Saturday, April 30, 2011

Oh!!!~ My girlfriends be-rebut2!!!~ (^_____^)V

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Excited ni nak buat entry pasal my girlfriends... Tapi ada jugak timbul perasaan cemburu di dalam hati terhadap mereka... Ya... Cemburu yang amat!~ Huhu!~ Apa yang mereka rebutkan sampai saya cemburu? Atau adakah mereka menjadi rebutan oleh jejaka2 di luar sana sehingga jejaka2 itu tidak mahu memilih saya? 'Tidak' adalah jawapan kepada ke-dua2 soalan tersebut...

Actually, bukan rebutkan apa2... Cuma mereka be-rebut2 melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas... Oh no!~ Ini adalah isu sensitif bagi saya yang masih lagi single... Tapi saya tetap akan bertahan untuk membuat entry ini... Agak ramai jugak la girlfriends saya yang melangusngkan perkahwinan pada tahun lepas... Nak tahu siapa, please check all of the pictures below!~ (Kepada pemilik gambar2 di bawah, maaf kerana terpaksa 'mencuri' gambar2 korang...)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Puan Wan Siti Aisah dan Encik Aman... (My beloved friend... Yang perempuan, ok!~)

 Puan Eva Faridah dan suami... (Kawan semasa Matrik...)

 Puan Hanisah dan suami... (Kawan di UUM...)

 Puan Emy Liana dan Abang Pejal... (My beloved kakak!~)

 Puan Zahara dan suami... (Kawan di UUM...)

 Puan Liyana dan Encik Mustaqim... (Dua2 kawan di TIJB...)

 Puan Nazirah dan Encik Azhar... (BFF dari sekolah rendah...)

 Puan Zehan dan suami... (Kawan di UUM...)

 Puan Amwar dan Encik Syawal... (Kawan di UUM...)

 Puan Faizah dan suami... (Kawan di UUM...)

 Puan Annyys dan suami.... (Kawan di UUM...)

 Puan Kemn dan suami... (Kawan di UUM...)


Tahun ni pun mereka masih be-rebut2 lagi... Tak puas hati dengan tahun lepas, tahun ni mereka sambung berebut... Berebut menimang cahaya mata!~ Saya suka!!!~ (^_____^)V Comel2, ok!~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Hakmilik kekal Puan Nazirah dan Encik Azhar... Si comel Adelia... (^_____^)V

Ha milik kekal Puan Wan Siti Aisah dan Encik Aman... Si comel Adrisya... (^_____^)V

Hakmilik kekal Cik Sriey dan Encik Ront... Si comel Aleesya... (^_____^)V


You notice what? Semuanya bermula dengan huruf 'A'... (^_____^)V Sesungguhnya saya amat cemburu dengan kehadiran orang baru di dalam kehidupan mereka semua... Saya pun inginkan baby sebab mereka comel... Can i have a baby without a man? Uhhh!~ Itu sesuatu yang tidak mungkin terjadi... Perkara itu hanya berlaku pada ibu Nabi Isa A.S sahaja iaitu Mariam... Sesungguhnya ALLAH S.W.T maha berkuasa untuk berkehendakkan sesuatu... 'Kun fayakun...'.

Tahun ni, ramai jugak my girlfriends yang akan dan sudah menamatkan zaman bujang... Antaranya ialah Kak Maisara, Cik Nurul dan Cik Ros...


P/S : Setia menantikan jodoh yang tak kunjung tiba... (^_____^)V

Friday, April 29, 2011

Oh!!!~ Bapak mengantuk!!!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Oh, rindunya nak berblogging!!!~ Dah beberapa hari tinggalkan dunia blog (padahal baru 2 hari)... Huhu!~ Ni semua lantaran dari kesibukan mengejar target duit kahwin... Kerja, kerja, dan kerja... Uhhh!~ Penat sangat2 samapaikan tak ada masa nak buat entry baru... Balik2 kerja (around 3 o'clock sampai rumah), bersihkan diri, sembahyang Zohor dan terus 'boom'!~ Eh, bukan ada benda meletup tapi tu adalah sound effect semasa menghempaskan diri ke atas tilam empuk dan bantal lembut di katil... Huhu!~ Serius, balik kerja sangat2 mengantuk, ok!~ Mata terasa berat yang amat... Then saya akan tidur selama 15 jam 14 saat... Puihhh!~ "Nampok beno menipunye...", kata Usop Wilcha... Takde la sampai 15 jam... Paling lama pun selama 2 jam je...

Tapi masa hari Isnin hari tu, boleh pulak terlajak tidur sampai pukul 6:30 petang... Apalagi, kelam-kabutlah buat itu ini... Mana nak basuh baju, nak mandi, nak sembahyang Asar, nak iron baju, nak buat kerja pejabat office... Uhhh!~ Dan hari itu saya menjadi sedikit gila disebabkan kejadian terlajak tidur... Disebabkan taknak terlajak 'perahu boleh di undur,, terlajak kata buruk padahnya' tidur lagi, hari2 seterusnya saya telah set alarm jam di handphone tak berapa canggih saya kepada pukul 4:30 petang paling awal dan 5 petang paling lewat untuk bangun... Oklah tu, area2 Asar... Tak putus uratkan kalau bangun setengah jam lebih lewat dari waktu Asar? Hehe!~

Ingatkan kalau dah tidur petang, malam akan jadi segar bugar bak ikan2 yang baru dinaikkan ke jeti... Tapi tidak!!!~ Tidak, ok!!!~ Uhhh!~ Seawal jam 9:30 malam, mata akan merasa bagai digam oleh gam badak gajah... Gila, gila dan gila!!!~ Apakah diri dan badan ini tak cukup berehat pada petang hari? Apa masalahnya ni? Nak taknak, jam 10 malam saya akan masuk tidur.. Itu yang paling awallah sebab taknak miss cerita berepisod seperti 'Asmara 2' dan 'Juvana'... Paling lewat pun jam 10:30 malam sebab taknak miss cerita 'Awan Dania 3'... Sambil2 tengok cerita favourite, sambil2 buat kerja pejabat office... Jangan cakaplah pasal keberatan mata... Rasa2nya ada jugaklah seberat 123kg... 3 kali ganda dari berat diri saya!~ Uhhh!~

 Tahun 2009... (^_____^)V

 Tahun 2011... Gaya tidur juga berubah selari dengan peredaran zaman... Ok, memang tak ada kena mengana!~ (-_-")
P/S : Bila mengantuk menguasai diri, di mana2 sahaja diri ini bisa tidur...


Ok, untuk makluman semua, saya bukan pekerja yang suka curi tulang... Saya akan tidur waktu rehat bila berada di pejabat office... Gila ke nak tidur pada waktu bekerja? Tak pasal2 nanti kena fire dengan Ultraman ketua!~ Taknak saya... Dah la sekarang susah nak cari kerja yang berkenan di hati...


P/S : Sesungguhnya tidur itu adalah satu nikmat yang dikurniakan ALLAH S.W.T.... Maka, manfaatkanlah ianya se-baik2-nya...

