Thursday, September 29, 2011

Oh!!!~ Saya tak hafaz surah itu!~

Assalamualaikum semua!~

Tiba2 teringat kenangan semasa zaman hingusan... Tetapi saya bukan seorang yang kuat berhingus!~ Saya pun tak tahu kenapa orang akan cakap zaman kanak2 adalah zaman hingusan... Ok2, berhenti bermukadimah... Sebenarnya sudah lama saya ingin hasilkan entry ini, tapi asyik bertangguh... Oh, bertangguh lagi!~

Seingat saya, peristiwa yang akan saya ceritakan ini berlaku ketika saya berumur 6 tahun... Ya!~ Masih lagi bersekolah tadika... Dan ianya berlaku di kuarters Imigresen, Taman Imigresen, Johor Bahru... Pada hari Sabtu yang hening, dengan angin bertiup sepoi2 bahasa bak ikan kaloi sedang bermain kejar mengejar di tali air, telah diadakan satu pertandingan musabaqah Al-Quran peringkat anak2 Imigeresen... Dan Abah telah mendaftarkan nama saya sebagai salah seorang calon hingusan untuk musabaqah tersebut...

Kebetulan pada hari berlangsungnya pertandingan musabaqah itu, Abah kerja pagi... Oleh itu, Abah tidak dapat melihat anaknya ini bermusabaqah dengan hebatnya di hadapan orang ramai... Maka, sebelum Abah bergerak ke tempat kerjanya, Abah telah meninggalkan satu pesanan dan amanat yang amat penting kepada saya... "Nanti baca surah Al-Fatihah, Al-Falaq dan An-Nas... Abah daftarkan surah2 tu untuk Nadiah baca...". Untuk pengetahuan semua, setiap peserta wajib membaca 3 surah yang dipilih ikut citarasa masing2...

Apabila tiba saat dan ketikanya untuk saya memperdengarkan bacaan saya yang sesungguhnya sangat tidak sedap dan tunggang terbalik, saya berjalan menuju ke hadapan mikrofon dan bersila... Dan sesungguhnya saya tidak mengikut amanat yang Abah berikan... Nak tahu kenapa? Sebab saya baca surah Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas... Opsss!~ Kenapa saya tak baca surah Al-Falaq? Kerana saya tidak menghafaz surah tersebut!~ Entah kenapa, bagi saya surah itu terlalu sukar untuk saya hafaz... Sehingga ke besar, surah tersebut tidak pernah menjadi surah pilihan ketika saya menunaikan solat... Kerana saya masih tidak menghafaznya!~

Dan ketika saya belajar di Matrik baru saya dapat menghafaz surah Al-Falaq dengan jayanya... Terasa betapa jahilnya diri saya ketika itu... Tetapi, apa2pun sekarang surah Al-Falaq merupakan surah yang sering menjadi surah pilihan ketika saya menunaikan solat...

Comelnya saya!~ (^____^)V


P/S : Bila Abah balik kerja, Abah tanya saya baca surah apa... Saya jawab, "Al-Fartihah, An-Nas dan Al-Ikhlas...". Abah tanya kenapa saya tak baca surah Al-Falaq... Saya jawab saya tak hafaz surah tu... Abah senyum je... (^_____^)V

No comments: