana menyesali akan kejahilannya...
Mana kita tahu... Yang bersenang lenang itu kerana sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT...
Mana kita tahu... Yang memakai baju baru itu kerana ianya pemberian orang...
Mana kita tahu... Yang memakai baju lusuh itu kerana dia bersederhana...
Mana kita tahu... Yang makan banyak itu kerana tidak mahu membazir...
Mana kita tahu... Yang makan sedikit itu kerana berdiet...
Mana kita tahu... Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah...
Mana kita tahu... Yang masam itu kerana ada permasalahan yang ditanggung...
Mana kita tahu... Yang bermuzakarah itu cuba untuk menyeru ke arah kebaikan...
Mana kita tahu... Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah SWT...
Mana kita tahu... Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya...
Mana kita tahu... Yang ceria itu kerana cergas dan cerdas...

Usah memandang sesuatu itu dari sudut yang negatif sahaja tapi cubalah untuk memandang ia melalui sudut positif...


P/S : Sumber dari SINI dan diolah sedikit oleh saya... (^_____^)V

Tuesday, January 17, 2012

Oh!!! Diam...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Diam... Itu yang selalu berlaku pada saya... Sejak akhir2 ini saya lebih banyak mendiamkan diri... Lebih gemar memendam kata2 daripada meluahkannya... Seringkali saya membina kata2 di dalam hati, dengan alasan konon2nya tidak mahu tersalah cakap dan supaya ayat yang bakal dilontarkan penuh tersusun dan berhemah... Dan sejurus selepas bermonolog di dalam hati, saya lebih rela membiarkan kata2 yang dibina itu berlalu pergi begitu sahaja... Dan akhirnya, diam... Diam tanpa sebarang kata2...

Gambar ihsan dari Encik Google... (^_____^)V

Kadang2 bila hendak menegur adik2 dengan emosi marah yang mem-buak2, kata2 akan dibina di dalam hati, kemudian saya akan biarkannya berlalu pergi... Tanpa sempat saya luahkan kemarahan tersebut... Begitu juga bila berdepan dengan rakan2... Apa yang ingin diucapkan tidak terluahkan... Lebih suka berdiam... Bukan benda yang buruk pun yang ingin diluahkan, tapi perkara2 berilmu... Bukan sekali dua, tapi sudah ber-kali2 kuasa dua...

Ada benarnya kata2 'diam itu lebih baik daripada ber-kata2'... Tapi perlulah kena pada tempatnya... Jika kata2 yang akan diluahkan itu lebih kepada tujuan untuk menyakitkan hati, lebih baik kita berdiam diri... Daripada kita mengumpul dosa yang telah sedia banyak... Dan jika kata2 yang ingin diucapkan itu bermanfaat, lebih baik dilontarkan...

Dan kini, saya lebih suka berdiam... Kunci mulut... Kelukan lidah... Pendam kata2... Saya sudah terbiasa begini... Biarkan jari jemari saya sahaja yang meluahkan isi hati perut berulam jantung...


P/S : Kadang2 apabila memendam perasaan terhadap seseorang, resah hati dibuatnya... (^_____^)V

Sunday, January 15, 2012

Oh!!! Spend time for reading his blog!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Saya baru sahaja menghabiskan masa saya dengan menelaah blog seorang kawan yang tidak pernah saya jumpa... Kami berkenalan pada tahun 2007 di laman berbual Celcom... Saya baca daripada entry yang terbaru hingga ke entry yang pertama... Dan sekarang nampaknya mata saya semakin lebam setelah dua hari tidur lambat...

Saya tersentuh tatkala membaca kesemua entry yang terdapat di blog dia, kerana saya tidak sangka bahawa seorang lelaki sanggup mengalirkan airmata jantannya demi wanita yang dicintai... Ya, saya tahu dia sangat2 mencintai bekas kekasih dia, yang juga saya kenal setelah diperkenalkan oleh dia...

Tetapi kini kawan saya itu telah pun berumahtangga pada bulan Disember 2011... Dia ada menceritakan kepada saya mengenai wanita yang dia kahwini itu beberapa hari sebelum mereka diijabkabulkan... Apa2pun saya  harap dia akan memperoleh kebahagiaan yang kekal abadi...


"Salam Chichi...