Tuesday, April 26, 2011

Oh!!!~ Kisah di suatu petang... (-_-")

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Ok, ini bukan entry untuk condemn orang Melayu tapi ini adalah entry suka suki dari Kerajaan Langit milik Ayah Pin... First sekali saya nak tanya, korang kenal tak dengan Ayah Pin? Kalau tak kenal, meh saya kenalkan... Ayah Pin ni nama gelaran popular bagi pemilik kilang membuat pin baju dan napkin... Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, boleh google sendiri...

Nak menyentuh tajuk di atas, ada kena mengena dengan tugas saya pada hari ini... Hari ini, sekali lagi saya, Kak Su dan rakan2 setugas diarahkan untuk membuat kerja luar pejabat office... Dan start semalam, kami akan bekerja di luar pejabat office sehingga tamat kontrak... Penat memang penat, tapi best sebab saya suka jalan2 + bertemu dengan public... Nampakkan yang saya selalu menaip entry dan akan menghasilkan entry baru setiap hari? Sebab apa? Sebab saya suka bercerita... Dan begitulah juga dengan sifat saya di dunia realiti, banyak cakap... Oh!~ (-_-")

Berbalik kepada tajuk di atas (berapa kali nak mention daa~), hari ini saya dan Kak Su telah pergi ke sebuah premis snuker di kawasan Taman Century... Keluar je dari kereta, saya dah nampak botol2 arak bergelimpangan... Ok, saya pedulikan semua tu sambil jalan ber-hati2di kawasan itu... Takut terpijak 'cebisan2' air arak yang mungkin tumpah di kawasan tersebut... Najis tu!~ Sesampai di premis berkenaan, kami ter-agak2 sama ada nak masuk atau tidak... Kawasan di luar premis tu sangat kotor dan bersepah dan kelihatan se-olah2 sedang di-renovation... Tapi setelah membuka pintu premis, pandang ke atas (premis terletak di tingkat 2), ok, premis tersebut masih beroperasi... Lalu kami naik ke atas... Kak Su dah takut2 dan memegang erat lengan saya... Setiba di atas, kami lihat ada 2 orang remaja di kaunter, seorang lelaki dewasa berkemeja kemas sedang landing di sofa sambil tengok televisyen dan lebih kurang 10 orang lelaki dewasa Melayu sedang bermain snuker...

Saya dan Kak Su terus menuju ke kaunter dan remaja yang duduk di bahagian dalam kaunter adalah remaja Melayu dan begitu juga yang duduk di luar kaunter... Yang di dalam kaunter tu siap bertampal koyok di dahinya, mungkin demam kot... Sebab apa dia demam? Sebab terkejut bangun2 pagi je tengok telinga dah bertindik!~ Ya, telinga dia bertindik... Dari situ dah timbul rasa meluat dalam hati saya... Remaja yang di luar kaunter pula nampak sopan dan baik (tanggapan pertama saya setelah melihat cara dia melayan kami serta penampilannya)... Dia yang banyak menjawab pertanyaan kami... Dan dia yang mengisi nama serta nombor telefon di dalam borang yang kami bawa... Tulisan dia sangat cantik, ok!~ Masa dia tulis nombor telefon, dia seperti ter-agak2 dan seperti berfikir... Saya terus dapat instinct yang may be dia tak tulis nombor telefon yang betul lalu saya berkata padanya, "Adik, tak baik menipu...". Ok, tipu!~ Saya tak cakap pun macam tu kat dia... Saya biarkan sahaja...

Kemudian datang pula seorang remaja yang ala2 rock nak mampus ke arah kami berempat... Remaja Melayu... Dengan rambut perang yang panjang macam Ella, pakai singlet macam Apek jual ikan, dan seluar jeans koyak2 macam orang miskin, dia mula 'mengganggu' tugas saya dan Kak Su dengan ayat2 yang saya rasa macam nak bagi tembakan peluru berpandu yang disasarkan ke arah hempedu dia... "Apek miskin berambut Ella, maaf, kami tak tanya awak pun... Tolong jangan menyibuk...". Huh!~ Dia pun sibuk nak memberikan maklumat dan tanya itu ini... Sambil menghamburkan ayat2 yang bagi saya mempunyai maksud tersirat yang pada fahaman saya ianya berunsurkan 18SX... Tapi saya buat tak tahu sementara Kak Su khusyuk bertanya itu ini mengenai premis tersebut kepada remaja tulisan cantik tersebut... Ada la dalam 15 minit kami 'berteduh' di premis tersebut dari panas terik matahari yang sangat menyengat di luar sana... Setelah mendapatkan maklumat yang diingini, saya dan Kak Su meminta diri lantas keluar dari premis tersebut...

Saya terus membuat kesimpulan bahawa premis tersebut akan lebih ramai umat manusianya pada waktu sembahyang Jumaat kerana rata2 orang Melayu akan 'sembahyang Jumaat' di situ... Yelah, pekerjanya semua Melayu (hasil maklumat dari remaja tulisan cantik), pelanggan pun Melayu (hasil pemerhatian saya pada kunjungan pertama)... Botol2 arak yang bergelimpangan di luar, siapa yang habiskan? Ok, cukuplah segala prasangka buruk saya...


P/S : Premis baru sedia menanti pada hari esok... (^_____^)V

Monday, April 25, 2011

Oh!!!~ Pagi 'bertekak', petang pun 'bertekak'... (-_-")

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini penat bertekak je... Bukan bertekak apa pun... Just bertekak mulut sambil acu pisau pemotong daging ke arah muka masing2... Saya tak takut? Mestilah, saya kan kuasa!~ Mana boleh takut2... Perasaan takut tu bagi orang yang pengecut je... Hehe!~ Ayat tak macam membangga diri tahap langit ke-7 pulak kan... (^_____^)V

Ok2... Terus kepada kisah bertekak teki tekuk yang pertama iaitu yang berlaku pagi tadi sebelum saya meneruskan langkah yang sopan lagi ayu ke bus stop yang berdekatan dengan rumah... Saya telah 'bertekak' dengan Emak... Bertekak pasal roti je... Boleh pulak Emak acu AK41 pada muka saya... Saya apalagi, teruslah acu senapang patah milik anak Si Mamat dalam cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' tu... Kisah bermula semasa saya sedang sarapan sandwich sardin yang dibuat oleh Emak saya... Jom ikuti perbualan kami...

Saya : Emak, roti ni berkulat... (Sambil melihat ke arah roti potong yang belum terusik yang terdapat di dalam plastik roti).

Emak : Berkulat? Tarikh luput 29 April ni...

Saya : Habis tu yang hitam2 ni apa? (Sambil menunjuk ke arah roti potong di dalam plastik yang ada tompok2 hitam).

Krrr... Krrr... (Bunyi cengerik menguasai kerana Emak tidak memberikan respon). Walaupun begitu, 2 sandwich sardin telah lumat di dalam perut saya... Semasa saya hendak bersalam dengan Emak (Baiknya budak ni... Anak siapalah ye...) sebelum pergi ke pejabat office, Emak melihat dan mem-belek2 roti yang terdapat di dalam plastik roti...

Emak : Ni bukan kulat... Ni kotor je ni...

Saya : Yeke? Kalau tak kenapa ada tompok2 hitam?

Emak : Ni mungkin sebab masa dorang buat roti ada termasuk benda2 kotor...

Saya : Bukanlah, Mak... Tu kulat tu...

Krrr... Krrr... Bunyi cengkerik memecah suasana awal pagi sekali lagi sebab Emak tak menghiraukan saya lalu berlalu masuk ke dalam biliknya... Dalam 'pertengkaran' tersebut, nampaknya Emak telah menang tanpa membalas kata2 terakhir saya... Huh!~ Emak suka macam tu... Suka biarkan bunyi cengkerik menguasai perbualan kami... (-_-")

Agak2 boleh dapat pampasan tak kalau lapor kat Tribunal Tuntutan Hak Pengguna? (^_____^)V


Itu kisah pertama... Ini pula kisah kedua di mana saya telah 'bertekak' dengan salah seorang responden semasa menjalankan tanggungjawab kerja dan amanahraya yang terpikul di bahu saya di mana saya perlu menggalasnya walaupun 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'... (-_-") Tadi saya telah teman Kak Su pergi ke salah satu premis responden dia... Dan premis itu sedang di dalam proses pengubahsuaian... Disebabkan bunyi bising, saya dan responden tersebut telah berbual dengan erti kata lain, 'bertekak' dengan nada suara yang sangat tinggi... Kira key yang paling tinggi dalam nota muzik la... Gilalah!~ Naik perit tekak saya ni... Dah la dengan panas tahap Gurun Sahara + tak bawak air... Huh!~ Sebelum encik responden keluar, saya telah bertekak sedikit (kali ini bertekak betul2) dengan seorang pekerja renovation premis tu sebab dia macam taknak berikan laluan untuk saya dan Kak Su menjalankan tugas kami... Premis yang ingin kami pergi tu berada di tingkat 2 dan renovation tersebut sedang dilakukan di kawasan tangga... So nak taknak, saya dan Kak Su kena 'berborak mesra' dahulu dengan pekerja renovation tersebut... Dah la dengan dia taknak bukakan pintu untuk kami (sebab pintu dikunci dari dalam), boleh pulak dia kata bos (pemilik premis) tak ada... Padahal bos ada je... Huh!~ (-_-") Hangin!~ Hangin!~


P/S : Harap2 esok angin sepoi2 bahasa bertiup lembut...

Sunday, April 24, 2011

Oh!!!~ Keterujaan yang melampau!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Mood : Teruja yang melampau, lebih melampau dari video pramugara yang terlampau!!!~

Apa kes ni? Apa kes ni? Haha!~ Suspen tak? Suspen tak? Serius sekarang ni saya sedang berada di dalam keterujaan yang melampau... Tak tahu nak lontarkan dengan kata2 yang macam mana... Actually, keterujaan telah berlaku dari semalam lagi, dan hari ini berlaku lagi satu perkara yang membuatkan saya berada di dalam keterujaan plus plus!~ Semalam satu keterujaan, hari ini satu keterujaan = keterujaan kuasa dua... Betul tak? Hehe!~ Teruja ni!!!~ Teruja ni!!!~ Huhu!~ 

Ok2, nak story keterujaan melampau nombor satu yang berlaku semalam... Sila tengok bawah... Bukan tengok bawah badan anda, ok!~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini keterujaan pertama... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


Saya ni jarang2 on chat kat Facebook... Boleh di kiralah dalam setahun tak sampai 10 jari2 di tangan... Selalunya kalau on pun sebab my BFF suruh on... So semalam macam tergerak hati nak on chat dan saya telah ditegur oleh BF saya iaitu Encik Apis... BF bukan bererti boyfriend tapi BF bererti bestfriend... Kami pun borak2lah melepaskan rindu dendam sebab dah lama tak borak2 kat chat Facebook mahupun di telefon... Masing2 busy la... Huhu!~ Sekejap je borak2 sebab saya nak keluar dengan Cik Nurul dan Kak Su... Apa yang membuatkan saya teruja di dalam perbualan kami tu adalah satu ayat yang ditaip oleh Encik Apis... "Naluri kuat mengatakan Nad akan kahwin tahun ni...". Naluri seorang rakan, ok!~ Ayat itu membuatkan saya teruja dan ber-debar2... Saya pun tak tahu kenapa saya perlu ber-debar2... Rasa macam nak nangis pun ada... Wuuu!~ T_____T Saya pernah beritahu dia yang saya target kahwin tahun ni dan siap beritahu haribulan lagi... Korang tak perlulah tahu bila sebab itu mungkin akan menjadi impian yang takkan kesampaian kot!~ Huhu!~ Sebab apa tak mungkin menjadi nyata? Sebab saya tak ada boyfriend dan sebab duit saya sekarang baru ada separuh dari yang saya target... Uhhh!~ Macam mana ni? Oklah, lupakan keterujaan pertama ni... Sekarang nak cerita keterujaan kedua... Sila lihat bawah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Inilah keterujaan kedua... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


Ya (!!!), Cik Epal telah pun meninggalkan komen di entry saya... Dan saya sangat2 teruja, ok!~ Mungkin bagi mereka yang tidak mempunyai blog, korang tak kenal dengan Cik Epal... Cik Epal merupakan blogger popular yang setaraf dengan Cik Hanis Zalikha dan Abg Ben Ashaari!!!~ Wohoo!~ Rasa terharu sangat2 apabila beliau sudi mengunjungi 'teratak' saya yang berapa nak vouge the vass... Siap tinggalkan komen lagi!~ Kalau setakat Encik Jiji tu, saya tak heran sangat walaupun beliau selalu komen2 entries saya (atas 'paksaan' saya sebab saya selalu tinggalkan link)... Haha!~ Ini Cik Epal, ok!~ Cik Epal.. Oh!~ Tiba2 rasa nak pergi salam dengan beliau sekarang ni jugak!~ Superman, sila bawa saya terbang kepada Cik Epal... Huhu!~ Teruja ni!!!~ Teruja ni!!!~

Haha!~ Saya rasa macam nak terjun bungee je untuk gambarkan keterujaan saya... Tak pun rasa macam nak naik roller coaster kat Genting Highland lapan belas ribu kali... Weee!~


P/S : Teruja nak pergi pejabat office esok!~ (^_____^)V

Oh!!!~ Sesi memperkenalkan peserta Imam Muda Musim ke-2...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini saya nak buat sesi berkenalan dengan peserta2 Imam Muda Musim Ke-2... Kalau nak tahu, peserta2 Imam Muda kali ini banyak membuat kejutan... Apa kejutannya, akan saya beritahu di penGhujung entry... Sebelum itu saya nak memperkenalkan peserta2 Imam Muda Musim Ke-2 yang 40% daripadanya lebih tua dari saya, 10% sebaya dengan saya dan 60% lebih muda daripada saya... Cubalah teka umur saya... Hehe!~ <--- Selingan jap!~

Calon Imam Muda Musim Ke-2...







