Tuesday, May 3, 2011

Oh!!!~ Bila Nadiah terkenang + berceloteh... (-_-")

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V


Arghhh!~ Petang tadi saya pergi melaksanakan Mission Impossible 2020 di area Taman Johor Jaya... Kali ni banyak kena area kawasan perumahan sebab sekarang saya dan rakan2 pejabat office sedang memburu pemandu2 teksi yang ada berhutang dengan saya sebab saya ALONG kat rumah saya... Maksudnya saya ni anak sulung la tu... Ok, memang tak ada kena mengena pun... (-_-") Bukan minta hutang, tapi mahu minta maklumat akaun... Itu je... Itupun kalau dorang ada akaun... Kalau tak ada, terpaksalah kami mintak nombor akaun bank, kad ATM dan nombor PIN kad ATM... Ok, gurau je... Tapi serius, kami kena minta akaun mereka untuk tahun 2010... Perbelanjaan mereka sepanjang tahun 2010... Pengeluaran duit mereka sepanjang tahun 2010... ("Nadiah!!!~ Dorang semua faham la!!!~") Arghhh!~ Si bongeok a.k.a my twin dah bersuara!~ Benci seh!~

Ok2... Nak cerita pasal kejadian semasa pergi ke rumah salah seorang respondan... Boleh pulak responden tu tak ada... Kalau just responden tu je tak ada, tak apa lagi... Ni dengan family dia yang lain tak ada... Manalah dorang pergi agaknya? Huh!~ Nak taknak, saya terpaksalah pergi ke rumah jirannya untuk mendapatkan nombor telefon responden, itu pun kalau jiran dia ada simpan... Tapi biasalah, kalau duduk di bandar ni, sifat kejiranan tu tak ada langsung... Nama jiran pun boleh tak tahu... Mana pergi semangat kejiranan tu? Kalau la ada kecemasan, kan dah ter-kapai2... Jadi, marilah kita saling mengenali jiran2 kita... Ingat, bukan setakat kenal jiran sebelah menyebelah, tapi seluruh taman perumahan... Takkan tak tahu maksud jiran kot... Jiran tu berada di dalam lingkungan 40 buah rumah di kiri, kanan, depan dan belakang dari rumah kita... Ada faham??? Ok, saya terberceloteh lagi... (-_-")

Ok2, ni cerita yang se-benar2nya... Tak ada merapu bagai lagi... Benar!~ Ok, masa dah pergi ke rumah jiran kepada responden tu, boleh pulak si jiran tu meniarap tanpa memakai baju... Nasib baik dia seorang lelaki, kalau perempuan??? Haish!~ Tak sanggup nak bayangkan... Haha!~ Yang tak boleh blah tu, dia boleh pulak pasang lagu 'Unintended' by Muse... Oh!~ Saya tersentap, ok!~ Lagu tu ada kenangan tersendiri... Bila dengar lagu tu, mesti teringat pada kelibat, bayangan, igauan, gurauan... ("STOP!!!~") Erkkk!~ T_____T (P/S : Saya taknak cerita lagi sebab asyik kena marah dengan my twin... Tapi tak boleh, cerita kena diteruskan... Hehe!~). Saya teringatkan seseorang... Terus saya terpaku di depan rumah jiran kepada responden... Kaki macam taknak bergerak se-olah2 digam dengan kejapnya oleh gam gajah duduk... Mulalah saya nak feeling2 masa tu... Air mata mula berjujuran bak air terjun yang menderu laju... Ok, saya tipu!~ Gila apa nak nangis depan rumah orang... Haha!~

Semasa kaki melangkah dengan penuh hampa sebab maklumat yang diberikan oleh jiran kepada responden langsung tak membantu urusan saya, saya telah mengomel sendirian di dalam hati... Mengomel yang menjurus kepada pertanyaan... 'Kenapa jiran kepada responden pasang lagu tu?' Itu je soalan yang timbul... Sekian, terima kasih... (^_____^)V


P/S : Kepada Encik Syuq, bila nak letak video 'Unintended' kamu di Youtube? (-_-)

14 comments:

Jahidih Saili said... [Reply]

sis nad:
haha..adooiii..lawak..lawak..
sabarla sis..
responden ni banyak sgt karenah.
cube lg lain kali ye..

*hidup MU.

FarhaNezam said... [Reply]

sokong semangat kejiranan semakin kurang sekarang!
haha semangat aklu komen..

Far8 budak baik said... [Reply]

fenin pale aku bace hahaha..
iklan sayangilah jiran
anda ehhh..
haha =p

SHM said... [Reply]

dah biase dah kalau orang bandar ni tak kenal jiran2 sbb rutin harian, pg2 kluar keje, ptg bru blk..
pas2 duk uma je la..mne ad mse nak melawat jiran2..

syameem said... [Reply]

x phm da
yg phm smgt kejiranan semakin kurg je

josrevalution said... [Reply]

salam sis nad..entry sis nie macam novel plak..hehe..rasenye kalo cik sis nie jadi ahli novel berbakat besar kot..hehe..memang pun..hehe...asal bace entry sis nie..mcm terbayang2 plak..haha...
cara buat Auto like status facebook members

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JaHiDiH : HaHa!~ SuSaH La JaDi 'aLoNG' Ni.. SeMua TaKNaK BeRi KeRJaSaMa... (-_-)

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK FaRHa : aDaKaH aNDa MeNGeNaLi JiRaN2 aNDa??? (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK FaR8 : eRRR... SaYa PuN PeNiNG GaKS BaCa... DaH MuLa RaSa MuaL DaH Ni... HaHa!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK SHM : Tau TaKPe... TaPi SaYa KeNaL JiRaN2 Saya.. CuMa TaK BTeGuR SaPa Je... (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK SYaMeeM : eH!~ SiS TaK SuRuH PuN aNDa MeMaHaMi eNTRy SiS... HuHu!~ (^_____^)V

SiS NaD said... [Reply]

iNCHiK JoS : SaLaM GaKS!~ HaHa!~ TaKDe BaKaT La... BaKaT BuaT CeRiTa KaRuT MaRuT aDa La... (^_____^)V

Nurul Ashikin said... [Reply]

sis nad!! comel laaa awk nie!! cikin tgk jwpan awk dlm teka teki cikin! memang ada stu yg betul!!! so, email cikin ur nama penuh, alamat dan no hp.

email cikin:
mizz.adachi@gmail.com

esk pagi cikin pos keychains tau!

SiS NaD said... [Reply]

Waa!~ Saya MeNanG Ke? YeaY2!~ HeHe!~ SoRRy La SeMaKKaN uR CoMMeNT BoX NGaN JaWaPaN2 SaYa... NaNTi SaYa CNTaCT CiK CiKiN K... (^_____^)V


P/S : TeNGaH DiRi KaT TiNGKaT 5 FLaT RuMah SaYa Ni!!!~ (^_____^)V