I've read your blog and i spent almost 1 hour plus2 to read all your older posts... Sanggup walaupun sekarang dah pukul 2 pagi... Juz want to know about your real life... I am such a busybody person kan? Haha! Whatever it is, just be strong and wish you will  live happily ever after... With someone that you love... (^_____^)V"


P/S : Hidup tidak selalu yang seperti kita harapkan...

Friday, January 13, 2012

Oh!!! Ingatlah 5 perkara...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Masih ingatkah anda pada 5 perkara? 5 perkara yang perlu diingat sebelum berlakunya 5 perkara yang mendatang. Dalam Islam telah ditekankan 5 perkara tersebut sebagai peringatan kepada kita yang sentiasa lalai dan alpa di dalam mengejar duniawi...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara... Pertama : masa sihat sebelum sakit... Kedua : masa kaya sebelum datangnya miskin... Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sempit (sibuk)... Keempat : masa mudamu sebelum datang masa tua  . Kelima : masa hidup sebelum tiba masa mati..." (Riwayat Al-Hakim da Al-Baihaqi).

Di sini, dapatlah diringkaskan bahawa 5 perkara tersebut (seperti yang terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW) adalah :
1 . Sihat sebelum sakit...
2 . Kaya sebelum miskin...
3 . Lapang sebelum sempit...
4 . Muda sebelum tua...
5 . Hidup sebelum mati...

Gambar ihsan dari Encik Mixterr...

Kita perlu memanfaatkan 5 masa yang sebelum dengan aktiviti berfaedah dan melakukan banyak amal jariah agar semasa kita didatangi 5 masa selepas kita tidak akan menyesal...

Semasa sihat kita perlu perbanyakkkan amal ibadah seperti berjaga di waktu malam untuk melakukan solat sunat Tahajjud kerana semasa sakit tidak mungkin kita mampu untuk berjaga di tengah malam...

Semasa kaya, perbanyakkanlah sedekah dan amal jariah kerana rezeki yang kita perolehi itu datangnya daripada Allah SWT... Dan kita sebagai hamba-Nya sepatutnya bijak menggunakan segala nikmat yang diberikan oleh-Nya...

Semasa lapang pula, luangkanlah masa dengan aktiviti2 bermanfaat ber-sama2 keluarga dan perbanyakkan melakukan perkara2 sunat kerana apabila sudah mulai sibuk dengan urusan duniawi, perkara itu semua kita akan tolak ke tepi... Tumpuan hanya pada urusan duniawi sahaja...

Semasa muda, kita sentiasa leka dan lagha dengan hiburan duniawai... Budaya hedonisme se-olah2 wajib bagi golongan2 muda... Seringkali kita mendengar ayat, "Dah tua nanti aku berhentilah / bertaubat." Ini adalah sesuatu yang salah... Semasa mudalah kita merebut peluang untuk mencari keredhaan Allah kerana belum tentu lagi kita akan hidup pada keesokan hari...

Selagi masih hidup, masih muda, masih kuat, masih sihat, masih berkemampuan, lakukanlah seberapa banyak amal ibadah dan jariah... Kerana jika Allah menginginkan sesuatu itu berlaku pada kita, maka akan berlakulah... Kun fayakun... Beringatlah sebelum terkena...

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian... Melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh...  Dan yang ber-pesan kepada kebenaran dan kesabaran..." (Surah Al-Asr : 1 - 3) 


P/S : Kita hanyalah hamba-Nya yang sering lalai...

Thursday, January 12, 2012

Oh!!! Buku di mana2!

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Seperti yang anda dapat baca pada tajuk di atas, ya (!), buku memang ada di mana2 sudut di dalam bilik saya... Ini kerana saya dan adik2 yang kaki membaca... Saya lebih kepada buku2 motivasi, Farah lebih kepada keagamaan, Wani dan Fatin lebih novel dan Amir lebih kepada komik...

Di bawah ini adalah katil Wani... Tengok sahajalah buku2 yang berlambak di atas katil dia... Kebanyakan novel yang dia beli mesti tajuk tahap jiwang karat... Haha! Tetapi, yang saya paling tidak faham, majalah2 K-Pop pun boleh ada! Ada apa dengan K-Pop??? (Luahan rasa seorang anti K-Pop!)



Di bawah ini pula katil Fatin... Nampak tersusun buku2 di atas katil dia... Dia hanya akan membaca pada waktu malam iaitu sebelum tidur.. Untuk pengetahuan semua, dia juga sedang dalam usaha menghasilkan novel remaja... Oh... (-_-)



Ini pula katil sementara saya a.k.a katil Farah... Disebabkan Farah masih lagi berjuang dengan final exam, maka dengan kuasa veto yang ada pada saya, saya 'menumpang' di katil dia sementara dia belum tamat peperiksaan di USIM... Sekarang saya cuba menghabiskan buku 'Tuesdays with Morrie' yang sudah hampir  4 hari saya telaah dan diselang selikan dengan buku panduan solat2 sunat...



Ok, di bawah ini baru betul2 katil saya... Saya akan 'berpindah' ke katil saya semula apabila Farah pulang ke rumah... Dan saya berniat untuk membaca ke-dua2 buku motivasi itu apabila saya 'pulang' semula ke katil saya... Oleh kerana itu, saya wajib menghabiskan novel motivasi 'Tuesdays With Morrie' sebelum Farah pulang ke rumah... Ada faham???



Di bawah ini pula adalah buku2 yang terdapat di sebelah katil saya... Ada lebih kurang 4 buah novel dan buku motivasi yang masih tersampul cantik di dalam plastik walaupun saya membeli pada pertengahan tahun lepas! Di bawah komik 'Lawak Kampus' itu adalah majalah 'Solusi' yang telah menjadi majalah kegemaran saya pada masa ini... Buku motivasi 'Beduk Diketuk' itu adalah kompilasi dari satu segmen di dalam majalah 'Solusi'... Masih di dalam sampul plastik lagi! (^_____^)V



Saya amat meminati karya Zint, maka dengan itu saya mengumpul novel2 grafik  yang dihasilkan oleh beliau... Dan saya juga menyukai buku2 motivasi dan novel2 Islamik... Novel 'Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha' masih lagi bersampul walaupun saya membelinya pada awal tahun lepas! (-_-) 'Kisah Cinta di dalam Al-Quran' juga masih berbalut tetapi ia adalah kepunyaan Farah... :p



P/S : Ada lebih kurang 1000 buah buku & novel di dalam koleksi kami... Ok, saya tipu! (^_____^)V

Tuesday, January 10, 2012

Oh!!! Apabila berbuat baik dibalas dengan...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Pernahkah anda berbuat baik kepada seseorang? Walaupun anda tidak mengenali orang itu? Saya pasti dan yakin jawapan anda adalah 'Ya!' walaupun baru sekali anda melakukannya... Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku seterusnya? Adakah perbuatan baik yang anda lakukan akan terbalas? Jangan terlalu mengharapkan balasan tetapi fikirlah apa yang akan dilakukan oleh orang yang telah anda berikan kebaikan (pertolongan)... Terlalu banyak pahalanya...

"Kebaikan itu banyak, tetapi pengamalnya (yang melaksanakannya) sedikit..." (Hadis riwayat Abu Hanifah).

"Sesungguhnya Allah SWT tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar..." (Surah An-Nisa' : 40)

Dari Jabir Bin Abdullah R.A, Rasulullah SAW bersabda : "Semua perbuatan baik adalah sedekah..." (Riwayat Al-Bukhari).

Di bawah ini saya ada kongsikan satu videoclip mengenai pertolongan2 yang telah dilakukan oleh mereka yang berhati mulia... Sangat terharu dengan apa yang mereka lakukan... Dan lihatlah apa yang berlaku seterusnya...



P/S : Sentiasalah berbuat baik sesama insan tanpa mengharapkan apa2 balasan... (^_____^)V

Monday, January 9, 2012

Oh!!! Baik salah, jahat pun salah...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Macam2 perangai manusia yang boleh kita lihat di dunia ini... Ada yang baik, ada yang kurang baik... Mana yang baik, kita jadikan sebagai ikutan dan mana yang tidak, kita jadikan sempadan... Tetapi sudah lumrah manusia agaknya, sering mempersoalkan akan tindak tanduk insan lain hatta apa yang dilakukan oleh insan yang lain itu adalah sesuatu yang mulia...

