Sesampai je saya kat dalam Pejabat Pos tu, saya terus ke mesin nombor dan menekan button untuk nombor 'Pelbagai'... Nombor ekor yang saya dapat adalah 2195... Nombor bertuah yang tak berapa nak bertuah untuk saya pada hari ini... Saya terus isi borang dan memandang ke kaunter yang tertera nombor 2175... Oh!~ Ada lagi lebih kurang 20 nombor lagi sebelum nombor saya dipanggil... Sedang saya mengisi borang masuk duit ASB, saya dengar ada sorang mamat ni dok membebel sorang2... Kira macam monolog pada diri sendiri la tu... Nak tahu apa yang dibebelkannya?
"Lambat nak m**pus la... Lembab betul... Dah la orang ramai... B*d*h betul!~"
Macam2 perkataan yang tak baik yang dikeluarkan oleh mamat tu... Saya buat2 tak dengar padahal saya sedang memasng telinga... Hehe!~ Tak lama kemudian, nombor mamat tu dipanggil... Terus dia mengomel sorang2, "Baru nak panggil? Dari tadi tak nak panggil... Baik tak payah panggil... Lembab betul!~" sambil berjalan menuju ke arah kaunter... Oh!~ Rupa2nya ibu mamat tu yang nak berurusan dengan Pejabat Pos sebab semasa dia menuju ke kaunter ada seorang makcik tu ikut dia dari belakang... Pergghhh!~ Membebel macam dia yang nak berurusan...
Selepas tu, saya pun duduk di kerusi yang kosong... Duduk paling hujung belah kanan... Di hujung kiri saya ada seorang pakcik (Pakcik A) yang berjubah dan bersongkok... Mungkin dia baru balik sembahyang Jumaat... Tak lama lepas tu, ada seorang kawan dia (Pakcik B) dan anak Pakcik B datang ke arah Pakcik A tu... Ke-dua2 pakcik tu berumur lingkungan 60-an... Pakcik A pun berganjak duduk sebelah saya untuk memberikan ruang kepada Pakcik B dan anaknya duduk... Kemudian, bermulalah dialog antara Pakcik A dan Pakcik B...
Pakcik A : Haish!~ Lambat betul la... Dari tadi aku dok tunggu ni...
Pakcik B : Tu la pasal... Kat sini memang selalu macam ni...
Pakcik A : Kaunter ada 4, tapi yang buka kaunter nombor 3 je... Sepatutnya buka la semua kaunter...
Pakcik B : Tu la... Buka la kaunter nombor 1 dengan 4 tu... Kaunter banyak, tapi tak guna...
Pakcik A : Kaunter 2 buka, tapi dari tadi tak di-panggil2... Dah lama aku tunggu ni... Dah la orang ramai...
Pakcik B : Biasalah kalau berurusan dengan kaunter... Memang selalu macam ni... Buat kaunter banyak2 tapi tak guna...
Itu la serba sedikit 'gosip'2 yang saya dengar dari ke-dua2 pakcik tersebut sebab jam 3:30 petang, tiba2 lagu 'For The Rest Of My Life' by Maher Zain berkumandng dari telefon bimbit tak canggih saya... Abah saya yang sedang tunggu di luar yang telefon... Dia ajak saya balik sebab dia nak ambil adik saya balik dari sekolah agama... Saya pun turutkan... Tak selesai urusan saya kat Pejabat Pos tu... :( Kena hold lagi la duit ni... Dah sebulan lebih saya hold duit ni... Hukhuk!~
P/S : Kenapa ya, kalau berurusan dengan perkhidmatan yang menggunakan khidmat kaunter, perkara2 di atas (kaunter lembab) akan berlaku? (-_-")
2 comments:
jgn pndag rendah dengan lelaki taw ;p
CiK NaDiRa : HeHe!~ LeLaKi HeBaT!~ WaNiTa LaGi HeBaT!~ (^_____^)V
Post a Comment