NAMA : ALI KHAIRUDIN BIN HAJI ABDUL MARIF
UMUR : 26 TAHUN
TARIKH LAHIR : 20 FEBRUARI 1985
ASAL : SABAH
PENDIDIKAN : SPM DARI SMK BEAUFORT 2
PEKERJAAN : GURU KAFA
STATUS : BUJANG






NAMA : AMMAR BIN WAN HARUN
UMUR : 27 TAHUN
TARIKH LAHIR : 12 DISEMBER 1984
ASAL : KEDAH
PENDIDIKAN : DEGREE DALAM BIDANG SYARIAH
PEKERJAAN : PELAJAR DI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
STATUS : BUJANG




 
NAMA : MOHD AZLAN BIN ZULKARNAIN
UMUR : 25 TAHUN
TARIK LAHIR : 8 NOVEMBER 1986
ASAL : KUALA LUMPUR
PENDIDIKAN : DEGREE KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI UNIVERSITI PETRONAS
PEKERJAAN : JURUTERA PETRONAS
STATUS : BERKAHWIN





NAMA : ZULFADLI BIN HAJI AWANG
UMUR : 24 TAHUN
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 1987
ASAL : BRUNEI DARUSSALAM
PENDIDIKAN : GCE 'O' LEVEL DARI RIMBA GADONG
PEKERJAAN : PEGAWAI MASJID
STATUS : BERTUNANG






NAMA : MOHD FAKHRURRAZI BIN HUSSIN
UMUR : 27 TAHUN
TARIKH LAHIR : 17 NOVEMBER 1984
ASAL : TERENGGANU
PENDIDIKAN : DEGREE PENGAJIAN ISLAM DARI UNIVERSITI SAINS & TEKNOLOGI YAMAN
PEKERJAAN : IMAM
STATUS : BERKAHWIN





 
NAMA : ABDUL FATTAH BIN RIDDZWAN
UMUR : 21 TAHUN
TARIKH LAHIR : 25 JUN 1990
ASAL : NEGERI SEMBILAN
PENDIDIKAN : DIPLOMA TAHFIA AL-QURAN QAL QIRAAT DARI INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN N.9
PEKERJAAN : FASILITATOR
STATUS : BUJANG





NAMA : MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA
UMUR : 26 TAHUN
TARIKH LAHIR : 17 FEBRUARI 1985
ASAL : PERAK
PENDIDIKAN : DEGREE ILMU WAHYU DARI UIA
PEKERJAAN : PENSYARAH (SEPENUH MASA)
STATUS : BUJANG





NAMA : MUJAHID BIN SUHAIMI
UMUR : 20 TAHUN
TARIKH LAHIR : 21 APRIL 1991
ASAL : SINGAPURA
PENDIDIKAN : STAM, MAAHAD PONTIAN JOHOR
PEKERJAAN : PELAJAR
STATUS : BUJANG


 

 
NAMA : NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE
UMUR : 26 TAHUN
TARIKH LAHIR : 20 JUN 1985
ASAL : JOHOR
PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DARI KOLEJ PENGAJIAN ISLAM & DAKWAH
PEKERJAAN : GURU BESAR
STATUS : BERKAHWIN




 
NAMA : WAN NAJDI BIN WAN MOHD NOH
UMUR : 20 TAHUN
TARIKH LAHIR : 4 SEPTEMBER 1991
ASAL : SELANGOR
PENDIDIKAN : STPM DARI SMA PERSEKUTUAN LABU (SMAP LABU) N.9
PEKERJAAN : PELAJAR
STATUS : BUJANG






Ok, dah kenal kan dengan peserta Imam Muda Musim Ke-2... Sekarang ini tibalah saat2 yang ditunggu iaitu pengumuman kejutan2 yang 'dibuat' oleh peserta2 kali ini... Kejutan pertama adalah, Imam Muda kali ini disertai oleh 2 peserta yang datangnya dari luar Malaysia iaitu Imam Muda Fadli yang berasal dari Brunei Darussalam dan Imam Muda Mujahid yang berasal dari Singapura... Kejutan kedua adalah, salah seorang peserta Imam Muda kali ini mempunyai susur galur dengan Rasulullah S.A.W... Peserta tersebut adalah Imam Muda Ammar... Kalau tak salah saya la... Kalau bukan Ammar, Fakrul... Oh, saya telah hilang ingatan!~ Siapa2 yang tahu, sila beritahu saya... T_____T


P/S : Saya cinta program Imam Muda!~ (^_____^)V





Saturday, April 23, 2011

Oh!!!~ Kisah Si 'Tuttt' dan 'Tuttt'...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Ni saya nak hebohkan satu kampung kisah Si 'Tuttt' dan Si 'Tuttt' yang tengah hangat di pasaran seantero Malaysia... Dah heboh pun kisah mereka ni... Siap masuk televisyen lagi... Cuma terpandang dengan tak je... Suspen tak? Suspen tak? Hehe!~ Macam ni kisahnya... Petang tadi saya keluar dengan Cik Nurul, Kak Su dan anak2 Kak Su (Adib dan Sarah)... Jalan punya jalan, sekali boleh pulak kami nampak Si 'Tuttt'... Gilalah!~ Kami jadi teruja lalu kami menghampirinya dengan sepantas kilat seperti kilat menyambar Bumi!~ Suspen tak? Suspen tak? Hehe!~ Nak tahu siapa Si 'Tuttt' tu? Sila tengok bawah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-

  Yeah!~ Kami makan 'Tutti Frutti'... (^_____^)V

Kak Su dan anak2nya...


So, itulah Si 'Tuttt' yang saya maksudkan... First time kami cuba 'Tutti Frutti' setelah diberikan direction oleh Cik Sima semalam di pejabat office... Sedap jugak 'Tutti Frutti' tu... Cuma tak boleh nak ambil lebih2 la sebab harganya dikira melalui berat 'Tutti Frutti' yang kita ambil... 100 gram = RM5.30... Kalau ada kad Jusco, dapat diskaun 20% kalau tak salah... Kalau tak salah la... Dia punya service adalah 'layan diri' ala2 beli Slurpee di 7E...

Sebelum tu kami ke Plaza Angsana sebab Cik Nurul akan di-make over oleh kawannya yang sedang praktikal cara solekan pengantin di sebuah butik... Sementara Cik Nurul di-make over oleh rakannya, saya dan Kak Su mencuci mata melihhat pemandangan di tingkat bawah (di pentas utama) kerana masa tu sedang berlangsung konsert anjuran Muzik.fm... Antara artis yang memeriahkan konsert tu adalah Haiza Dag Dig Dug, Adira Af yang kini sedang hangat bercinta dengan Hafiz AF dan Lan Kristal... Yang lain2 saya tak kenal (Sani Aziz dan Ali Anugerah)...

