Monday, September 19, 2011

Oh!!!~ Jemputan online dianggap tidak sopan?

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Saya pasti dan pasti ramai anda2 di luar sana yang sering menerima jemputan secara online... Tidak kiralah jemputan kahwin ke, jemputan majlis hari lahir ke, jemputan cukur jambul / akikah anak ke, jemputan majlis berkhatan ke dan sebagainya... Cara anda dijemput juga mungkin berbeza... Ada yang dijemput secara 'tagging' di mana anda di-tag di dalam gambar kad kahwin dll tuan punya majlis, ataupun anda dijemput melalui event... Oh ya, lupa pula... Di sini saya memfokuskan kepada jemputan yang diterima melalui laman sesawang 'Cinta Muka Buku' ya...

Di sini ada kebaikan dan keburukan jemputan secara maya... Saya nak mulakan dengan keburukan yang tidak berapa nak buruk sebenarnya... Sebenarnya tidak buruk pun, saya nak betulkan ayat saya sebab macam tak betul pula ayat saya tu... Bukan kebaikan dan keburukan, tetapi kesan positif dan negatif... Arghhh!~ Pandai2lah korang terjemahkan sendiri...

Apa yang negatif melalui jemputan online adalah, tuan punya majlis akan dianggap kurang sopan atau dengan erti kata lain, tidak beradab... Kita sebagai penduduk Malaysia telah ditanam dengan nilai2 murni... Jadi tidak salah untuk menjemput rakan2 atau saudara mara ke majlis yang akan diadakan dengan cara berhemah iaitu dengan mengirimkan kad, sama ada melalui pos atau bersemuka... Bukankah itu lebih beradab?

Sejak jemputan online mula 'menapak' di laman sesawang 'Cinta Muka Buku', cara tradisi di dalam menjemput kenalan ke majlis seakan makin dilupakan... Mungkin nilai2 tradisi ini akan terhakis sedikit demi sedikit dengan penggunaan jemputan online yang berleluasa... Harap2 jemputan secara tradisi tidak 'mati' begitu sahaja...

Dari sudut positif pula, jemputan online ini amat menjimatkan masa, wang ringgit dan keringat jantan... Bagaimana? Hanya dengan duduk di depan komputer / laptop / notebook / netbook / iPhone dll, hanya create event, dan publish!~ Semudah 1, 2, 3 Doremi, apa nak jadi, Alif Ba Ta A B C... Tak perlu pening2 kepala nak bajet duit untuk kos kad jemputan dan tak perlu risau2 kalau ada yang tidak terjemput... Kalau di 'Muka Buku', rakan2 yang kita tak pernah bertegur sapa pun akan turut menerima jemputan tersebut (kalau mereka tersenarai di dalam friend's list la)...

Hanya tetapkan tarikh, jenis majlis, alamat majlis diadakan dan siapa yang ingin dijemput... 


Mungkin ada segelintir mereka yang tidak kisah pun untuk  menerima jemputan online, kerana kegilaan mereka 'bercinta' dengan 'Muka Buku' selama ber-jam2 akan membuatkan mereka alert dengan event2 yang akan berlangsung... Bagaimana? Dengan adanya 'Upcoming Events'...

'Upcoming Events' amat membantu... Itupun kalau korang online tiap2 hari dan ALERT!~ 


Jemputan online se-olah2 telah menjadi trend zaman sekarang... Yang tua dan yang muda sama2 memanfaatkannya... Apa2pun, yang tradisi jangan dilupakan... Bak kata orang2 tua, 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'... Renung2kan dan selamat beramal... (^_____^)V


P/S : Tidak salah untuk memanfaatkan teknologi, tapi biarlah ber-pada2... (^_____^)V

6 comments:

Unknown said... [Reply]

only applicable in non-family invitation.

adwafarahin said... [Reply]

online lebih mudah dan pantas

ikut arus zaman :P

Botak said... [Reply]

biasa lah tu., trend skrg kan., sama lah macam kad raya., dulu pakai kad., skrg e-kad dan plbg lagi mak nenek kad.. hahahaha.. :))

SiS NaD said... [Reply]

Ansarz ---> Huhu!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Adwa ---> Yezza!~ Tapi ber-pada2... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Botak ---> Haha!~ Siap ada mak nenek tu... (^_____^)V