Inilah salah satu sikap yang kurang enak yang sememangnya berlaku di dalam masyarakat kita... Jika berbuat jahat, sudah tentu2 secara terang2an akan dipersoalkan dan dipertikaikan, tetapi yang berbuat baik juga turut dipersoalkan tindakannya itu... Adakah salah apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang baik? Sebagai contoh, jika seseorang itu bersedekah, dikatakan sebagai me-nunjuk2...



Mentaliti masyarakat kita memang susah untuk diubah... Apabila ada yang berbuat baik, dikatakannya bahawa si pembuat baik itu cuba untuk membodek... Tidak cukup dengan itu, ditambahkannya dengan cerita2 yang membawa kepada fitnah atau di dalam bahasa politik disebut sebagai propaganda...

Oh, masyarakat kita mudah sangat untuk menilai dan mengulas setiap apa yang dilakukan oleh orang lain... Ala2 pengulas sukan yang berkaliber, cemerlang, gemilang lagi terbilang! Apa2pun, janganlah kita dengan senang cuba untuk menilai setiap apa yang orang sekeliling lakukan... Jika apa yang dilakukan itu adalah salah, tergurlah dengan berhemah... Dan jika apa yang dilakukan itu adalah sesuatu yang baik, usahlah mempertikaikannya...

Apa2pun, majulah sukan untuk negara! Hidup 1 Malaysia! (^_____^)V


P/S : Malaysia, oh tanah airku... (Tiba2)... (^_____^)V

Tuesday, January 3, 2012

Oh!!! Pelajar dan Politik...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Sekarang ini, apa yang dapat saya lihat, pelajar2 terutamanya pelajar2 di universiti (mahasiswa/i) terlalu ghairah untuk berpolitik... Politik sana, politik sini... Cuba untuk mencampuri urusan politik negara... Berpolitik sakan se-olah2 mereka serba tahu mengenai politik negara... Siap buat demonstrasi itu dan ini konon2nya untuk menegakkan keadilan... Pada pendapat saya, boleh kalau hendak berpolitik, tetapi setakat dalam kampus sahaja sudahlah... Tidak perlu untuk mencampuri urusan politik negara... Biarlah 'mereka' yang terlibat di dalam politik negara yang menguruskan... Tidak perlulah kita pandai2 untuk menyelesaikannya... Berikan tumpuan pada pelajaran sudahlah...

Tidak salah jika hendak berpolitik, tapi ada caranya... Iaitu dengan membuang undi (kerana mereka sudah layak untuk membuang undi)... Kalau mereka mencampuri urusan politik negara ini, kebanyakan mereka terlalu mengikutkan emosi... Biasalah, darah mudalah katakan... Terlalu mengikutkan perasaan dan kadang2 itu, bukannya apapun... Kerana ter-ikut2 dengan kawan2... Semua ini hanyan buang masa sahaja... Bukankah bagus kalau masa2 berpolitik (seperti demonstrasi) itu diisi dengan mencari2 ilmu bermanfaat untuk menambah pengetahuan? Kalau hendak diikutkan, banyak lagi yang perlu mahasiswa/i fikirkan sepanjang berada di universiti selain daripada berpolitik...

Saya pernah menjadi mahasiswa/i universiti dan saya belajar mengenai politik (major), tetapi saya tidak terlalu 'mengambil berat' mengenai politik negara... Bagi saya, mahasiswa/i tidak perlulah terlalu ambil peduli sangat dengan keadaan politik negara... Apa yang mereka perlu pedulikan adalah pelajaran mereka... Kalau terlibat dalam politik, pelajaran entah ke mana, pointer entah ke mana... Kalau ingin melibatkan diri di dalam politik negara, sabarlah... Habiskan dahulu pengajian yang mungkin mengambil masa 3 hingga 5 tahun... Kemudian, kalau hendak sertai politik bagai, silakanlah... Tiada yang menghalang... Dan tiada tindakan yang akan diambil...

Dibawah ini merupakan pandangan Tun Mahathir mengenai pelajar2 yang suka sangat berpolitik... Pandangan yang sanagt telus daripada beliau... Saya setuju dengan apa yang diperkatakan beliau...

Anti Auku : Mahasiswa Melayu sahaja yang ghairah berpolitik from YouTube...


P/S : Teruja setiap kali pilihanraya kampus diadakan... (^_____^)V