Sebelum Cik Nurul di-make over, kami makan di McD dulu dan saya seperti biasa memesan set McChicken... Hehe!~ Lepas tu pergi sembahyang... Ingatkan surau masih di tingkat 1, rupa2nya surau telah berpindah ke tingkat 4 sebab surau di tingkat 1 sedang di-renovate... Tandas2 juga sedang di-renovate dan hanya tandas di tingkat 2 yang masih dibuka kepada umum... Lepas sembahyang boleh pulak saya rasa nak terkucil... Menjajau saya cari tandas di setiap floor padahal terang2an hanya tandas tingkat 2 yang dibuka kepada umum... Entah kenapa saya nak jugak menjenguk ke tandas di tingkat 4 dan 3... (-_-") Saja cari bala... Dalam jam 6 petang kami pulang ke rumah... Hari ini naik kereta Cik Nurul... Thanks Cik Nurul sebab sudi jemput dan hantar saya dan Kak Su pulang ke rumah... (^_____^)V


P/S : Tak jadi tengok 'Penunggu Istana'... Tunggu cerita 'Seru' minggu depan... (^_____^)V

Oh!!!~ Saya taknak jadi 'bahan' lagi!!!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Seperti yang korang semua dapat baca pada tajuk di atas yang sangatlah merah menyala, ya (!!!), saya taknak jadi 'bahan' lagi... Saya taknak jadi bahan ujikaji bagi profesor2 emeritus yang terdapat di pejabat office saya... Saya taknak jadi bahan eksperimen oleh pelajar2 phD di pejabat office saya... Saya taknak dan saya taknak... Penat tau jadi bahan ujikaji ni... Kena ambil sampel darah, sampel air kecil (air kecil???), sampel rambut, sampel kuku, sampel tahi mata, sampel bulu kening dan macam2 sampel lagi!~ Uhhh!~

Oh, saya taknak jadi bahan ujikaji lagi!!!~ (Sila klik gambar untuk tumbesaran)

Ok, stop merepek... Siapa nak tahu cerita sebenar, "Sile angkat tangan macam saye...". Hehe!~ Selingan jap!~ Ok2... Straight to the point... Sebenarnya, saya telah dijadikan 'bahan' oleh rakan2 pejabat office saya gara2 Amir Maharaja Lawak!!!~ Uhhh!~ Bencinya... Tahu tak apa itu 'bahan'? Bukan bahan buat kuih mahupun bahan untuk membuat Menara KLCC, ok!~ Tapi 'bahan' yang dimaksudkan di sini adalah bahan seloroh atau gurauan... Huhu!~ Sadis gila, ok!~ Kerana Amir seorang, saya yang terkena tempiasnya... Ni semua gara2 mesej terkejut yang diberikan oleh Cik Sima kepada saya pada malam Ahad lepas (17 April 2011)...

Dalam jam 10:30 malam di mana masa tu saya dah baring2 atas katil sementara menunggu mimpi2 indah menerjah ke dalam benak minda saya, saya mendapat mesej dari Cik Sima yang bertanyakan siapa peserta Maharaja Lawak yang terkeluar pada minggu lepas (16 April 2011)... Saya membalas ringkas mesej Cik Sima dengan mengatakan bahawa R2 yang terkeluar, serta Wai... Lepas tu Cik Sima mesej lagi dengan menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana Amir belum terkeluar... Saya membalas dengan ayat berikut (ingat2 lupa sebenarnya), "Tu lah pasal... Tapi Amir ok rasanya minggu ni...". Padahal pada hakikatnya persembahan Amir langsung tak best!!!~ Langsung tak best, ok!!!~ Huhu!~ Perghhh!~ Gara2 ayat tersebut saya dijadikan 'bahan' oleh group meja saya... Mereka 'bahankan' saya dengan Amir!~ Uhhh!~ Tak suka, tak suka, tak suka!!!~

Itulah gara2 tak berapa nak tengok sangat rancangan Maharaja Lawak minggu lepas sebab masa tu saya sibuk chat di Facebook dengan Cik Nurul Bebeh... Sambil2 chat, sambil2 berlari ke ruang tamu apabila terdengar Emak dan adik ketawa ber-dekah2... So sekejap2 saya di bilik untuk chat dengan Cik Nurul Bebeh, sekejap2 saya berlari ke ruang tamu untuk menonton Maharaja Lawak... Means saya tak tengok full episod untuk minggu lepas... So saya tak pasti sangat persembahan2 yang ditunjukkan oleh peserta2 Maharaja Lawak sama ada best atau pun tidak... Seingat saya, persembahan Nabil yang saya tengok dari mula sampai habis... Persembahan Jozan, Sepah, Man dan Balas langsung saya tak tengok... Persembahan Amir dan lain2 pulak saya tengok sekejap2... Huhu!~

Disebabkan kes 'bahan' tersebut, maka malam tadi saya telah decide untuk menonton full episod Maharaja Lawak dari mula sampai habis!~ Jam 9:30 malam saya dah tercongok di depan televisyen...Saya taknak beri jawapan yang bukan2 pada sesiapa yang bertanya terutamanya Cik Sima... Nanti kena 'bahan ' lagi... Uhhh!~ >_____<

Oklah, saya nak ber-siap2... Kejap lagi nak dating dengan Cik Nurul dan Kak Su serta anak2nya (Adib dan Sarah)... Nantikan entry terbaru saya malam nanti... InsyaALLAH... (^_____^)V


P/S : Taknak komen pasal Maharaja Lawak malam tadi...

Friday, April 22, 2011

Oh!!!~ Jom belajar cara potong kuku... (^_____^)V

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Dah lama saya nak buat entry ni, tapi tak ter-buat2... Sehinggalah saya terpandang kuku di jari chanteq saya yang belum dipotong + terbaca artikel pasal memotong kuku di suratkhabar Harian Metro... Dalam ruangan 'Fikrah Dr. Salam' oleh Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri, beliau menjelaskan bahawa memotong kuku termasuk dalam sunnah fitrah... Ini jelas apabila Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari2, bersuci dengan air (berinstinja') dan berkumur... (Riwayat Muslim)".

Menurut Imam Syafie, disunatkan memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sama seperti mandi, bersugi dan memakai haruman sebelum ke masjid... Justeru, sunat memotong kuku pada hari Jumaat serta Isnin dan Khamis, manakala memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu...

Untuk memotong kuku, terdapat cara2nya seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Bukannya main potong suka2 hati... Ada tertib yang perlu diikut... Jom lihat gambar di bawah...

Tertib yang perlu dituruti... (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


Mengikut cara Rasulullah S.A.W., Baginda akan memulakan proses memotong kuku dimulai dengan jari telunjuk tangan kanan... Kemudian diikuti dengan jari hantu, jari manis dan jari kelingking tangan kanan... Seterusnya Baginda akan berpindah kepada tangan kiri bermula dengan jari kelingking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dn ibu jari... Akhir sekali Baginda akan memotong kuku bagi ibu jari tangan kanan... Itu bagi kuku di tangan...

Bagi kuku di kaki pula, Baginda akan memulakan dengan kaki kanan dengan dimulai jari kelingking, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dang ibu jari kaki kanan... Seterusnya Baginda akan berpindah ke kaki kiri dengan dimulai ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking kaki kiri...

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa yang mengikut sunnahku, maka mereka se-olah2 telah mati syahid sebanyak 100 kali (mendapat pahala seperti 100 orang yang mati syahid)...". Maka mari ramai2 kita melakukan sunnah Baginda agar memperoleh keberkatan di dunai mahupun di akhirat...


P/S : Terasa rindu yang amat pada Rasulullah S.A.W. walaupun tak pernah berjumpa dengan Baginda...

Thursday, April 21, 2011

Oh!!!~ Kisah Si Emak dan Si Anak Sulung...

