Tuesday, May 31, 2011

Oh!!!~ Mahu merajuk lagi!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Saya tahu kalau saya merajukpun tak ada yang akan memujuk... Tak apa la... Mulai esok, saya akan merajuk 4 hari dengan membawa diri ke suatu tempat yang jauh dan saya terpaksa rahsiakan di mana tempat tu... Saya taknak sesiapa datang cari saya... Saya taknak sesiapapun mesej atau telefon saya... Saya taknak sesiapapun bertanyakan hal saya... Dan apa yang saya pasti, kebanyakan pembaca entry ini akan berkata "Ada aku kisah?" sambil tangan letak di dada, mata ke atas... Tak apa la... Yang penting, saya dapat tenangkan fikiran dari hiruk pikuk kesibukan kota... Dari kerja2 pejabat office yang ber-lambak2... Dari kritikan2 pedas oleh bloggers2 di luar sana mengenai blog saya...

Ok, habis sudah mukadimah saya... Sebenarnya, esok (1 Jun 2011) sehingga 4 Jun 2011 (Sabtu), saya dan rakan2 pejabat office akan menghadiri satu taklimat lagi mengenai kerja kami... Sebelum ni, dalam awal bulan April, kami telah menghadiri taklimat pertama... Taklimat pertama tu, kira macam briefing untuk kerja yang kami akan lakukanlah... Dan ini adalah taklimat kedua... Lokasi kali ini adalah di Batu Pahat... Tidur hotel lagi!~ Pagi tadi briefing sikit pasal taklimat kedua ni... Penyelia dah pesan, "Tolonglah jangan bawa balik barang2 hotel..". Haha!~ Ada pulak kan kes macam tu... Tapi korang jangan terkejut sebab ada orang siap 'bawa balik' televisyen tau!~ Masuk suratkhabar lagi!~

Oklah... Malas nak bebel panjang... Semasa ketiadaan saya, jenguk2lah blog saya yang seberapa ni... Bacalah entry2 saya yang terkini dan yang lepas2 untuk hilangkan rindu korang pada saya... Tak apa, saya tak kisah... Asalkan traffic saya stabil dalam empat hari tu... Hehe!~


P/S : Nak buat claim pulak... (^_____^)V
P/S : Kepada Cik Nurul dan Cik Sima, ayuh kita gagahkan diri untuk 4 hari itu!~ Huhu!~

6 comments:

azila said... [Reply]

wahhh..mmg canggihla kalo sampai bleh amik bwk balik tv..heheh

Ziema said... [Reply]

huhu..bawak hati yang lara ke sis nad?? eheee :p

Raden said... [Reply]

kalo g hotel suke bwk balek shampoo die..hehe

SiS NaD said... [Reply]

Cik Azila : Haha!~ Tula pasal... Memang canggih la... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

Cik Ziema : Bawa hati yang sunyi... Hehe!~

SiS NaD said... [Reply]

Cik Naddia : Samalah kita... Shhh.... Hehe!~