Sunday, September 11, 2011

Oh!!!~ Ini adalah cadangan hantaran perkahwinan...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Sejak dua menjak ni, ramai yang menggunakan keyword HANTARAN untuk ke blog saya... Errr... Saya rasa ayat tersebut tidak betul... Ayat yang betul adalah, apabila pengguna internet menaip keyword HANTARAN, maka mereka akan dibawa terus ke blog saya... Oh ok, abaikan ayat2 tersebut... Since dah ramai sangat cuba mencari hal2 hantaran perkahwinan melalui blog saya, maka di sini saya akan memberikan beberapa cadangan hantaran yang boleh diberikan kepada pihak lelaki dan perempuan... Walaupun saya belum berkahwin!~ Uhhh!~

Ok2... Antara barang2 hantaran yang boleh diberikan kepada pihak lelaki adalah :

  • Set minyak wangi dan barang penjagaan kulit
  • Set tali pinggang dan beg duit
  • T-shirt Polo
  • Baju kemeja (boleh disekalikan dengan seluar slack)
  • Jam tangan
  • Kasut kulit bertutup
  • Sirih junjung
  • Coklat / Manisan2 lain
  • Buah2an
  • Kek / Muffin / Cupcakes
  • Sejadah
  • Kamera / Alat2 digital yang lain
  • Barangan pasukan kegemaran (Contoh : Baju, topi, dan beg Manchester United)

Berikut pula adalah senarai hantaran yang boleh diberikan kepada pihak perempuan :
  • Sirih junjung
  • Set minyak wangi dan barang2 penjangaan kulit (boleh diasingkan menjadi dua)
  • Telekung
  • Al-Quran / Tafsir Al-Quran
  • Kasut tumit tinggi
  • Beg tangan 
  • Cincin / gelang / rantai
  • Wang mas kahwin (dalam bentuk cek atau lain2)
  • Set alat solek
  • Jam tangan
  • Buah2an
  • Sepersalinan kain (kain pasang)
  • Kek / Muffin / Cupcakes
  • Coklat / Manisan2 lain
  • I-Pad / Alat2 komunikasi yang lain
Tema untuk hantaran juga perlu dititikberatkan... (^_____^)V


Itu sedikit sebanyak cadangan daripada otak saya yang tidak berapa nak bernas sebab senarai2 tersebut sangat cliche kecuali senarai yang terakhir bagi ke-dua2 belah pihak... Diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda2 diluar sana di dalam membuat pemilihan barang2 hantaran dan membantu anda di dalam membuat bajet untuk barang2 hantaran...

Boleh klik DI SINI untukbacaan bersama...


P/S : Kalau ada cadangan lain, harap dapat dikongsikan bersama... (^_____^)V

4 comments:

ansarz said... [Reply]

lork? apa habaq perepuan bri ipad?
tkat iphone cukup r..

izwanyusof said... [Reply]

hantaran? bermain keyword SEO disitu.. seeloknya hantaran perkahwinan beli yang mana perlu,yang mana tiada lagi untuk digunakan sepanjang hidup sebagai suami isteri..tak membazir..

-www.izwanyusof.com-

SiS NaD said... [Reply]

Inchik Ansarz : Hehe!~ Terpulang pada citarasa masing2... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Salam Izwan : Tula pasal.... So kena la pandai2 bajet dari awal... (^____^)V