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Kali ini saya nak cerita kisah Si Emak (Emak saya) dan Si Anak Sulung (saya)... Asyik cerita kisah saya dan adik2 je, sekali sekala nak jugak cerita mengenai saya dan Emak saya... Kisah yang bakal pengantin saya ceritakan ini berlaku pada minggu lepas iaitu pada hari Jumaat yang indah lagi permai bak saujana mata memandang... Dan cerita ini ada sangkut-pautnya dengan kerja saya... Oh... (-_-")

Disebabkan kerja saya sekarang ini memerlukan saya untuk membuat kerja di luar pejabat office dan memerlukan saya untuk keluar jalan2 cari makan dan 'berambus' dari pejabat office seawal pagi yang mungkin, maka ianya membolehkan saya dan rakan2 seperjuangan untuk pulang awal Ashaari ke rumah masing2 apabila kerja selesai... Apabila kerja selesai, ok!~ Disebabkan itu, dalam minggu lepas saya kerap pulang awal ke rumah sehinggakan mewujudkan tanda tanya di dalam benak fikiran Emak saya...

Pada Jumaat lepas, sesampainya saya di rumah dalam lingkungan jam sedetik lebih (tak ingat pukul berapa), Emak terus menyerbu saya dan melontarkan soalan secara ber-tubi2 ibarat Israel menyerang Palestin... Oh, soalan2 Emak sangat menyesakkan dada dan bulu kening saya... Setiap kali balik awal, mesti soalan yang sama yang akan ditanya oleh Emak tanpa rasa jemu... Dan pada hari Jumaat lepas, saya nekad (!), saya nekad untuk menjawab segala pertanyaan Emak seperti berikut...

Emak : Nadiah, kau ni kerja ke tak?

Saya :  Tak kerjalah... Orang dah berhenti...

Emak : Habis tu yang kau keluar pergi kerja pagi2 tu apa?

Saya : Orang berlakon je tu , Mak... (-_-")


Setiap kali balik awal, mesti Emak akan bertanyakan soalan itu... (-_-") (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


"Oh, Emak... Maafkan orang kerana menipu Emak selama ini... Orang hanya berlakon pergi kerja sebab orang tak nak menyusahkan Emak dan Abah dengan menghabiskan beras di dapur, ikan dan ayam di dalam peti ais, maggi di dalam almari, air di dalam water container dan sayur2an di dalam peti ais... Sebab tu orang selalu balik rumah awal... Orang terpaksa ikat perut pagi2 tanpa sarapan dan apabila lapar, orang balik ke rumah... Sebab tu Emak selalu tengok orang balik rumah awal..."


P/S : Buat masa ini saya dan rakan sepejabat office jadi 'minah kilang'... (^_____^)V

Wednesday, April 20, 2011

Oh!!!~ Jadi minah kilang lagi!~ (^_____^)V

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Yeay!~ \0/ Hari ini kami jadi 'minah kilang' lagi... Tapi 'minah kilang' di sektor kerajaan... Ada ke macam tu? Hehe!~ Seronok tau!~ Setelah dua hari kami hanya duduk2 sambil membuat tarian ngajat, akhirnya hari ini kami diberikan tugas yang ada kaitannya denga tugas kami yang sebeno-benonye...

Tugas yang kami buat di pejabat office siang tadi amatlah mudahnya... Just tampal pelekat labels (mengenai premis yang akan kami serbu) ke atas borang F4 F2, borang Banci Ekonomi (BE) dan sampul surat 'Urusan Seri Paduka'... 'Urusan Seri Paduka', ok!~ Harap jangan main2!~ Kerja pengoperasian bermula seawal Ashaari jam 10 pagi dan berakhir jam 4:30 petang... Perghhh!~ Memang teebaiklah group kami (saya, Kak Su, Cik Nurul, Cik Sima, Cik Liza dan Cik Mira) sebab kecekapan dan kepantasan kami sangat tinggi berbanding dengan group2 lain... Up sikit gorup sendiri!~ Hehe!~

Hari ini, seawal jam 3 petang kami (saya, Cik Sima, Cik Nurul dan Kak Su) telah turun ke tingkat 7U untuk solat Zohor... Dan pada perancangan awal, kami decide untuk naik ke pejabat office yang terletak di tingkat 14, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor pada jam 4 petang sebab kami ingat ingin melelapkan mata sebentar... Tapi tak jadi dan selesai solat kami terus naik ke pejabat office... Setelah sampai di pejabat office, belum sempat kami menghirup udara pejabat office, kami telah dilambakkan dengan labels dan borang2 baru oleh Cik Penyelia kami yang baik hati iaitu Kak Napsah... Dan dia telah mengarahkan kami dan group2 lain untuk menyiapkan tugas menampal labels sebelum jam 5 petang... Perghhhh!~ Kami pun apalagi, seperti lipas yang kudung kakinya kami menyiapkan tugas yang diberi... Sambil mendengar alunan lagu2 Maher Zain dari corong speaker handphone tak berapa canggih saya...

Esok kami akan menyambung tugas hari ini dan mungkin akan berterusan sehingga hari Jumaat... InsyaALLAH hari Isnin depan kami dah mulakan tugas kami yang sebeno-benonya... (^_____^)V


P/S : Tak sabar nak tunggu esok!~ (^_____^)V

Oh!!!~ Duit kahwin sudah cukup!~ (^_____^)V

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Haa... Mesti korang ter-tanya2kan betul ke saya nak kahwin? Jawapannya adalah betul!~ Hehe!~ Saya akan berkahwin tapi tak tahu lagi masa dan ketikanya sebab calon suami pun tak ada lagi... Apalah nasib saya yang chanteq ni sebab masih belum menemui calon suami sehingga saat dan ketika ini... Huhu!~ T_____T

Oklah, stop kisah sedih mengenai kehidupan saya yang masih tak 'berteman'... Sebenarnya, duit kahwin yang saya maksudkan adalah jumlah followers untuk blog saya... Alhamdulillah, sudah mencapai target yang ditetapkan... 500 sudah!~ Hehe!~ Saya tak pasti bila digit2 4 9 dan 9 (499) bertukar kepada digit2 5 0 dan 0 (500)... Mungkin sekitar jam 9 malam hingga 10:30 malam semalam... Apa2 pun, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada follower ke-500 iaitu Cik Min comel lagi sweet!~ Oh, dia memang comel, ok!~

Oleh sebab itu, saya nak review sedikit mengenai blog beliau... Blog beliau sangat simple but nice dan oleh kerana itu, blog beliau sangat cepat untuk di loading... So jangan risau untuk mengunjungi blog beliau... Dikenali juga sebagai Cik Lollapaloza mungkin kerana beliau suka lolipop tak pun sebab beliau mempunyai kucing yang bernama Lolla... Hehe!~  Kebanyakan entries yang beliau hasilkan adalah mengenai kehidupan sehari-harian yang dilalui dan tak kurang juga mengenai hal2 semasa yang berlaku disekeliling kita... Oleh itu, jom ramai2 kita serbu blog Cik Min a.k.a Cik Lollapaloza!!!~ (^_____^)V

Jom serbu blog Cik Lollapaloza!!!~ (^_____^)V (Sila klik gambar untuk tumbesaran)


P/S : Makin hari, makin sayang dengan blog saya... Makin hari, makin bertambah followers blog saya... (^_____^)V

Tuesday, April 19, 2011

Oh!!!~Dahi saya ada lovebite!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Sambil menunggu seorang sahaja lagi untuk menjadi followers saya yang ke-lima ratus (sambil setiap saat akan melihat kepada bilangan followers), saya terasa macam nak buat entry baru untuk hari ini... Macam biasa, satu hari satu enrty sahaja yang dapat dihasilkan kerana kini saya tidak lagi bergelar penganggur terhormat sebaliknya kini saya lebih dikenali sebagai Pekerja Sambilan Harian... Bak kata seseorang pada petang tadi semasa di pejabat office, tak best betul title tu... Huhu!~ Tapi ada saya kisah??? Asalkan kini saya dah boleh dapat duit setiap bulan untuk belanja kahwin!!!~ (^_____^)V Manalah lagi satu follower ni... Huhu!~

