Diam... Itu yang selalu berlaku pada saya... Sejak akhir2 ini saya lebih banyak mendiamkan diri... Lebih gemar memendam kata2 daripada meluahkannya... Seringkali saya membina kata2 di dalam hati, dengan alasan konon2nya tidak mahu tersalah cakap dan supaya ayat yang bakal dilontarkan penuh tersusun dan berhemah... Dan sejurus selepas bermonolog di dalam hati, saya lebih rela membiarkan kata2 yang dibina itu berlalu pergi begitu sahaja... Dan akhirnya, diam... Diam tanpa sebarang kata2...
Gambar ihsan dari Encik Google... (^_____^)V
Kadang2 bila hendak menegur adik2 dengan emosi marah yang mem-buak2, kata2 akan dibina di dalam hati, kemudian saya akan biarkannya berlalu pergi... Tanpa sempat saya luahkan kemarahan tersebut... Begitu juga bila berdepan dengan rakan2... Apa yang ingin diucapkan tidak terluahkan... Lebih suka berdiam... Bukan benda yang buruk pun yang ingin diluahkan, tapi perkara2 berilmu... Bukan sekali dua, tapi sudah ber-kali2 kuasa dua...
Ada benarnya kata2 'diam itu lebih baik daripada ber-kata2'... Tapi perlulah kena pada tempatnya... Jika kata2 yang akan diluahkan itu lebih kepada tujuan untuk menyakitkan hati, lebih baik kita berdiam diri... Daripada kita mengumpul dosa yang telah sedia banyak... Dan jika kata2 yang ingin diucapkan itu bermanfaat, lebih baik dilontarkan...
Dan kini, saya lebih suka berdiam... Kunci mulut... Kelukan lidah... Pendam kata2... Saya sudah terbiasa begini... Biarkan jari jemari saya sahaja yang meluahkan isi hati perut berulam jantung...
P/S : Kadang2 apabila memendam perasaan terhadap seseorang, resah hati dibuatnya... (^_____^)V
Betul betul. Zima kadang kadang bengang sangat tapi bila dah berdepan tak terluah kebengangan tu. Malas nak panjang cerita :)
ReplyDeletekadang-kadang kena lepaskan jugak apa yang terbuku di hati..banyak caranya nak melepaskan rasa..salah satunya menangis lah.. =)
ReplyDeletela tahzan, my fren!
engtri yang baik. setuju. diam itu juga dapatmengurangkan dusta.. slam kenal. jmput isnggah blog, bc BURUNG BIRU SI PEMALU
ReplyDeleteCik Ziema ---> Tak apa... Luahkan di 'Zon Bengang' Hot.fm... Hehe! Tapi sakit juga kalau pendamkan... (^_____^)V
ReplyDeleteKemn ---> Betul tu... Kadang2 dengan menangis, semua yang terbuku akan hilang sedikit... 'Menangislah kerana ia kelebihana manusia' bak kata sahabat saya... (^_____^)V
ReplyDeleteRaziq ---> Yup, diam itu bagus... Banyakkan senyuman... Salam perkenalan... (^_____^)V
ReplyDelete