Monday, February 7, 2011

Oh!!!~Apabila 'U' bertukar menjadi 'O'... (-_-")

Korang pernah tak perasan perkara tu? Seperti yang tertera dengan merah menyalanya pada tajuk untuk entry ni... Mesti korang tak fahamkan apa yang saya cuba sampaikan? Hahahaha!~ Macam ni la ye... Saya bukan nak cari gaduh, tapi saya cuma nak menghibur... Tiba2 je kan... Ok2... Sekian saja entry saya untuk kali ni... Jumpa di entry seterusnya...

Assalamualaikum pembuka bicara... Relaks2, saya baru nak buka bicara ni... Hehe!~ Ok2... Tak nak main2 dah... Macam ni, saya nak cuba ketengahkan tentang penggunaanya huruf  'U' pada ejaan yang telah bertukar menjadi huruf 'O' pada sebutan... Seperti kereta kuning bertukar menjadi Bumblebee dalam cerita 'Tranformers', seperti manusia bertukar menjadi Ultraman dalam cerita 'Ultraman Seven', 'Ultraman Dyna', 'Ultraman Tiga', 'Ultraman Gaia', 'Ultraman Taro' dan macam2 Ultraman lagi... Begitulah penukaran yang terjadi pada huruf 'U' apabila ia disebut seperti ejaannya menggunakan huruf 'O'...

Korang perasan tak, apabila huruf 'U' berada pada suku kata terakhir dan berada di antara dua huruf konsonen di dalam setiap ejaan, secara automatik sebutan huruf 'U' tu akan bertukar menjadi huruf 'O'... Kenapa ye? Adakah orang Melayu tak pandai mengeja? Atau adakah itu yang dinamakan 'bahasa pasar'? Di bawah ni saya berikan contoh2nya... Selamat menghayati...

  • Betul ---> Betol
  • Mampus ---> Mampos
  • Kasut ---> Kasot
  • Ketul ---> Ketol
  • Lambung ---> Lambong
  • Terjun ---> Terjon
  • Telur ---> Telor
  • Jemur ---> Jemor

Ini adalah sebahagian je... Tapi tak semua perkataan kot yang bertukar... Macam busuk, orang still menyebut busuk, dan bukannya busok... Hehe!~ Sesungguhnya rakyat Malaysia suka mempelbagaikan sebutan sesuatu perkataan tu... Tapi itulah yang indahnya Malaysia... (^_____^)V


P/S : Cuba korang sebut perkataan yang bertukar tu mengikut ejaannye yang proper... Macam telur, disebut juga telur dan bukannya telor... Haha!~ Kelakar!~ Selamat mencuba ya!~ (^_____^)

2 comments:

bro a'maL said... [Reply]

i said busok.. keh3.. tp aah la. nape ye? hm...

SiS NaD said... [Reply]

iTu La NaMeRNYeR KeBiaSaaN... DaH D LaTiH CaMTu... :D