Ok, berbalik kepada tajuk di atas, ada apa dengan dahi saya? Tentulah ada dahi yang tak berapa nak luas... Anak rambut sampai mencecah dahi dan oleh sebab itu saya terpaksa memakai anak tudung sampai mencecah dahi yang tak berapa nak luas milik saya... Tapi bukan soal anak rambut yang ingin saya ceritakan di sini, tetapi mengenai beberapa 'lovebite' yang terdapat di dahi saya... Wah!!!~ Siapa pulak yang buat lovebite kat dahi saya ini? Betul ke tu tanda lovebite??? Pelik bin ajaib sungguh!~ Ini bukan entry lucah tetapi ini entry geli2, bak kata Encik Jiji ... (^_____^)V

Nak cerita sikit macam mana saya mendapat tanda lovebite tersebut... Seawal jam 1 petang, saya dan rakan sepejabat office telah menikmati launch lunch di pejabat office... Dan seawal jam 1:20 petang kami selesai makan... Oleh kerana tidak mahu membuang waktu rehat dengan perkara yang tidak berfaedah lagi sia2, maka kami decide untuk melelapkan mata dan merehatkan minda di kerusi dan meja masing2... Dalam jam 2 petang, kami bangun dengan sendirinya tanpa dikejutkan oleh siapa2, mahupun makhluk Tuhan paling seksi... Lepas tu kami sambung makan makanan ringan yang telah kami pesan pada Cik Mira dan Cik Liza... Untuk makluman semua, makanan ringan tidak baik untuk kesihatan!~ <--- Pesanan dari empunya blog... (^_____^)V

Jam menunjukkan jam 3:30 petang lalu kami menuju ke surau yang terletak di tingkat 7U, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Moleh, 80000 Johor Bahru... Lagi sekali saya telah memberikan alamat penuh surau yang menjadi kunjungan saya dan rakan sepejabat office!~ Setelah selesai solat Zohor, kami menuju ke tandas untuk mencantikkan diri masing2... Dan you guess what???!~ Saya telah mendapati ada 'lovebite' di dahi saya!!!~ Kalau satu, saya masih boleh terima... Tapi ini tidak, ada banyak, ok!!!~ Saya pun memberitahu pada Cik Nurul, Cik Sima dan Kak Su yang berada bersama saya di tandas pada waktu itu... Dan Cik Nurul beritahu yang dia telah perasan tanda tersebut sejak di pejabat office lagi... Huhu!~

 Itulah tanda 'lovebite' tersebut... (Tak payah klik untuk tumbesaran sebab memang dah besar pun gambar ni)


Kalau nak tahu, saya pernah mendapat tanda yang sedemikian rupa di dagu saya dan ia mengambil masa selama seminggu untuk hilang... Seminggu, ok!!!~ Dan sampai sekarang tanda di dahi saya masih belum hilang!~ Oh, apa yang saya perlu buat kalau ia masih tak hilang menjelang esok? Nampaknya kenalah pakai foundation empat belas lapis!!!~ Huh!~


P/S : Manalah follower ke-lima ratus ni... (-_-")

Monday, April 18, 2011

Oh!!!~ Lawak misteri di pejabat office!~

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Hari ini seharian duduk di pejabat office kerana tiada BP yang ingin diberi oleh Cik Penyelia kami... So, macam biasa, kami (Cik Nurul, Cik Sima, Kak Su, Cik Liza dan Cik Mira) melakukan tugas penting kami iaitu bergosip, bergosip dan bergosip... Untuk pengetahuan semua, gosip kami tidak menjurus ke arah dosa, tetapi lebih kepada pembentukan akhlak murni seseorang... Ok, saya tahu korang semua tak faham, tapi tolong buat2 faham untuk mengelakkan diri korang disumpah oleh Sang Kelembai yang mempunyai pertalian darah dengan Sang Kambing... ("Nadiah!!!!!!!!~") Yelah2, saya tak merepek lagi!~ Huh!~ Benci2 dengan my twin... >_____<

Ada sesuatu yang saya tak faham dengan rakan pejabat office saya... Setiap kali saya bersuara, mereka mula melontarkan gelak tak hengat dunia mereka setelah saya berhenti bercakap... Musykil betullah... Saya ada buat lawak ke? Atau saya ni sebenarnya seorang pelawak tetapi saya tak pernah menyedarinya??? Mereka siap suruh saya join Raja Lawak tahun depan!~ Uhhh!~ Apakah malangnya nasib saya disuruh untuk menyertai program itu? Mungkin kerana sifat saya yang suka menyampuk cakap orang2 muda, tanpa mengetahui akan asal usul periksa mengenai topik yang dibicarakan, maka saya di cop mohor sebagai seorang normal yang sangat kelakar? Penat sebenarnya bila banyak ketawa (sebenarnya saya pun join dorang gelak macam tak hengat dunia!~), dan ada fakta yang mengatakan ketawa berlebihan boleh mengurangkan pahala puasa... Err... Sebenarnya, bukan fakta itu yang ingin saya nyatakan di sini tetapi fakta ini ; ketawa berlebihan juga boleh membawa maut!~ Uish!~ Seram tu... Oklah, cukuplah mengenai watak badut sarkas yang saya bawa ke pejabat office...

Sekarang ini saya nak ceritakan kejadian misteri yang berlaku di pejabat office saya petang tadi... Kejadian berlaku kira2 jam 4 petang selepas kami solat Zohor di tingkat 7U, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor... Alamat lengkap saya bagi!!!~ Manalah tahu kot2 ada di antara anda2 di luar sana nak cuba sembahyang di surau yang menjadi kunjungan harian kami... (^_____^)V Berbalik kepada kejadian misteri yang tak semisteri 'Misteri Nusantara', setelah kami sembahyang, maka menujulah kami ke pejabat office untuk menantikan detik2 yang paling kami nanti2kan iaitu waktu pulang... Sementara menunggu jam 5 petang, kami telah mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera handphone tak berapa canggih saya... Macam2 pose yang kami gayakan, dan ada yang ala2 'America Next Top Model' gitu!~ Dah puas posing, tibalah saat kami melihat hasilnya... Dan ada satu gambar tu, dari terang benderang tiba2 bertukar menjadi gelap secara automatik, se-olah2 kami berada di hutan yang sangat tebal dan gelap... Tak pun se-olah2 kami berada di dalam bangunan yang gelap tanpa cahaya lampu lilin mahupun lampu kalimantang... Pelik bin ajaib, ok!~ Puas saya bluetooth gambar tersebut ke handphone2 canggih milik Cik Sima Norani dan Cik Nurul Fazdasima, tetapi hasilnya tetap sama!~ Padahal gambar2 lain semua terang benderang menampakkan wajah kami yang cun meletup kedebabom!~ Apabila gambarnya di dalam mood small (tak di-view-kan), warnanya terang benderang... Tapi apabila view (gambar menjadi besar sebesar skrin handphone), gambar menjadi gelap... Pelik, pelik dan pelik!~

Inilah gambar tersebut!~ Sangat misteri, ok!~ (Ini merupakan gambar favourite saya sebelum ia bertukar menjadi gelap secara tiba2!~)

Gambar sebelum 'gambar misteri' diambil... Nampak tak perbezaan pencahayaan? (Sila abaikan tudung saya yang ala2 makcik itu!~)


Bak kata rakan pejabat office saya, mungkin semasa gambar itu diambil, ada something yang sedang lalu di belakang kami... Ishhh!~ Rasa seram pulak tiba2!~


P/S : Ada tak ahli paranormal yang ingin jelaskan keadaan itu?

Sunday, April 17, 2011

Oh!!!~ Blog saya dikutuk???

Assalamualaikum semua!~ (^_____^)V

Ok, seperti yang telah nyatakan di sebuah blog pada hujung bulan lepas, saya ingin melakukan pengubahsuaian  terhadap blog saya... Setelah mengambil masa selama hampir 3 minggu dok main fikir masak2, saya dengan nekadnya ingin melakukan pengubahsuaian yang lebih menjurus kepada pembaharuan terhadap blog saya ini... Ya, saya telah nekad untuk membuat pembaharuan... Pembaharuan terhadap diari umum saya... Hehe!~ Pengubahsuaian ini bukan kerana kutukan2 atau kritikan2 pedas oleh Adlin Aman Ramli, tapi kerana pembaca dan pengunjung setia blog saya seperti Cik Rahmah Samshi, Cik Nurul Fazdasima, Cik Sima Norani, adik2 saya iaitu Cik Nur Sazwani dan Cik Farah Ain... Supaya blog saya tak menjadi seberat 180kg semasa di loading... Dan supaya pembaca setia blog saya tak berasa bosan dengan header lama saya...

Antara pengubahsuaian yang saya lakukan adalah :
  • Mengubah header blog saya... Setakat ini, saya telah menggunakan 3 header...
 Header pertama...

Header ketiga iaitu header sekarang...

  • Membuang ruangan 'Shoutmix' a.k.a ruangan chat yang terdapat di bottom of my blog... Saya menyahut seruan Abg Ben Ashaari,  Cik Yuyu Zulaikha untuk melenyapkan ruangan tersebut...
  • Saya akan me-remove 'Islamic Tik Tok' saya sebab saya percaya di setiap PC dan laptop yang korang gunakan ada tertera jam digital di bahagian bawah skrin PC atau laptop korang...
  • Men-delete semua gambar yang terdapat di sidebar blog saya... Rasa macam banyak pulak... Hehe!~ Cukuplah dengan gambar di header dan di entries yang saya hasilkan...
 Our world...

 On my beloved cousin's wed...


Kalau korang perasan, sebelum ini saya pernah meletakkan dua widgets sebagai penyeri blog saya... Tapi saya telah me-remove-kan widgets tersebut setelah tak sampai sebulan 'mereka' berumah di blog saya... Bagi followers baru, may be korang tak tahu... Kalau nak tahu, sila klik SINI ... Lagi satu widget adalah 'Islamic Quote'...

Setakat ini, itu sahaja pembaharuan dari saya... Tak tahulah kalau2 lepas ni saya nak buat pembaharuan lagi... Just wait and see... (^_____^)V


P/S : Blog saya belum mendapat kutukan atau kritikan pedas lagi... Harap maklum!~ (^_____^)V

Friday, April 15, 2011

Oh!!!~ Saya saksi pembunuhan itu!!!!!!~

Assalamualaikum guys!~ (^_____^)V

Dalam cuak2 pun saya tetap akan beri SALAM... Kejadian berlaku semalam... Serius sekarang ini saya sedang melarikan diri daripada dikejar oleh si pembunuh itu!~ Sekarang ini saya sedang menggigil tak hengat dunia... Semasa menaip entry ini pun jari jemari runcing saya sedang menggigil tak tentu hala... (Alamak!~ Hari ini sunat potong kuku... Lepas Maghrib kena potong!~). Saya tak tahu nak buat apa sekarang ini... Semalam, saya lari selaju mungkin ala2 harimau bintang mengejar mangsa setelah melihat kejadian pembunuhan itu!~ Tapi saya tak tahu apa yang saya kejar kerana saya sedang dikejar oleh si pembunuh itu!~ Apa yang bermain dalam fikiran saya semasa melarikan diri adalah untuk mencari tempat perlindungan... Entah macam mana si pembunuh tersebut boleh perasan yang saya sedang memerhatikan perlakuannya di sebalik dinding bangunan tu... Dengan pisau pemotong daging yang berlumuran darah, si pembunuh menjerit ke arah saya dan mengejar saya lalu meninggalkan mangsa yang dibunuh itu nyawa2 ikan...

"Hoi!~ Jangan lari!!!~"

Serius masa tu saya jantung saya berdegup kencang dengan mengepam darah sebanyak 10 ribu kali dalam sesaat... Saya dapat rasakan... Dengan airmata yang berjuraian gugur ke Bumi dari mata saya yang chanteq, saya gagahkan jugak diri ini untuk berlari... Nak minta pertolongan, kawasan tu tak ada satu makhluk pun yang dapat menolong, walaupun seekor hantu!~ Itulah padahya!~ Entah kenapa saya boleh tergerak hati nak turun di kawasan tu dari kereta saya setelah mendengar semacam pertengkaran yang amat membingitkan telinga... Saya jadi curious dan perasaan ingin tahu mem-buak2 di dalam hati ini... Sesampai di kawasan twisties bingit pertengkaran tu, saya lihat ada seorang lelaki yang sedang memegang pisau pemotong daging (si pembunuh) sedang mengomel kepada si mangsa... Saya sempat ambil gambar si pembunuh membunuh mangsanya dengan handphone tak berapa canggih milik saya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 Inilah gambar si pembunuh dengan mangsanya...


Ok, dengan cerita ini saya telah mendapat award "Cerita Paling Gempak Yang Sangat Tipu" bagi tahun 2011... Hehe!~  Semalam lepas membanci, saya telah teman Kak Su pergi ke pasaraya sebab dia nak beli barang2 masakan untuk makan malam... Ikan keli tu milik Kak Su la... Hehe!~ Saya boleh pulak tercongok dekat situ sebab nak tengok pembantu kedai tu 'hilangkan nyawa' ikan keli tu... Sebab saya nak tengok teknik dia 'hilangkan nyawa' ikan keli itu... Ini kali kedua saya menyaksikannya.. Kali pertama adalah pada tahun 2008 di Kelantan semasa teman Cik As memborong di pasar di Tanah Merah... Untuk 'menghilangkan nyawa' ikan keli, ada tekniknya... Bukan main hentak dengan lesung batu atau main baling ke dinding... 

Ikan keli hidup...

Pembantu kedai sedang 'menangkap' ikan keli tersebut...

Ikan keli yang telah siap disiang...


Kalau nak tahu teknik 'menghilangkan nyawa' ikan keli, silalah rajin2kan diri anda untuk ke pasar2 yang berdekatan dan silalah beli ikan keli...


P/S : Still nak tahu cara 'menghilangkan nyawa' ikan keli...